25 April 2025, Kuantan — Klinik Tuah Kuantan telah berpeluang merealisasikan visi ke arah Kuantan Bebas Sakit Lutut melalui Program Pemeriksaan Lutut Percuma berlangsung di Masjid Al-Makmur, Batu 10, dari jam 10 pagi hingga 4 petang.
Program Kuantan Bebas Sakit Lutut ini merupakan salah satu inisiatif komuniti yang dijalankan dengan kerjasama pihak masjid. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pemeriksaan asas lutut secara percuma kepada penduduk setempat, serta meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sendi dan pencegahan awal terhadap masalah lutut.
Pemeriksaan dilakukan oleh seorang doktor perubatan yang dibantu oleh dua orang staf klinik. Setiap pemeriksaan melibatkan soal selidik berkaitan simptom, pemeriksaan fizikal lutut, dan cara penjagaan lutut. Seramai 28 orang penduduk setempat telah hadir dan menjalani pemeriksaan lutut sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhan, program ini berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai satu usaha memperluaskan akses kesihatan kepada masyarakat, terutamanya bagi golongan yang memerlukan.
Pihak klinik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Al-Makmur Batu 10 atas jemputan dan peluang untuk turut sama menjayakan program ini.