Where Pain Meets Relief

BOLEH KE KHATAN ANAK LELAKI SEWAKTU MASIH BAYI?

Dalam masyarakat kita, selalunya khatan anak lelaki selalunya dilakukan pada usia bermula 7 tahun sehingga 12 tahun.

Tetapi tidak ramai yang menyangka bahawa sebenarnya boleh sekiranya ibu bapa mahu mengkhatankan anak seawal mereka masih bayi.

Table of Contents

Hadith Nabi tentang Khatan Anak Lelaki Ketika Bayi

Malahan, sunnah Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut tentang bayi lelaki dikhatankan pada hari ke 7 kelahiran selain dari Aqiqah dan bercukur rambut.

Dari Saidatina Aaisyah RA “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya” – Riwayat Al Baihaqi

Ketahui hukum sunat bayi perempuan dalam Islam di sini 

Kaedah Khatan Anak Lelaki

Terdapat berberapa kaedah untuk khatankan bayi iaitu kaedah plastibell dan laser

Plastibell

Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan ketika bayi. Selepas dibius, Satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada Jahitan yang akan dilakukan.
apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. ada yang sembuh seawal 3 hari.

Tambahan Lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada .

 

kaedah plastibell untuk khatan anak lelaki sewaktu bayi

Teknik Laser

Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy ( laser) . Kemudian , luka akan dijahit disekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri.

kaedah laser untuk khatan anak lelaki ketika bayi

Kelebihan Khatan Anak Lelaki Ketika Bayi

Antara kelebihan bersunat sewaktu anak masih bayi adalah:

  1. Risiko pendarahan yang kurang kerana saluran darah masih belum sempurna
  2. Luka yang cepat kering dan sembuh
  3. Penjagaan yang mudah
  4. Bayi tidak akan mengingati pengalaman atau trauma bersunat

Mitos Terkenal Sunat Bayi Lelaki

Terdapat beberapa mitos tentang sunat bayi lelaki. Mitos-mitos ini kadangkala menambah kegusaran ibu bapa untuk mensunatkan anak bayi mereka. Namun, sejauh mana kebenaran mitos-mitos ini? Tonton video di bawah dan dapatkan kepastiannya!

Ringkasan Video Mitos Terkenal Sunat Bayi

Mitos 1

Sunat bayi hanya menyakitkan dan bahaya.

J: Dengan teknik sunat yang moden seperti plastibell, prosedur sunat boleh dijalankan dengan selamat dan rasa sakit yang minimum. Penggunaan bius dan kaedah yang sesuai juga boleh memastikan prosedur sunat berjalan dengan lancar dan selamat.

Sunat bayi hanya boleh dilakukan pada usia kanak-kanak.

J: Sunat boleh dilakukan di semua peringkat umur termasuklah bayi, kanak-kanak dan lelaki dewasa. Hanya teknik sahaja yang berbeza mengikut umur.

Penjagaan sunat bayi susah dan lambat sembuh.

J: Penyembuhan luka sunat bayi lebih cepat iaitu seawal 3 hari berbanding luka sunat kanak-kanak. Penjagaannya juga sangat mudah kerana bayi masih belum aktif bergerak.

Sunat dilakukan sebab tuntutan agama sahaja.

J: Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh bersunat tidak mengira agama, bangsa atau budaya. Dengan bersunat, seseorang itu boleh menjaga kebersihan, mencegah daripada jangkitan kuman, phimosis dan sebagainya.

 

Ingin Mengetahui Di Mana Klinik Yang Menawarkan Sunat Bayi Di Kuala Lumpur? Klik Sini 

Jika anda tertanya tanya dan ingin tahu lebih lanjut akan khidmat sunat bayi, boleh buat temujanji bersama kami di KLINIK TUAH supaya anda lebih yakin untuk mencipta kenangan berkhatan anak anda bersama kami.

KLINIK TUAH kini beroperasi dengan 4 cawangan di Cheras, Kuantan, Shah Alam dan Johor, bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik berhampiran anda.

KLINIK BERSUNAT DI MALAYSIA

Sunat Hari Ini, Sembuh Seawal 3 Hari 

Alami Khidmat dan Penjagaan Yang Selesa dan Selamat Untuk Bayi Anda di Klinik Tuah

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Kami Kongsi Tuah- Pemeriksaan Lutut Percuma di Masjid Al-Makmur Batu 10, Kuantan

25 April 2025, Kuantan — Klinik Tuah Kuantan telah berpeluang merealisasikan visi ke arah Kuantan Bebas Sakit Lutut melalui Program Pemeriksaan Lutut Percuma berlangsung di Masjid Al-Makmur, Batu 10, dari jam 10 pagi hingga...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...