Where Pain Meets Relief

Sakit Tumit/ Tapak Kaki Ganggu Langkah Anda?
Kami Ada Solusinya

Sakit Tumit, Jalan Pun Rasa Mencucuk

Setiap langkah yang kita ambil setiap hari adalah nikmat yang sering kita anggap biasa. Namun apabila tumit mula terasa sakit, nikmat itu hilang serta-merta. Setiap langkah terasa menyakitkan dan aktiviti harian menjadi terbatas.

Sakit tumit bukan sekadar rasa tidak selesa. Ia boleh menjejaskan cara kita berjalan, berdiri, bersukan, malah melakukan tugas harian yang paling mudah sekali pun. Ramai pesakit mengadu sakit menusuk setiap kali bangun dari tidur, atau ngilu yang berlarutan setiap kali melangkah.

Malangnya, ubat tahan sakit hanya memberi kelegaan sementara. Jika puncanya berpunca daripada radang tisu tapak kaki (plantar fasciitis), tekanan berlebihan, atau kecederaan struktur tumit, rawatan menyeluruh adalah kunci untuk penyembuhan jangka panjang.

Di klinik kami, rawatan sakit tumit dilakukan secara menyeluruh, bermula dengan pemeriksaan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar, sehinggalah ke rawatan khusus yang disesuaikan dengan keadaan anda. Jangan biarkan sakit tumit menjejaskan hidup anda. Dapatkan rawatan awal supaya anda boleh kembali berjalan selesa dan aktif seperti biasa.

Punca- Punca Anda Sakit Tumit / Tapak Kaki

  • Plantar Fasciitis–  Keradangan tisu tapak kaki akibat tekanan berlebihan, terutama selepas bangun tidur.
  • Heel Spur (Taji Tumit) – Pertumbuhan tulang kecil di tumit yang menekan tisu sekeliling.
  • Pemakaian Kasut Tidak Sesuai – Kasut yang tidak memberikan sokongan boleh menyebabkan ketidakseimbangan postur.
  • Berat Badan Berlebihan – Tumit menerima tekanan berlebihan setiap kali anda berdiri atau berjalan.
  • Aktiviti Berlebihan – Berlari atau berdiri terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan mikro pada tisu tumit.
  • Masalah Saraf & Arthritis – Saraf yang terhimpit atau radang sendi boleh menyebabkan sakit kronik.

Mitos & Fakta Tentang Sakit Tumit / Tapak Kaki

"Sakit tumit hanya berlaku pada warga emas"

Sebenarnya, masalah sakit tumit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau latar belakang. Kajian dan pengalaman klinikal menunjukkan bahawa pelbagai kumpulan umur turut terdedah kepada masalah ini, bergantung kepada gaya hidup dan aktiviti harian mereka. Sebagai contoh atlet sukan sering mengalami plantar fasciitis. ( Alodokter )

"Rehat sahaja sudah cukup untuk melegakan sakit tumit"

Rehat memang membantu dalam melegakan sakit tumit. Namun rehat yang berpanjangan tanpa sebarang rawatan atau terapi boleh membawa kepada sakit anda lebih teruk. Terapi fizikal dan rawatan adalah pilihan lebih baik untuk memberikan keselesaan berpanjangan.

"Sakit tumit adalah disebabkan pertumbuhan tulang taji dan hanya boleh dibuang melalui pembedahan."

Hanya sesetengah kes sakit tumit berpunca akibat pertumbuhan tulang taji. Dan kebanyakan kes sakit tumit boleh dirawat tanpa perlukan pembedahan! Antara rawatan termasuklah perubahan gaya hidup, fisioterapi dan rawatan tidak invasif.

Hilangkan Sakit Tapak Kaki / Tumit Anda Dengan Sekali Rawatan

Di Klinik Tuah, kami mengerti sakit bahu amat tidak selesa dan akan menjejaskan kualiti hidup. Malangnya, pengambilan ubat tahan sakit selalunya tidak menyelesaikan masalah, malah ada kalanya sakit tumit / tapak kaki datang semula. Oleh itu, kami berazam untuk membantu anda kembali bebas bergerak tanpa rasa sakit hanya dengan satu sesi rawatan yang tepat. 

Diagnosis Menggunakan Ultrasound

Pemeriksaan sakit tumit menggunakan ultrasound untuk diagnosis lebih teliti seperti tulang spur, atau ketebalan fascia pada tumit. 

Suntikan Anti-Radang

Suntikan anti radang berpandukan ultrasound membantu memastikan lokasi suntikan lebih tepat, dan mengurangkan radang dan kesakitan pada tumit anda. 

Mengapa Klinik Tuah?

Rawatan efektif

Rawatan Yang Efektif, masalah selesai dengan sekali rawatan. Harga berpatutan dan marhaen

Dibantu dengan Teknologi Ultrasound

Rawatan dijalankan dengan bantuan teknologi ultrasound moden bagi mengenal pasti punca sebenar sakit bahu dengan tepat dan rawatan yang bersesuaian.

Doktor Berpengalaman

Doktor yang sangat berpengalaman dalam masalah berkaitan bahu dan sendi.

Telus, Jujur & Tiada Paksaan

Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Tiada rawatan yang memaksa & tidak jujur.

Perjalanan Lebih Selesa Bersama Klinik Tuah

Peratus pelanggan yang memberi maklumbalas positif
0 %
Purata tempoh rawatan sakit tapak kaki/ tumit
0 min

Seperti Dilihat Dalam

Kenali Kami

Mereka Yang Dah Merasai Sendiri

Soalan Lazim ( FAQ)

  • Konsultasi : RM 30
  • Pemeriksaan Ultrasound : RM 80- RM 120
  • Suntikan Anti-Radang : RM 150 

Sakit tumit biasanya berpunca daripada keradangan tisu lembut di bahagian bawah kaki seperti plantar fascia (plantar fasciitis), atau masalah lain seperti tumit retak, kecederaan, tekanan berlebihan, kasut tidak sesuai, dan berat badan berlebihan.

Kebanyakan kes tidak serius dan berpunca daripada keradangan atau tekanan berlebihan. Namun, jika sakit berterusan lebih daripada 2 minggu atau disertai bengkak, kemerahan, demam, atau tidak boleh berjalan, dapatkan pemeriksaan doktor segera.

 

Tidak. Jangan risau . Rawatan tidaklah sakit dan amat selesa. Doktor akan gunakan bius setempat untuk kurangkan rasa tidak selesa. Malah, prosedur rawatan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. 

Kebanyakan kes boleh selesai dalam 10–20 minit di klinik. 

Sakit boleh menjadi kronik, pergerakan semakin terhad, dan risiko kerosakan sendi meningkat. Rawatan awal membantu pemulihan lebih cepat dan mencegah komplikasi.

Jika sakit tidak hilang selepas 1–2 minggu, semakin teruk, mengganggu tidur atau pergerakan harian, atau berlaku selepas jatuh atau kemalangan — anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin.

Anda boleh terus datang ke klinik kami, tetapi untuk keselesaan lebih baik buat temujanji supaya tak perlu menunggu lama. 

Kembalikan Keselesaan Anda

Harga Rakyat Dari Rakyat

Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti yang tinggi , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.

Konsultasi Sahaja

RM 30
  • Konsultasi Sakit Tumit
  • dengan Doktor Berpengalaman
VALUE

Suntikan Anti Radang

RM 300
  • Termasuk
  • Konsultasi dan
  • Pemeriksaan Ultrasound
  • Suntikan Tak Sakit

Pemeriksaan ultrasound

RM 80 -120
  • Pemeriksaan Menggunakan
  • Ultrasound
  • Diagnosis Masalah
  • Dengan Tepat

Kembalikan Kebebasan Melangkah

selesaikan masalah sakit tumit / tapak kaki sekarang

Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “TEMPAH TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.

*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah

Cawangan Klinik Tuah

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454
 kliniktuahcheras@gmail.com

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974
 kliniktuahshahalam@gmail.com

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813
 kliniktuahkuantan@gmail.com

KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
No 38, (Ground Floor), Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Johor

☎  01139142280
 kliniktuahjohorbahru@gmail.com

KLINIK TUAH BANGI
No. G-43 & No. 1-43 (Ground Floor), Jalan 8/35 , Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor

☎ 
kliniktuahbangi@gmail.com

Buat Temujanji Melalui Online

Loading...

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami