Dipercayai oleh 300+ Pesakit (Google Review)
Aokme Rindu Nak Jogging di Teluk Cempedak? Sakit Lutut Tok Payah Jadi Halangan
Tok sah biar sakit lutut tahan keinginan. Klinik Tuah sedia bantu dengan rawatan moden, cepat, dan tanpa bedah di Kuantan.
Hubungi KamiSeperti Dilihat Dalam
“Menangis Ibu Saya, Doktor” – Sebuah Kisah Benar
Angin bertiup perlahan, kami didatangi oleh sepasang ibu dan anak Raut wajahnya kelihatan tenang, namun terlihat kelelahan anaknya menolak kerusi roda ibunya . Dengan langkah yang penuh sabar, dia menolak perlahan-lahan, menghampiri pintu masuk klinik kami.
Wajahnya tenang, tetapi ada sesuatu dalam matanya. Seakan-akan perasaan hiba yang dipikul, harapan yang mungkin hampir pudar. Namun, si ibu yang duduk di kerusi roda itu tersenyum, meskipun garis-garis halus di wajahnya menceritakan kesakitan yang bertahun-tahun ditanggungnya.
Kami menyambut mereka dengan senyuman.
“Apa khabar, makcik?”
Wanita berusia itu membalas dengan anggukan kecil. Namun, suaranya sedikit bergetar saat mula bercerita.
“Dah bertahun makcik sakit lutut ni, doktor… Dah lebih setahun duduk atas kerusi roda. Pergi jumpa doktor, dapat ubat, tapi tak jalan. Dah cuba masuk gel, buat teropong lutut… tapi makin teruk jadinya. Macam-macam ikhtiar, berpuluh ribu habis… tapi tetap tak baik.”
Nada suaranya perlahan, sayu… hampir berbisik.
Anaknya yang berdiri di sisi hanya menunduk. Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya, hanya genggaman lembut di bahu ibunya, seolah-olah ingin memberi kekuatan.
Tanpa berlengah, doktor membawa si ibu ke bilik pemeriksaan. Mesin ultrasound dihidupkan, filem X-ray diperiksa satu persatu. Hanya beberapa minit diperlukan sebelum jawapan kepada penderitaan si ibu ditemui.
Lututnya dipenuhi air bisa / radang. Knee effusion.
Keadaan yang membuatkan setiap langkah terasa seperti jarum mencucuk tulang.
Rawatan dimulakan. Dengan penuh hati-hati, air radang dikeluarkan sedikit demi sedikit. Banyak. Terlalu banyak. Tidak hairanlah kesakitannya begitu mencengkam selama ini.
Dan Alhamdulillah, rawatan buang air bisa / radang berjalan dengan lancar.
Seminggu berlalu.
Kami bertemu semula dengan anak si ibu di klinik. Kali ini, dia datang sendirian.
Kami bertanya, bagaimana keadaan ibunya?
Dia tersenyum, tetapi matanya berkaca. Namun senyuman yang dilemparkan bukanlah kesedihan, tetapi perasaan yang sukar digambarkan.
Dengan suara yang bergetar, dia berkata:
“Menangis ibu saya, doktor… Dia call saya menangis teresak. Dia kata sakit bertahun-tahun hilang dah. Ibu saya pun dah boleh jalan biasa tanpa kerusi roda, tanpa tongkat… doktor.”
Malam itu, kami pulang dengan hati yang penuh syukur.
Betapa ramai pesakit yang datang dan pulang dengan senyuman. Betapa ramai yang mengucapkan terima kasih dengan wajah gembira. Tapi kali ini, air mata yang tumpah bukan kerana kesakitan, tapi kerana kelegaan.
Esok, pasti ada lagi yang akan datang dengan harapan. Dan seperti biasa, kami akan berikan yang terbaik.
Kerana setiap langkah yang mereka ambil selepas ini adalah bukti bahawa penderitaan bukanlah noktah. Ia hanya sebuah perjalanan.
Dan kami sedia membantu mereka hingga ke akhirnya.
Kisah ini bukan rekaan. Ia benar-benar berlaku.
Bukan hanya si ibu ini yang menemui harapan, tetapi ratusan pesakit lain telah menemui jalan keluar dari derita sakit lutut mereka.
Namun, kami hanya perantara. Segalanya atas izin Tuhan. Kami di sini hanya untuk membantu, dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. InshaAllah.
Bakpe Dah Cucuk Gel, Dah Makan Ubat, Sakit Lutut Tak Hilang-Hilang?
Tak semua sakit lutut boleh hilang dengan gel lutut atau ubat. Walaupun cucuk gel rawatan terbaik, tapi ada kes yang sakit lutut bukan sebab kurang gel dalam sendi. Sebab tu penting tahu punca sakit lutut dulu, baru rawat! Kalau salah rawat, makanlah ubat apa pun, cucuklah gel banyak mana pun, tetap sakit!
Antara Punca Sakit Lutut Termasuklah;
- Osteoarthritis
- Kecederaan ligament dan Tendon
- Kecederaan Sukan (ACL, PCL)
- Bursitis /Pes Anserine Bursitis
- Rheumatoid Arthritis
- Knee Effusion
Osteoarthritis: Radang Lutut Di Usia Tua
Osteoarthritis (OA) adalah penyakit “wear & tear” sendi yang menyebabkan kerosakan pada lutut, termasuk hausnya gel lutut, penyempitan ruang sendi, pertumbuhan osteophyte (tulang baru), dan kehancuran tulang rawan.
Tahap Osteoarthritis:
Tahap 1 – Kerosakan tulang rawan yang ringan (10%)
Tahap 2 – Jarak sendi mula menyempit, osteophyte tumbuh
Tahap 3 – Tulang rawan semakin rosak hingga ke tulang
Tahap 4 – 60% tulang rawan musnah, osteophyte besar terbentuk
Rawatan Osteoarthritis:
Suntikan Lutut – Tambah gel lutut (Hyaluronic Acid) untuk kurangkan geseran
Suplemen – Membantu penyembuhan & pencegahan sakit lutut
Fisioterapi – Menguatkan otot & meningkatkan pergerakan lutut
Ubat tahan sakit hanya meredakan simptom, bukan rawatan sebenar. Rawatan terbaik bergantung pada tahap OA, ketebalan tulang rawan, usia, sejarah kecederaan, dan faktor kesihatan lain.
Datang Bertongkat, Pulang Bergaya
Kembalikan nikmat lutut yang bebas bergerak tanpa rasa sakit bersama kami di Klinik Tuah Kuantan
Kenali Doktor Kami di Klinik Tuah Kuantan
Dr Zarifullah
Dikenali sebagai seorang yang teliti dan mementingkan kesempurnaan, Dr. Zarifullah sentiasa memastikan setiap rawatan lutut yang diberikan adalah selamat dan berkesan.
Dengan pengalaman bertugas di Hospital Kemaman, beliau telah menjalankan pelbagai pembedahan, dari kecil hingga besar, sebelum menyertai Klinik Tuah Kuantan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada prosedur pemulihan dan peningkatan kualiti hidup termasuk rawatan sakit lutut.
Pendekatan Dr. Zarifullah yang sistematik dalam mengenal pasti punca sakit lutut dan memberikan rawatan yang sesuai menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang ingin kembali bergerak bebas tanpa kesakitan.
Dr Farhan
Berasal dari Besut, Terengganu, anak jati Pantai Timur ini dikenali dalam kalangan rakan perubatannya sebagai seorang yang teliti dan mementingkan ketepatan dalam setiap rawatan.
Dengan pendekatan yang mesra dan tersendiri, beliau berpengalaman merawat pelbagai masalah sakit lutut, membantu pesakit kembali bergerak dengan selesa.
Tak kira samada buang air radang mahupun cucuk gel, Dr. Farhan sentiasa sedia membantu!
Rawat Sakit Lutut Anda Dengan 6 Langkah Mudah
Harga Rakyat Dari Rakyat
Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti serta produk yang berkesan dan bertaraf dunia , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.
Pengimbasan Ultrasound
Konsultasi & Pemeriksaan
RM 80
̶R̶M̶ ̶1̶5̶0̶
Pengimbasan Teliti Ultrasound untuk kedua-dua lutut. Bersama konsultasi dan pemeriksaan fizikal oleh Doktor
Knee Aspiration/
Buang Air Radang Lutut
RM 500
Jika ada air radang dalam lutut ( knee Effusion) , Ia hendaklah dibuang untuk mengurangkan keradangan dan mempercepat proses sembuhan
Suntikan Tambah Gel Lutut
Double-crossed-Linked Hyaluronic Acid
( Highest-end Quality of Hyaluronic Acid)
1800
̶ ̶R̶M̶2̶5̶0̶0̶
Kualiti Gel Lutut sangat main peranan dalam keberkesanan & durasi gel bertahan. Gel lutut di Klinik Tuah menggunakan double-crosslinked 10-juta Dalton HA , kepekatan & kualiti yang paling tinggi di pasaran dunia hari ini. Harga kami agak rendah berbanding hospital dan pusat perubatan lain kerana kami sasarkan lebih pada kuantiti pesakit dalam masa sama mengekalkan harga mampu milik pada semua orang
(Tidak termasuk pemeriksaan)
Untuk senarai harga yang penuh semua jenis rawatan, hubungi kami di sini
Soalan Lazim
Cucuk Lutut Sakit Tak?
Ini merupakan soalan paling popular. Suntikan lutut TIDAK sakit bersama kami kerana kami menggunakan teknik Bius Setempat dahulu sebelum suntik. Sebelum memulakan suntikan kami akan spray ubat pelali dahulu, kemudian memberi bius setempat pada bahagian lutut. Selepas diberi bius setempat, deria sakit sudah hilang dan baru lah kami akan masukkan ubat/ gel ke dalam lutut.
Hampir Semua pesakit kami mengatakan proses rawatan suntikan lutut tidak sakit. Tapi ada tempat lain yang menggunakan teknik ” One Touch”.Teknik ini tiada bius yang diberi , maka akan menyebabkan kesakitan ketika rawatan.
Rawatan Mana Sesuai Untuk Saya?
Terpulang pada pesakit.
Setiap orang rawatan nya berbeza, bergantung pada banyak faktor
Boleh jumpa doktor kami dahulu untuk diperiksa dan berbincang tentang rawatan
Berapa Harga Rawatan?
Harganya bergantung pada jenis rawatan.
Untuk gel lutut, anggaran Rm400- RM2000.
Jika anda hendak periksa jenis penyakit lutut dan tahapnya dahulu tanpa rawatan pun tiada masalah, doktor kami akan memberi pilihan rawatan yang sesuai untuk anda untuk anda fikir masak-masak dan mengkaji penyakit anda terlebih dahulu.
Kenapa Murah Berbanding Tempat Lain?
Kami tidak bersaing harga.
Bagi kami kesembuhan pesakit lagi diutamakan 😀
Doktor Suruh Saya buat Pembedahan Tukar Lutut. Ada Cara Untuk Elak?
Bukan sedikit kes seperti ini datang kepada kami. Syukur, Ramai yang berjaya dirawat sehingga tak perlu menjalani pembedahan . Jika mahu tahu lebih lanjut boleh buat appointment dengan doktor kami.
Namun harus diingat, dalam beberapa kes tertentu yang lututnya terlalu rosak teruk akibat degeneration ( osteoarthritis stage 4) , rawatan tak juga berkesan , harus diteruskan dengan pembedahan.
Doktor, Kalau Saya Makan Supplemen Boleh Baik Tak?
Kebanyakan Supplement adalah sebagai “supportive ” rawatan lutut . Ia jarang menjadi rawatan utama untuk rawatan sakit lutut. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan lutut anda dahulu.
Dalam kes osteoarthritis tahap 1 , rawatan Suplemen lutut sahaja tanpa suntikan mungkin punyai kesan yang positif tetapi dalam tahap 3-4 , rawatan suplement sahaja kebanyakan tidak berkesan tanpa mengambil suntikan lutut