Miliki Simbol Kejantanan Anda Semegah Menara 188 

Dengan Sunat Dewasa Sepantas 5 Minit 

Aokme ada masalah zakar buta / phimosis? Nak elak masalah jangkitan kelamin? Atau nak zakar kacok? Semua boleh setel dengan sunat dewasa!
*Berdasarkan teknik sunat stapler
Klinik Tuah Kuantan Sedia Membantu Anda

Dipercayai 200+ pelanggan dengan 5 bintang!
(Google Review) 

Proses Sunat Dewasa di Tuah Kuantan

Buat Temujanji Dalam Talian/
Hubungi Kami (Call & Whatsapp)

Prosedur sunat paling cepat 5 minit dengan bius lokal

*hanya terpakai untuk sunat stapler 

Sunat hari ini, Esok Terus Boleh Ronda TC!

*hanya terpakai untuk sunat stapler 

Siapa Perlu Sunat Dewasa?

Lelaki Yang Tak Pernah Bersunat Sejak Kecil

Kebersihan & Keselesaan Maksimum

Kebersihan lebih mudah terjaga dan mengurangkan risiko bau dan sisa air kencing yang menyebabkan jangkitan

Lelaki yang Nak Kurangkan Risiko Jangkitan & Penyakit

Sunat dapat merendahkan risiko jangkitan UTI, Balanitis, jangkitan seksual dan kanser zakar

Lelaki yang Inginkan Penampilan Lebih Menarik dan Kemas

Zakar tanpa kulup nampak lebih bersih dan rapi, sesuai dengan lelaki moden yang mementingkan penampilan diri

Mualaf Yang Ingin Menunaikan Tuntutan Agama

Setiap lelaki muslim wajib berkhatan tidak mengira peringkat umur

Lelaki yang Ada Zakar Buta (Phimosis)

Sunat dapat merawat masalah phimosis secara kekal yang menyebabkan kulup ketat dan tak boleh ditarik, serta sakit ketika hubungan intim

Bakpe Pilih Klinik Tuah Kuantan?

Doktor Berpengalaman & Profesional

Berpengalaman dalam sunat dewasa, lebih 300+ pesakit berjaya disunatkan

Privasi dan Keselesaan Anda Terjaga

Setiap sunat dewasa dikendalikan oleh doktor lelaki sahaja

Lokasi Strategik 

Bersebelahan East Coast Mall , mudah diakses daripada Gambang, Beserah, Maran, Pekan, Kemaman dan Dungun

Sunat Dewasa di Klinik Tuah
2256
Setuju Hampir Tiada Sakit & Cepat Sembuh
97

Kami beriltizam untuk memastikan setiap lelaki mendapatkan rawatan yang selesa serta proses penyembuhan yang cepat di Klinik Tuah

Kaedah Sunat Yang Kami Tawarkan

Tiada Lagi Rasa Sakit Seperti Sunat Zaman Dulu

Kaedah Stapler

Cepat & tepat! Sesuai dengan motto kaedah ni, inilah inovasi terbaru dalam dunia sunat dewasa. Proses bersunat ni kejap jah, tak sampai 5 minit, lepas tu boleh balik rilek. Esoknya, insya Allah, boleh buat kerja macam biasa!

Cepat & Efisien

Prosedur hanya mengambil masa 5-10 minit. Malah, tempoh penjagaan juga singkat berbanding teknik khatan lain

Tiada Pendarahan

Kaedah stapler memastikan pemampatan penuh pada saluran darah kulit, mengurangkan risiko pendarahan semasa prosedur dan tempoh pemulihan.

Tempoh Pemulihan Yang Cepat 

Dengan kaedah stapler, anda boleh masuk kerja selepas 24 jam! Tempoh pemulihan penuh pula mengambil masa 7-10 hari.

Rupa yang Rapi dan Menawan 

Hasil pemotongan yang licin dan halus dengan kesan parut yang tidak kelihatan.

Tiada Jahitan 

Dengan teknologi stapler ini, luka jahitan akan dicantum dengan “peluru” (sewaktu prosedur)  yang akan gugur dengan sendiri selepas 8-14 hari.

Kaedah Laser

Kaedah konvensional, namun tetap berbeza berbanding kaedah lama yang menggunakan pisau dan batang pisang. Kulit kulup dipotong menggunakan kauteri yang bersuhu tinggi dan luka akan dijahit.

Jimat Kos

Kaedah laser merupakan kaedah khatan moden yang paling murah berbanding teknik lain seperti stapler.

Prosedur Dalam Beberapa Minit 

Walaupun tidak sepantas sunat stapler, kaedah laser mengambil masa hanya 20-30 minit untuk siap sepenuhnya

Benang yang Boleh Diserap 

Jahitan luka khatan laser menggunakan benang yang larut secara semulajadi oleh badan tanpa perlu dicabut oleh doktor.

Tempoh Pemulihan 

Tempoh penyembuhan untuk kaedah laser ialah 10-14 hari

Kenali Doktor Kami di Klinik Tuah Kuantan

Dr Zarifullah 

Dikenali sebagai seorang yang teliti dan mementingkan kesempurnaan, Dr. Zarifullah hanya menghasilkan hasil khatan yang kemas dan rapi dalam setiap prosedur.

Dengan pengalaman bertugas di Hospital Kemaman, beliau telah menjalankan pelbagai pembedahan, dari kecil hingga besar, sebelum menyertai Klinik Tuah Kuantan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada prosedur berasaskan pembedahan termasuk khatan dewasa.

Setiap potongan yang dilakukan Dr. Zarifullah adalah tepat dan kemas, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti dalam prosedur khatan.

Dr Farhan 

Berasal dari Besut, Terengganu, anak jati Pantai Timur ini dikenali dalam kalangan rakan perubatannya sebagai seorang yang teliti dan mementingkan ketelitian dalam setiap prosedur pembedahan.

Dengan pendekatan yang unik dan tersendiri, beliau berpengalaman dalam pelbagai teknik sunat untuk semua peringkat umur.

Sebut saja teknik apa, Dr. Farhan pasti boleh uruskan!

Apa Kata Pesakit Kami

Berita Baik!

Harga Diskaun Untuk Masa Terhad. Cepat Tempoh Sini!

STAPLER

RM1900

R̶M̶2̶5̶0̶0̶
  • Teknologi Khatan Terkini
  • Prosedur Sepantas 5 minit
  • Tiada Kekangan Untuk Rutin Harian Selepas 24 Jam
  • Tiada Jahitan & Risiko Pendarahan Sangat Rendah
  • PERCUMA Pemeriksaan Susulan Sehingga Sembuh Sepenuhnya
LASER 

800

R̶M̶1̶0̶0̶0̶
  • Teknik Konvensional
  • Kos Efektif
  • PERCUMA Pemeriksaan Susulan Sehingga Sembuh Sepenuhnya

Soalan Lazim

Kaedah Sunat Dewasa Mana Yang Paling Disyorkan?

Kami mengesyorkan sunat stapler kepada pesakit kerana ia adalah teknik moden terkini—tanpa rasa sakit, tanpa darah, tanpa jahitan, dan penyembuhan lebih cepat. Malah, ada pesakit kami yang boleh kembali bekerja pada keesokan harinya! Namun, jika anda mencari pilihan yang lebih mesra bajet, sunat laser konvensional juga tersedia.

Adakah Anda Menggunakan Gluestich untuk Menutup Luka Khatan Selain Daripada Benang Jahitan?

Ya, kami menggunakan gluestich untuk menutup luka sunat. Namun, gam ini tidak sekuat berbanding benang jahitan. Dalam sunat dewasa, saiz zakar ketika ereksi perlu dipertimbangkan kerana ia boleh menyebabkan kulit meregang dan meningkatkan risiko luka terbuka. Penggunaan gam kulit tidak disarankan, tetapi jika anda tetap berminat, caj tambahan RM100 akan dikenakan.

Adakah Sunat Dewasa Menggunakan Bius?

Ya, kami menggunakan bius setempat untuk memastikan prosedur khatan tidak menyakitkan.

Adakah Sunat Dewasa Mengubah Saiz Zakar Saya?

Tidak. Ini kerana sunat hanya memotong bahagian kulit kulup sahaja dan tidak melibatkan sebarang otot zakar.

Saya Telah Bersunat di Klinik Lain, Namun Tidak Berpuas Hati dengan Hasilnya. Bolehkah Doktor Membuat Pembaikan?

Ya, kami boleh melakukan prosedur pembetulan (revision) untuk sunat. Namun, kami tidak dapat menjamin hasil kosmetik yang sempurna kerana proses penyembuhan luka berbeza bagi setiap individu. Berdasarkan pengalaman kami, prosedur pembetulan cenderung untuk meninggalkan parut yang lebih ketara berbanding sunat pertama. Ini mungkin disebabkan oleh bekalan darah ke bahagian tepi luka yang telah berubah atau berkurang akibat prosedur sebelumnya. Walaupun begitu, pembetulan masih boleh dilakukan, tetapi dengan jangkaan yang realistik.

Sakit Tak?

Suntikan diberikan di pangkal zakar menggunakan ubat bius jangka pendek yang dikenali sebagai Lidocaine. Pesakit biasanya hanya akan merasa sedikit cucukan jarum semasa proses suntikan bius setempat, dan selepas itu, tiada lagi rasa tidak selesa. Kawasan tersebut akan menjadi kebas, jadi anda tidak akan merasa sakit sepanjang prosedur. Kesan bius ini akan bertahan sekitar 1.5 hingga 2 jam. Setelah prosedur selesai, kami akan memberikan ubat tahan sakit untuk diambil segera bagi memastikan anda terus berada dalam keadaan selesa sehingga pulih sepenuhnya.

Apakah Pantang Larang Selepas Sunat?

Selepas khatan, anda dilarang melakukan aktiviti lasak seperti berlari, berenang, mengangkat berat, serta sebarang aktiviti seksual sekurang-kurangnya selama 4 minggu untuk memastikan penyembuhan yang sempurna.

TEMPAH SEKARANG DAN NIKMATI HARGA KHAS DI KLINIK TUAH KUANTAN!

Kunjungi Kami di Klinik Tuah Kuantan

Masih Belum Yakin? Ajukan Sebarang Soalan Kepada Kami

Hubungi KamiWhatsapp Kami