Pembedahan / Klinik Surgeri

Sebelum Pembedahan

Ketulan Lipoma yang besar di lengan bermula sebesar duit 20 sen dan membesar secara perlahan. Kelihatan kulit yang menipis dan pecah akibat dari tekanan dari ketulan yang membesar (Swipe pada gambar)

Selepas pembedahan

Terdapat banyak kulit lebihan yang mengelebeh. Kulit dipotong dengan teliti dan di “trim” untuk memastikan lengan akan cantik kemudian hari tanpa kulit mengelebeh. Jahitan dalaman dibuat untuk memastikan luka yang minimal untuk penyembuhan yang kemas. Selepas 2 bulan follow up , parut sangat minimal dan lengan kembali anjal namun tiada gambar disertakan  

Ketulan Yang Tidak Dapat Disorok Lagi

” Dah 5 tahun dah saya tak keluar rumah sangat . Malu nak keluar sebab ketulan kat lengan ni besar sangat . nak pakai baju pun tak muat bahagian tangan.”
Ujar Puan Ros ketika berada di klinik kami sambil beliau memegang ketulan lipoma di lengannya yang berukuran 15cmx 15cm. Memang besar lipoma di lengannya .

 

” Suami pun pernah cakap malas bawak saya jalan sebab ketulan ni” 
katanya lagi disulami nada kecewa bercampur sedih. 

 

Dahulu ketulannya kecil, sekecil duit 50 sen. namun dibiarkan nya kerna menganggap tidak merbahaya dan tidak mengganggu. namun tahun berganti tahun . ketulan makin membesar. 
Malangnya apabila beliau bertanya pada hospital dan klinik, kos pembedahan sangatlah mahal mencecah Rm7000 ke Rm10,000. maka beliau melupakan hasrat untuk membuangnya dan terpaksa menelan segala kepahitan hidup bersama ketulan lipoma yang besar. Takdir Tuhan, bertemu dengan Dr Hareez , doktor bedah kami. Setelah penerangan, pembedahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kesakitan atau komplikasi. Alhamdulillah. 

 

Selang beberapa bulan , Puan Ros datang kembali ke klinik untuk rawatan susulan.
Kali ini beliau datang bergaya mengenakan baju kebaya moden . Kali ini datangnya membawa senyuman. 
Senyuman yang tidak ternilai dan sangat mengembirakan kami semua

 

————————————


Cerita ini bukanlah rekaan .
Ia merupakan cerita benar salah seorang pesakit kami.
Terdapat pelbagai sebab jika terdapat ketulan pada anggota badan kita..

klinik bedah

Ketulan Yang Paling Biasa Terdapat Pada Tubuh Badan

  • Lipoma

  • Sebaceous Cyst

  • Ganglion Cyst

  • Carbuncle

  • Abscess

  • Barah/Kanser

 

Baca Artikel tentang 5 Benjolan di Tubuh Badan 

Kami percaya sesuatu pembedahan itu tidak sempurna jika tidak mengambil kira nilai estetik

Doktor bedah kami sangat menekankan nilai estetik , kecantikan dan keselamatan sesuatu pembedahan. Walaupun sudah mengendalikan ratusan pembedahan seperti laparotomy, breast surgery , hemorrhoid ,lipoma , cyst dan lain namun beliau masih menitikkan beratkan pembedahan yang kemas dan cantik pada setiap pesakitnya

Dr Hareez

Kenali doktor bedah kami

Berpusat di Cheras, Kuala Lumpur, Dr Hareez mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pembedahan.
Dikenali sebagai seorang yang teliti, Dr Hareez percaya bahawa setiap pembedahan
harus dikendalikan dengan nilai estetika yang tinggi sepertimana pembedahan kosmetik dan haruslah menambah keterampilan serta meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Berpengalaman luas dalam pelbagai pembedahan sama ada kecil atau besar, Dr Hareez pernah menaburkan khidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang dan banyak melakukan pelbagai pembedahan seperti Laparotomy, Appendicectomy (Buang Appendix), Hernia Repair(Angin pasang), Excision biopsy, Breast Surgery, Hemorrhoidectomy, Lipoma , Cyst dan banyak lagi

sambung pembacaan

Seorang anak jati Shah Alam, Selangor, beliau merupakan lepasan ijazah dari International Medical School,Bangalore dan menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan& Pembedahan M.B.B.S dari International Medical School-MS Ramaiah College Bangalore, India. Pernah menjalani latihan Residensi Kedoktoran di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan Pahang sebelum berkhidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang.

Dr Hareez juga pernah menjadi ” Program Director of Circumcision Techinque Hospital Ampang” dari tahun 2017-2019. Selain itu beliau pernah menjadi salah seorang ahli Colorectal team Hospital Ampang, Pink Ribbon Team, dan Breast Cancer Team di Hospital Ampang . Dalam masa yang sama, beliau aktif melakukan pembedahan di klinik-klinik swasta sekitar lembah klang.

 

Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan jabatan dan hospital untuk membuka pusat perubatan sendiri dengan idea menyediakan perubatan & pembedahan yang berkualiti tinggi serta memberi rawatan yang lebih individu dan penjagaan penuh perhatian untuk pesakit-pesakitnya.

Dr Zarifullah ( Klinik Tuah Kuantan )

Berpusat di Kuantan, Pahang, Dr Zariffullah mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pembedahan.

Dr Zarifullah dikenali sebagai seorang yang ” Perfectionist” , sangat mementingkan hasil teliti dalam setiap pembedahannya. Beliau percaya setiap pembedahan yang dilakukan tidak dianggap berjaya jika tiada nilai estetika pada hasil pembedahan tersebut

Pernah berkhidmat sebagai doktor bedah orthopedik di Hospital Kemaman, Dr Zarifullah telah banyak melakukan operation serta terlibat dalam pembedahan major mahupun minor seperti Lipoma removal, External Fixation , Incision and Drainage, Plating of bone fracture, Internal Fixation of bone fracture , Carpal Tunnel Release , Trigger Finger Release dan lain-lain pembedahan

Dr Farhan ( Klinik Tuah Kuantan)

Kemas, Cantik, Pantas ! Ketiga-tiga ini sinonim dengan hasil kerja Dr Farhan .

Seorang anak jati Besut, Terengganu. Dr Farhan mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengendalikan pembedahan kecil mahupun besar. Dikenali sebagai seorang yang mengutamakan kekemasan pembedahan diantara rakan sekerja, Dr Farhan telah melakukan pelbagai pembedahan minor atau major seperti Lipoma and cyst removal, excision of ganglion cyst , Carbuncle removal, internal and external fixation of bone fracture dan lain-lain ketika berkhidmat sebagai doktor bedah orthopedik di Hospital Kemaman , Terengganu.

Antara Pembedahan Yang Kami Lakukan

  • Lipoma
  • Sebaceous Cyst
  • Ganglion Cyst
  • Buang Hemorrhoid / Buasir
  • Buang Ketulan Payudara Firboadenoma
  • Abscess/ Buang Nanah
  • Buang ketuat/ Wart Removal
  • Ingrown Toe Nail / kuku cengkam/ cagu
  • Removal of lymph node / buang kelenjar limfa
  • Buang Carbuncle / Saucerization of Carbuncle
  • Buang implanon / Implanon removal
  • Dan banyak lagi

Soalan Yang Kerap Ditanya

Adakah semua ketulan itu sakit?

Tak semestinya ,kebanyakan ketulan tidak sakit dan tak mengacau aktiviti seharian. Namun ketulan tersebut boleh menjadi sakit disebabkan jangkitan kuman.

Kebanyakan ketulan yang sakit disebabkan jangkitan kuman atau disebabkan terdapat penglibatan saraf

Saya takut ketulan ni kanser /barah, betul ke?

Bukan semua ketulan itu cancer. kebanyakan nya adalah benign( bukan cancer). namun terdapat “warning sign” jika ketulan pada anggota badan itu cancer
antaranya adalah

 

1. Ketulan tersebut membesar terlalu cepat
2. Turun berat badan secara signifikan
3. Bentuk ketulan yang tidak seragam
4. Ketulan tersebut mengeras

*harus ingat kebanyakan ketulan cancer tidak sakit.
Jika anda ada ketulan seperti diatas , boleh menghubungi doktor untuk diagnosis lebih tepat

Saya nak buang ketulan ni, Sakit tak?

Tidak. proses pembedahan adalah tidak sakit.

Untuk pesakit-pesakit yang pernah melalui pembedahan dengan kami, kesakitan tidak pernah menjadi isu, ini kerana kami akan membius dengan bius setempat sebelum pembedahan. anda akan tidak merasa apa-apa ketika proses .

Selepas pembedahan ubat tahan sakit akan diberi untuk dimakan 1-2hari agar anda tidak akan merasa sakit langsung dari awal pembedahan hingga proses penyembuhan

Ketulan saya tidak menggangu saya dalam aktiviti harian, boleh kah saya membiarkan ketulan tersebut tanpa membuangnya?

Jika ketulan tersebut lipoma, sebaceous cyst atau ganglion cyst terdapat risiko yang tinggi untuk ketulan tersebut dijangkiti bakteria kemudian hari.

 

Jika dijangkiti ketulan akan rasa sakit dan berkemungkinan akan menjadi nanah didalamnya. Jika antibiotik tidak berjaya merawat jangkitan tersebut, maka pembedahan harus dilakukan, tetapi jenis pembedahan berbeza. ketulan akan dipotong untuk keluarkan nanah namun tidak akan dijahit balik disebabkan jangkitan kuman .

 

Oleh itu, saranan yang lebih baik adalah lebih elok pembedahan dibuat ketika tidak sakit/dijangkiti kuman untuk memastikan penyembuhan luka lebih cantik dan mengelakkan luka terbuka “open wound” yang perlu di Dressing setiap hari.
Selain itu, Risiko ketulan akan membesar kemudian hari turut tinggi.
Ada sesetengah ketulan boleh membesar sehingga sebesar buah tembikai apabila disimpan bertahun.

 

Pengalaman doktor bedah kami , lipoma paling besar yang pernah dilakulan diklinik bersaiz 30x18cm di bahagian belakang badan.
Oleh itu, lebih disarankan untuk buangnya ketulan tersebut sebelum lebih membesar

Mengapa orang ramai memilih klinik Surgeri kami untuk pembedahan

  • Doktor yang sangat berpengalaman
  • Hasil pembedahan yang premium pada harga yang marhaen & berpatutan
  • Pembedahan yang cantik , parut yang minimum
  • Staff dan doktor yang peramah
  • Pembedahan yang tidak menyakitkan
  • Luka yang kemas dan parut yang minimal
  • Teknologi Gam Luka Gluestitch untuk tutup luka tanpa benang

Pembedahan yang paling kemas dan mantap.
Dr Hareez bedah sebaceous cyst blakang suami dengan sangat cantik.
Memang recommend kaw2 la klinik ni untuk bedah.
Harga paling murah lepas survey kt klinik lain. Doktor cool dan peramah , cerita penyakit dari A-Z.
we had a very brilliant experience with this clinic. Sanggup datang dari pahang untuk bedah, Alhamdulillah tak menghampakan.
skang dah 2 bulan selepas bedah. memang betul cakap Dr Hareez, bekas luka sangat susah nak nampak.
Alhamdulillah.

Nadia Rusli(review from google)

Pembedahan yang tidak menyakitkan dan kemas, Highly recommended!!!!

Alya RosliFrom Google Review

The doctor is very good and the staff very friendly the place is very clean. The doctor very good to handle my case to removed my lipoma. I rate 5 star

Eric2 Duallo2(Review from Google Review)

Had minor surgeries done here. One is for the wart on my foot and the other is cyst on my eye. Both done by Dr Hareez. A very fun and excellent doctor. A good place to get your medical treatment! Clinic is clean. Service is excellent. Price is good.

Irinah NohReview From Facebook

Mmg recomend sangatt , dr hareez sangatt profesional

Naddy RusilenReview From Facebook

Terima kasih Doktor bedah lipoma saya. memang tak menyakitkan.
sangat profesional. penerangan tip-top.
dan paling best . harga yang terbaik. dah survey 3 klinik dan 2 hospital , memang klinik ni jauh lebih murah. terbaik doktor dan staff. Recommended !

Khalid AsyrafFrom Google Review

Hantar Sahaja Gambar Ketulan Pada Whatsapp Untuk Anggaran Kos Pembedahan

Jika anda berminat untuk melakukan pembedahan bersama kami atau sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp/call  kami dengan tekan butang dibawah . Untuk anggaran kos pembedahan boleh hantar gambar ketulan atau lain-lain pada nombor whatsapp yang tertera . Anggaran kos pembedahan antara Rm300- Rm4000 terpulang pada jenis,saiz dan lokasi ketulan 🙂

Cawangan Klinik Tuah

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454 (Cheras)

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813 (kuantan)

KLINIK TUAH SHAH ALAM
 No. 9 (Ground Floor,
Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974 (Shah Alam)

Waktu Beroperasi Untuk Semua Cawangan
Dibuka setiap hari kecuali Sabtu
9am- 9pm

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor tertera

Selain itu, anda juga boleh terus walk- in / buat temujanji terus ke klinik kami untuk mendapatkan konsultasi tentang pembedahan anda

Whatsapp
Call