Sebelum Pembedahan
Ketulan Lipoma yang besar di lengan bermula sebesar duit 20 sen dan membesar secara perlahan. Kelihatan kulit yang menipis dan pecah akibat dari tekanan dari ketulan yang membesar (Swipe pada gambar)
Ketulan Lipoma yang besar di lengan bermula sebesar duit 20 sen dan membesar secara perlahan. Kelihatan kulit yang menipis dan pecah akibat dari tekanan dari ketulan yang membesar (Swipe pada gambar)
Terdapat banyak kulit lebihan yang mengelebeh. Kulit dipotong dengan teliti dan di “trim” untuk memastikan lengan akan cantik kemudian hari tanpa kulit mengelebeh. Jahitan dalaman dibuat untuk memastikan luka yang minimal untuk penyembuhan yang kemas. Selepas 2 bulan follow up , parut sangat minimal dan lengan kembali anjal namun tiada gambar disertakan
” Dah 5 tahun dah saya tak keluar rumah sangat . Malu nak keluar sebab ketulan kat lengan ni besar sangat . nak pakai baju pun tak muat bahagian tangan.”
Ujar Puan Ros ketika berada di klinik kami sambil beliau memegang ketulan lipoma di lengannya yang berukuran 15cmx 15cm. Memang besar lipoma di lengannya .
” Suami pun pernah cakap malas bawak saya jalan sebab ketulan ni”
katanya lagi disulami nada kecewa bercampur sedih.
Dahulu ketulannya kecil, sekecil duit 50 sen. namun dibiarkan nya kerna menganggap tidak merbahaya dan tidak mengganggu. namun tahun berganti tahun . ketulan makin membesar.
Malangnya apabila beliau bertanya pada hospital dan klinik, kos pembedahan sangatlah mahal mencecah Rm7000 ke Rm10,000. maka beliau melupakan hasrat untuk membuangnya dan terpaksa menelan segala kepahitan hidup bersama ketulan lipoma yang besar. Takdir Tuhan, bertemu dengan Dr Hareez , doktor bedah kami. Setelah penerangan, pembedahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kesakitan atau komplikasi. Alhamdulillah.
Selang beberapa bulan , Puan Ros datang kembali ke klinik untuk rawatan susulan.
Kali ini beliau datang bergaya mengenakan baju kebaya moden . Kali ini datangnya membawa senyuman.
Senyuman yang tidak ternilai dan sangat mengembirakan kami semua
————————————
Cerita ini bukanlah rekaan .
Ia merupakan cerita benar salah seorang pesakit kami.
Terdapat pelbagai sebab jika terdapat ketulan pada anggota badan kita..
Doktor bedah kami sangat menekankan nilai estetik , kecantikan dan keselamatan sesuatu pembedahan. Walaupun sudah mengendalikan ratusan pembedahan seperti laparotomy, breast surgery , hemorrhoid ,lipoma , cyst dan lain namun beliau masih menitikkan beratkan pembedahan yang kemas dan cantik pada setiap pesakitnya
Berpusat di Cheras, Kuala Lumpur, Dr Hareez mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pembedahan.
Dikenali sebagai seorang yang teliti, Dr Hareez percaya bahawa setiap pembedahan
harus dikendalikan dengan nilai estetika yang tinggi sepertimana pembedahan kosmetik dan haruslah menambah keterampilan serta meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Berpengalaman luas dalam pelbagai pembedahan sama ada kecil atau besar, Dr Hareez pernah menaburkan khidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang dan banyak melakukan pelbagai pembedahan seperti Laparotomy, Appendicectomy (Buang Appendix), Hernia Repair(Angin pasang), Excision biopsy, Breast Surgery, Hemorrhoidectomy, Lipoma , Cyst dan banyak lagi
Seorang anak jati Shah Alam, Selangor, beliau merupakan lepasan ijazah dari International Medical School,Bangalore dan menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan& Pembedahan M.B.B.S dari International Medical School-MS Ramaiah College Bangalore, India. Pernah menjalani latihan Residensi Kedoktoran di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan Pahang sebelum berkhidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang.
Dr Hareez juga pernah menjadi ” Program Director of Circumcision Techinque Hospital Ampang” dari tahun 2017-2019. Selain itu beliau pernah menjadi salah seorang ahli Colorectal team Hospital Ampang, Pink Ribbon Team, dan Breast Cancer Team di Hospital Ampang . Dalam masa yang sama, beliau aktif melakukan pembedahan di klinik-klinik swasta sekitar lembah klang.
Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan jabatan dan hospital untuk membuka pusat perubatan sendiri dengan idea menyediakan perubatan & pembedahan yang berkualiti tinggi serta memberi rawatan yang lebih individu dan penjagaan penuh perhatian untuk pesakit-pesakitnya.
Berpusat di Kuantan, Pahang, Dr Zariffullah mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pembedahan.
Dr Zarifullah dikenali sebagai seorang yang ” Perfectionist” , sangat mementingkan hasil teliti dalam setiap pembedahannya. Beliau percaya setiap pembedahan yang dilakukan tidak dianggap berjaya jika tiada nilai estetika pada hasil pembedahan tersebut
Pernah berkhidmat sebagai doktor bedah orthopedik di Hospital Kemaman, Dr Zarifullah telah banyak melakukan operation serta terlibat dalam pembedahan major mahupun minor seperti Lipoma removal, External Fixation , Incision and Drainage, Plating of bone fracture, Internal Fixation of bone fracture , Carpal Tunnel Release , Trigger Finger Release dan lain-lain pembedahan
Kemas, Cantik, Pantas ! Ketiga-tiga ini sinonim dengan hasil kerja Dr Farhan .
Seorang anak jati Besut, Terengganu. Dr Farhan mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengendalikan pembedahan kecil mahupun besar. Dikenali sebagai seorang yang mengutamakan kekemasan pembedahan diantara rakan sekerja, Dr Farhan telah melakukan pelbagai pembedahan minor atau major seperti Lipoma and cyst removal, excision of ganglion cyst , Carbuncle removal, internal and external fixation of bone fracture dan lain-lain ketika berkhidmat sebagai doktor bedah orthopedik di Hospital Kemaman , Terengganu.
Tak semestinya ,kebanyakan ketulan tidak sakit dan tak mengacau aktiviti seharian. Namun ketulan tersebut boleh menjadi sakit disebabkan jangkitan kuman.
Kebanyakan ketulan yang sakit disebabkan jangkitan kuman atau disebabkan terdapat penglibatan saraf
Bukan semua ketulan itu cancer. kebanyakan nya adalah benign( bukan cancer). namun terdapat “warning sign” jika ketulan pada anggota badan itu cancer
antaranya adalah
1. Ketulan tersebut membesar terlalu cepat
2. Turun berat badan secara signifikan
3. Bentuk ketulan yang tidak seragam
4. Ketulan tersebut mengeras
*harus ingat kebanyakan ketulan cancer tidak sakit.
Jika anda ada ketulan seperti diatas , boleh menghubungi doktor untuk diagnosis lebih tepat
Tidak. proses pembedahan adalah tidak sakit.
Untuk pesakit-pesakit yang pernah melalui pembedahan dengan kami, kesakitan tidak pernah menjadi isu, ini kerana kami akan membius dengan bius setempat sebelum pembedahan. anda akan tidak merasa apa-apa ketika proses .
Selepas pembedahan ubat tahan sakit akan diberi untuk dimakan 1-2hari agar anda tidak akan merasa sakit langsung dari awal pembedahan hingga proses penyembuhan
Jika ketulan tersebut lipoma, sebaceous cyst atau ganglion cyst terdapat risiko yang tinggi untuk ketulan tersebut dijangkiti bakteria kemudian hari.
Jika dijangkiti ketulan akan rasa sakit dan berkemungkinan akan menjadi nanah didalamnya. Jika antibiotik tidak berjaya merawat jangkitan tersebut, maka pembedahan harus dilakukan, tetapi jenis pembedahan berbeza. ketulan akan dipotong untuk keluarkan nanah namun tidak akan dijahit balik disebabkan jangkitan kuman .
Oleh itu, saranan yang lebih baik adalah lebih elok pembedahan dibuat ketika tidak sakit/dijangkiti kuman untuk memastikan penyembuhan luka lebih cantik dan mengelakkan luka terbuka “open wound” yang perlu di Dressing setiap hari.
Selain itu, Risiko ketulan akan membesar kemudian hari turut tinggi.
Ada sesetengah ketulan boleh membesar sehingga sebesar buah tembikai apabila disimpan bertahun.
Pengalaman doktor bedah kami , lipoma paling besar yang pernah dilakulan diklinik bersaiz 30x18cm di bahagian belakang badan.
Oleh itu, lebih disarankan untuk buangnya ketulan tersebut sebelum lebih membesar
Kenali Doktor Bedah Yang
Akan Bantu Merawat Sakit Lutut Anda
Dr. Hareez, yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembedahan dan pernah berkhidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang. Beliau terkenal dalam kalangan rakan sekerja sebagai seorang yang sangat teliti dan fokus pada setiap perincian semasa prosedur.
Bagi Dr. Hareez, setiap pembedahan bukan sekadar soal rawatan—tapi juga memberi keselesaan dan hasil yang baik untuk jangka masa panjang. Pendekatan ini menjadikan beliau sangat dipercayai oleh pesakit, terutama mereka yang ingin hasil yang kemas dan proses pemulihan yang lancar.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti laparotomy, buang apendiks (appendicectomy), rawatan angin pasang (hernia repair), buang ketumbuhan (excision biopsy), pembedahan payudara, buasir (hemorrhoidectomy), lipoma, sista, dan macam-macam lagi.
Ketelitian, ketenangan, dan kemahiran menyelesaikan masalah menjadikan Dr. Hareez antara doktor pilihan ramai dalam bidang pembedahan. Setiap prosedur dijalankan dengan penuh berhati-hati—dengan satu matlamat: memastikan pesakit selamat, selesa, dan puas hati dengan hasilnya.
Dr. Hisyam dikenali dalam kalangan rakan doktor sebagai seorang yang berkemahiran tinggi dan tenang dalam mengendalikan pelbagai prosedur perubatan, terutamanya dalam bidang pembedahan. Kecekapan beliau dalam menyelesaikan komplikasi dengan tepat dan sistematik menjadikan beliau antara doktor yang dipercayai dalam situasi kritikal.
Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Pediatrik dari tahun 2019 hingga 2020, pengalaman tersebut telah membentuk pendekatan rawatannya yang menyeluruh. Beliau bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap prosedur utama, tetapi turut mengambil kira aspek keseluruhan kesihatan pesakit. Gabungan ketenangan, ketepatan, dan pandangan menyeluruh ini menjadikan Dr. Hisyam seorang pakar yang memberi fokus terhadap hasil rawatan yang selamat dan berkualiti tinggi.
Dr. Ali memiliki latar belakang kukuh dalam bidang pembedahan, hasil daripada pengalaman berkhidmat di beberapa hospital utama. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, di mana beliau terlibat secara langsung dalam pelbagai prosedur pembedahan kecil dan besar. Pengalaman ini terus berkembang ketika beliau berkhidmat di Hospital Tanjung Karang dan Hospital Shah Alam, khususnya di Jabatan Ortopedik.
Lulusan MBBS daripada UiTM pada tahun 2017, Dr. Ali tidak pernah berhenti meningkatkan kemahiran. Beliau telah menyertai pelbagai bengkel dan kursus profesional seperti Basic Surgical Skills Workshop di HRPB (2020), serta basic in Orthopaedic Fixation 2021 dan Knee Injection Intraarticular Workshop. Ini menunjukkan komitmen berterusan beliau dalam memastikan setiap prosedur dijalankan dengan teknik yang tepat dan selamat.
Dengan pendekatan yang tenang, sistematik dan berasaskan pengetahuan klinikal yang kukuh, Dr. Ali sentiasa memastikan setiap rawatan pembedahan dilakukan dengan teliti demi memberi hasil rawatan yang optimum kepada pesakit.
Cukup sinonim sebagai seorang doktor yang mesra dan cekap, Dr. Akram telah merawat ribuan pesakit dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran MD dari UiTM dan pernah berkhidmat di Hospital Putrajaya, di mana beliau mula mengasah kepakarannya dalam pelbagai jenis prosedur pembedahan.
Dikenali dengan ketangkasannya dalam bilik pembedahan, Dr. Akram sentiasa memberi tumpuan kepada ketelitian dan keselamatan dalam setiap prosedur yang dijalankan. Sama ada melibatkan pembedahan kecil atau besar, beliau memastikan setiap langkah dilakukan secara sistematik, dengan keutamaan pada pemulihan dan keselesaan pesakit.
Keperibadiannya yang ramah dan mudah didekati menjadikan beliau sering menjadi pilihan utama dalam kalangan pesakit yang mencari rawatan pembedahan dengan pendekatan yang profesional tetapi mesra. Gabungan antara pengalaman klinikal, kemahiran teknikal, dan komunikasi yang baik membolehkan Dr. Akram memberikan rawatan yang menyeluruh dan dipercayai.
Dr. Ashraf, berasal dari Melaka, merupakan seorang doktor yang berpengalaman luas dalam bidang pembedahan, dengan khidmat sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Pembedahan dari tahun 2019 hingga 2024. Beliau memperoleh ijazah perubatan (MD) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2016 sebelum meneruskan latihan dan perkhidmatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), dua hospital rujukan utama di negara ini.
Sepanjang kerjayanya, Dr. Ashraf telah terlibat secara aktif dalam pelbagai program berkaitan pembedahan seperti Bengkel Trakeostomi dan Bengkel Hernioplasti, di samping menyumbang kepada kempen kesedaran awam seperti Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Penglibatan beliau dalam pelbagai prosedur pembedahan memberi beliau kelebihan dalam mengurus kes-kes yang kompleks dengan tenang dan cekap.
Dengan pendekatan yang teliti dan penuh empati, Dr. Ashraf dikenali kerana kemampuannya mengendalikan prosedur pembedahan dengan lancar, tanpa mengabaikan aspek keselesaan dan keselamatan pesakit. Fokus beliau terhadap rawatan pembedahan, termasuk dalam kes berkaitan lutut dan sendi, membuktikan komitmennya untuk membantu pesakit kembali aktif dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Dr. Zariffullah, yang kini berpangkalan di Kuantan, Pahang, merupakan seorang doktor perubatan berpengalaman yang mempunyai latar belakang kukuh dalam bidang pembedahan. Beliau percaya bahawa setiap prosedur pembedahan bukan sahaja memerlukan kemahiran teknikal, tetapi juga perhatian terhadap butiran untuk memastikan pesakit menerima rawatan yang selamat, berkesan dan memulihkan kualiti hidup mereka.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat di Hospital Kemaman di mana beliau aktif mengendalikan pelbagai jenis pembedahan kecil dan besar. Pengalaman ini membentuk kepakarannya dalam membuat keputusan klinikal dengan pantas serta memberikan rawatan pasca-pembedahan yang rapi. Peralihan beliau ke Klinik Tuah membolehkannya memberi fokus yang lebih mendalam terhadap penjagaan individu pesakit dalam persekitaran klinik yang lebih mesra dan holistik.
Dr. Zariffullah kini terus memainkan peranan penting dalam membantu pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan, termasuk berkaitan masalah lutut dan sendi. Dengan pendekatan yang berhati-hati, teliti, dan berpaksikan kesejahteraan pesakit, beliau memastikan setiap prosedur dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.
Pesakit yang mencari rawatan untuk masalah lutut tentunya menginginkan rawatan yang berkesan, pemulihan yang cepat, dan pergerakan yang kembali lancar. Ketiga-tiga elemen ini sinonim dengan pendekatan yang diambil oleh Dr. Farhan.
Anak jati Besut, Terengganu, Dr. Farhan membawa pengalaman luas dalam bidang perubatan dan pembedahan, terutama dalam rawatan sakit lutut. Dengan kemahiran dan dedikasi yang tinggi, beliau berfokus untuk memberikan rawatan yang bukan sahaja menyelesaikan masalah lutut, tetapi juga memastikan pesakit dapat kembali kepada kehidupan aktif mereka tanpa rasa sakit yang berterusan.
Dr. Farhan dikenali dengan pendekatannya yang mesra dan penuh perhatian, memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang disesuaikan dengan keperluan individu mereka. Kepakarannya dalam pembedahan lutut dan rawatan konservatif menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari penyelesaian terbaik untuk masalah lutut.
Dengan Dr. Farhan, setiap pesakit boleh yakin bahawa mereka berada di tangan yang tepat, dengan harapan untuk kembali aktif dan bebas dari kesakitan.
Dr. Hafizi mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembedahan selepas berkhidmat di Hospital Taiping dan Hospital Tuanku Fauziah, serta beberapa klinik utama. Beliau telah merawat pelbagai kes pembedahan, termasuk prosedur kecil dan besar, yang memperkukuhkan kepakarannya dalam menangani kes-kes yang memerlukan ketelitian dan kemahiran.
Dengan latar belakang yang kukuh dalam pembedahan, Dr. Hafizi mengutamakan keselamatan dan keselesaan pesakit sepanjang proses pembedahan. Pendekatannya yang berhati-hati serta kecekapan dalam menjalankan prosedur pembedahan menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang memerlukan rawatan pembedahan dengan hasil yang berkesan dan selamat.
Dr. Amirul memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pembedahan ortopedik, khususnya dalam merawat masalah sendi dan pergerakan. Sebagai Ketua Pegawai Perubatan (MO) Jabatan Ortopedik di Hospital Ampang, beliau telah menjalani pelbagai prosedur pembedahan kecil dan besar, memberikan rawatan yang berkesan kepada ramai pesakit.
Mendapatkan ijazah MD dari UKRIDA Jakarta (2015) dan berkhidmat bertahun-tahun di Klinik Kesihatan Silabukan/Lahad Datu serta Hospital Ampang, Dr. Amirul turut menyertai kursus seperti Basic Orthopedic Fixation di Hospital Ampang (2024) untuk terus mengasah kemahirannya.
Dengan kepakaran dalam prosedur pembedahan dan penjagaan luka, Dr. Amirul memastikan pesakit menerima rawatan yang teliti dan efektif, memberikan mereka peluang untuk kembali bebas bergerak tanpa rasa sakit.
Jika anda berminat untuk melakukan pembedahan bersama kami atau sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp/call kami dengan tekan butang dibawah . Untuk anggaran kos pembedahan boleh hantar gambar ketulan atau lain-lain pada nombor whatsapp yang tertera . Anggaran kos pembedahan antara Rm300- Rm4000 terpulang pada jenis,saiz dan lokasi ketulan 🙂
KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
38, (Ground Floor, Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Beroperasi Untuk Semua Cawangan
Dibuka setiap hari kecuali Sabtu
9am- 9pm
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor tertera
Selain itu, anda juga boleh terus walk- in / buat temujanji terus ke klinik kami untuk mendapatkan konsultasi tentang pembedahan anda