Cheras, 21 Mac 2025 —  Klinik Tuah dengan sukacitanya telah mengadakan program pemeriksaan lutut di Masjid An Najihin sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat setempat.

Program yang diberi nama Bergaya dengan Lutut Raya di Klinik Tuah, merupakan kolaborasi antara klinik dan pihak masjid untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk sekitar.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan, terutamanya kesihatan lutut, yang sering diabaikan. Masyarakat berpeluang mendapatkan pemeriksaan lutut secara percuma dan menerima nasihat daripada doktor kami yang berpengalaman dalam bidang ortopedik . Program ini disertai oleh dua doktor dan empat staf dari Klinik Tuah Cheras yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada peserta.

Sebanyak 36 orang telah menyertai pemeriksaan lutut ini, dan mereka berpeluang mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menjaga kesihatan lutut, serta langkah pencegahan untuk mengelakkan masalah lutut pada masa hadapan.

Inisiatif ini bukan sahaja memberikan manfaat kesihatan, tetapi juga memperkukuh hubungan antara klinik dan masyarakat, di samping menunjukkan komitmen Klinik Tuah dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses oleh semua golongan.

Dengan program-program sebegini, diharapkan lebih ramai orang akan sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan dan tidak ragu untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional apabila diperlukan.