September 2024— Untuk tahun ini, Tuah La Famila kini ke Medan, Indonesia, sebagai sebahagian daripada trip tahunan 2024. Percutian kali ini dianjurkan bagi menghargai dedikasi serta komitmen mereka yang selama ini telah membanting tulang dalam menjayakan misi Klinik Tuah. Turut serta dalam percutian ini adalah para doktor, pembantu klinik, dan staf pengurusan dari cawangan Cheras dan Shah Alam.
Trip yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah memberikan peluang kepada para staf untuk menikmati suasana indah Medan. Mereka dibawa melawat beberapa lokasi tarikan seperti Danau Toba yang terkenal dengan panorama memukau, Air Terjun Efrata yang mendamaikan, dan Loken Barn.
Tidak ketinggalan, para staff juga dapat membawa anak-anak kecil mereka ke Taman Hewan Permatang Siantar, di mana mereka berpeluang mengenali pelbagai jenis haiwan, serta membeli-belah di kawasan Berastagi yang terkenal dengan pasar tradisionalnya.
Klinik Tuah amat berbesar hati kerana dapat meraikan para staf dengan percutian yang bermakna ini, sambil mengeratkan lagi silaturahim antara staf dan keluarga masing-masing. Kami berharap percutian ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.