Legakan

Phimosis Kulup Ketat Zakar Buta

Nikmati Kejantanan Sebenar

Dengan bersunat, tiada lagi kulup susah nak tarik, sakit ketika hubungan intim, dan risiko jangkitan UTI!
Dan dengan kaedah sunat terkini, tiada lagi rasa serun jumpa tok mudim Kuantan, Pahang!

Dipercayai Oleh 300++ Pesakit (Berdasarkan Google Review)

Adakah Anda Mengalami Phimosis?

Jawab Kuiz di Bawah Untuk Tahu!

11

Adakah Saya Mempunyai Phimosis / Zakar Buta?

Jawab kuiz ini untuk tahu samada anda mengalami phimosis, dan sekiranya phimosis anda ringan atau teruk

1 / 8

Saya payah nak tarik  kulit zakar ke belakang sehingga nampak penuh kepala zakar.

2 / 8

Saya sering mengalami jangkitan, merah-merah dan bengkak di bahagian dalam zakar (bawah kulit kulup)

3 / 8

Air kencing saya keluar secara tidak lurus (samada tersumbat atau berpecah hingga percikan ke pakaian)

4 / 8

Saya rasa susah nak bersihkan bahagian dalam zakar sebab terhalang oleh kulit kulup

5 / 8

Kulit zakar rasa ketat dan sakit semasa saya cuba tarik ke belakang

6 / 8

Kepala zakar saya cepat sensitif

7 / 8

Saya rasa sakit ketika berhubungan intim dengan pasangan (sekiranya di bawah umur, sila pilih tidak)

8 / 8

Saya pernah mengalami paraphimosis (kulup tersekat di belakang kepala zakar dan sukar ditarik kembali ke hadapan) sebelum ini.

Moh Kenal Phimosis!

Phimosis ialah keadaan di mana anda tak dapat tarik kulit kulup melepasi kepala zakar.
Phimosis ketika bayi ialah normal, tapi kulit kulup melonggar semakin meningkat usia.

Matnyer Boleh Ada Phimosis?

  • Parut Pada Kulit Kulup
  • Luka dan Radang pada Kulit
  • Jangkitan pada Kulit seperti Balanitis
  • Penyakit Kelamin

Doh tu, Boleh Berubat Tak?

Untuk Phimosis Ringan

1. Senaman Regangan Kulup

  • Lakukan regangan perlahan pada kulup setiap hari.
  • Tarik kulit secara perlahan ke belakang dan tahan selama 30-60 saat.

2. Krim Kortikosteroid

  • Sapukan krim steroid pada kulup 2 kali sehari selama beberapa minggu untuk membantu melonggarkan kulit.

3. Kebersihan yang Baik

  • Pastikan kawasan kemaluan bersih dan kering.
  • Elakkan sabun yang terlalu kuat yang boleh menyebabkan iritasi.

Untuk Phimosis Sederhana – Teruk

  • Jika phimosis menyebabkan kesakitan atau jangkitan, pembedahan mungkin diperlukan.
  • Pembedahan paling berkesan ialah sunat! Hilangkan Phimosis secara kekal.
  • Kini, sunat moden lebih cepat, selesa, dan hampir tanpa sakit!

Moh Rawat Phimosis di Klinik Tuah Kuantan!

Di Klinik Tuah Kuantan, anda akan dirawat oleh doktor berpengalaman yang telah membantu ratusan pesakit menjalani prosedur sunat dengan mudah. Kami jaga anda dari awal hingga akhir, tak perlu risau!

Doktor Berpengalaman & Profesional

Berpengalaman dalam sunat dewasa, lebih 300+ pesakit berjaya disunatkan

Privasi dan Keselesaan Anda Terjaga

Setiap sunat dewasa dikendalikan oleh doktor lelaki sahaja

Lokasi Strategik 

Bersebelahan East Coast Mall , mudah diakses daripada Gambang, Beserah, Maran, Pekan, Kemaman dan Dungun

2256
Telah Sunat Dewasa (2023 & 2024)
97
Setuju 95% Tiada Rasa Sakit
91
Sembuh Sepenuhnya Dalam Masa Seminggu

Dua Pilihan Sunat Tak Sakit 

Yang Mana Satu Idaman Kalbu?

Kaedah Stapler

Cepat & tepat! Sesuai dengan motto kaedah ni, inilah inovasi terbaru dalam dunia sunat dewasa. Proses bersunat ni kejap jah, tak sampai 5 minit, lepas tu boleh balik rilek. Esoknya, insya Allah, boleh buat kerja macam biasa!

Cepat & Efisien

Prosedur hanya mengambil masa 5-10 minit. Malah, tempoh penjagaan juga singkat berbanding teknik khatan lain

Tiada Pendarahan

Kaedah stapler memastikan pemampatan penuh pada saluran darah kulit, mengurangkan risiko pendarahan semasa prosedur dan tempoh pemulihan.

Tempoh Pemulihan Yang Cepat 

Dengan kaedah stapler, anda boleh masuk kerja selepas 24 jam! Tempoh pemulihan penuh pula mengambil masa 7-10 hari.

Rupa yang Rapi dan Menawan 

Hasil pemotongan yang licin dan halus dengan kesan parut yang tidak kelihatan.

Tiada Jahitan 

Dengan teknologi stapler ini, luka jahitan akan dicantum dengan “peluru” (sewaktu prosedur)  yang akan gugur dengan sendiri selepas 8-14 hari.

Kaedah Laser

Kaedah konvensional, namun tetap berbeza berbanding kaedah lama yang menggunakan pisau dan batang pisang. Kulit kulup dipotong menggunakan kauteri yang bersuhu tinggi dan luka akan dijahit

Jimat Kos

Kaedah laser merupakan kaedah khatan moden yang paling murah berbanding teknik lain seperti stapler.

Prosedur Dalam Beberapa Minit 

Walaupun tidak sepantas sunat stapler, kaedah laser mengambil masa hanya 20-30 minit untuk siap sepenuhnya

Benang yang Boleh Diserap 

Jahitan luka khatan laser menggunakan benang yang larut secara semulajadi oleh badan tanpa perlu dicabut oleh doktor.

Tempoh Pemulihan 

Tempoh penyembuhan untuk kaedah laser ialah 10-14 hari

Kenali Doktor Klinik Tuah Kuantan

Dr Zarifullah 

Dikenali sebagai seorang yang teliti dan mementingkan kesempurnaan, Dr. Zarifullah hanya menghasilkan hasil khatan yang kemas dan rapi dalam setiap prosedur.

Dengan pengalaman bertugas di Hospital Kemaman, beliau telah menjalankan pelbagai pembedahan, dari kecil hingga besar, sebelum menyertai Klinik Tuah Kuantan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada prosedur berasaskan pembedahan termasuk khatan dewasa.

Setiap potongan yang dilakukan Dr. Zarifullah adalah tepat dan kemas, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti dalam prosedur khatan.

Dr Farhan 

Berasal dari Besut, Terengganu, anak jati Pantai Timur ini dikenali dalam kalangan rakan perubatannya sebagai seorang yang teliti dan mementingkan ketelitian dalam setiap prosedur pembedahan.

Dengan pendekatan yang unik dan tersendiri, beliau berpengalaman dalam pelbagai teknik sunat untuk semua peringkat umur.

Sebut saja teknik apa, Dr. Farhan pasti boleh uruskan!

Apa Kata Pesakit Kami

Moh nak Khabor! 

Kita Nak Bagi Harga Diskaun Untuk Masa Terhad Jer. Cepat Tempoh Sini!

STAPLER

RM 1900

R̶M̶2̶5̶0̶0̶
  • Teknologi Khatan Terkini
  • Prosedur Sepantas 5 minit
  • Tiada Kekangan Untuk Rutin Harian Selepas 24 Jam
  • Tiada Jahitan & Risiko Pendarahan Sangat Rendah
  • PERCUMA Pemeriksaan Susulan Sehingga Sembuh Sepenuhnya

LASER

RM 800

R̶M̶1̶0̶0̶0̶
  • Teknik Konvensional
  • Kos Efektif
  • PERCUMA Pemeriksaan Susulan Sehingga Sembuh Sepenuhnya

Soalan Biasa Aokme Tanya Kami

Kaedah Sunat Dewasa Mana Yang Paling Disyorkan?

Kami mengesyorkan sunat stapler kepada pesakit kerana ia adalah teknik moden terkini—tanpa rasa sakit, tanpa darah, tanpa jahitan, dan penyembuhan lebih cepat. Malah, ada pesakit kami yang boleh kembali bekerja pada keesokan harinya! Namun, jika anda mencari pilihan yang lebih mesra bajet, sunat laser konvensional juga tersedia.

Adakah Anda Menggunakan Gluestich untuk Menutup Luka Khatan Selain Daripada Benang Jahitan?

Ya, kami menggunakan gluestich untuk menutup luka sunat. Namun, gam ini tidak sekuat berbanding benang jahitan. Dalam sunat dewasa, saiz zakar ketika ereksi perlu dipertimbangkan kerana ia boleh menyebabkan kulit meregang dan meningkatkan risiko luka terbuka. Penggunaan gam kulit tidak disarankan, tetapi jika anda tetap berminat, caj tambahan RM100 akan dikenakan.

Adakah Sunat Dewasa Menggunakan Bius?

Ya, kami menggunakan bius setempat untuk memastikan prosedur khatan tidak menyakitkan.

Adakah Sunat Dewasa Mengubah Saiz Zakar Saya?

Tidak. Ini kerana sunat hanya memotong bahagian kulit kulup sahaja dan tidak melibatkan sebarang otot zakar.

Saya Telah Bersunat di Klinik Lain, Tapi Hasil Tak Cantik. Boleh Doktor Baiki ke?

Ya, kami boleh melakukan prosedur pembetulan (revision) untuk sunat. Namun, kami tidak dapat menjamin hasil kosmetik yang sempurna kerana proses penyembuhan luka berbeza bagi setiap individu. Berdasarkan pengalaman kami, prosedur pembetulan cenderung untuk meninggalkan parut yang lebih ketara berbanding sunat pertama. Ini mungkin disebabkan oleh bekalan darah ke bahagian tepi luka yang telah berubah atau berkurang akibat prosedur sebelumnya. Walaupun begitu, pembetulan masih boleh dilakukan, tetapi dengan jangkaan yang realistik.

Sakit Tak?

Suntikan diberikan di pangkal zakar menggunakan ubat bius jangka pendek yang dikenali sebagai Lidocaine. Pesakit biasanya hanya akan merasa sedikit cucukan jarum semasa proses suntikan bius setempat, dan selepas itu, tiada lagi rasa tidak selesa. Kawasan tersebut akan menjadi kebas, jadi anda tidak akan merasa sakit sepanjang prosedur. Kesan bius ini akan bertahan sekitar 1.5 hingga 2 jam. Setelah prosedur selesai, kami akan memberikan ubat tahan sakit untuk diambil segera bagi memastikan anda terus berada dalam keadaan selesa sehingga pulih sepenuhnya.

Kalau Sunat Stapler Lepas 24 Jam Boleh Terus Angkat Berat Ke?

Walaupun anda boleh kembali bekerja selepas 24 jam dengan sunat stapler, tapi anda disarankan untuk TIDAK melakukan aktiviti fizikal lasak seperti berlari, angkat berat, berenang sekurang-kurangnya selama 4 minggu

Doktor, Bolehkah Saya Bersama Dengan Isteri Selepas Sunat?

Selepas bersunat, anda DILARANG untuk sebarang aktiviti seksual (samada berseorangan atau bersama pasangan) sekurang-kurangnya selama 4 minggu.

TEMPOH SEKARANG UNTUK HARGA KHAS DI KLINIK TUAH KUANTAN!

Saya Nak Dapat Harga Rahsia!
Saya Nak Telefon Terus!

Kunjungi Kami di Klinik Tuah Kuantan

Masih Belum Yakin? Ajukan Sebarang Soalan Kepada Kami

Whatsapp Kami