Where Pain Meets Relief

Sunat Plastibell vs Laser : 5 Perbezaan Ketara Khatan Bayi , Jangan Salah Pilih

Teknik Sunat Plastibell vs Laser , Inilah seringkali menjadi persoalan kepada ibubapa untuk khatan kan bayi mereka.

Sunat atau khatan bayi tidak sama seperti khatan kanak-kanak mahupun dewasa. Terdapat banyak faktor untuk kita tentukan khatan bayi mana yang sesuai.

Kandungan

Sunat Plastibell vS laser :mana nak pilih?

Secara amnya, Plastibell merupakan teknik sunat yang menggunakan konsep sama seperti tali pusat bayi yang dikepit dan akan tercabut sendiri dalam beberapa hari. Satu gegelung plastik berbentuk “Bell” akan diletakkan didalam kulup kemaluan bayi dan satu benang/tali akan diikat pada plastik tersebut.

Proses ini akan menyebabkan salur darah dan tisu yang diikat akan secara semulajadi dan perlahan luruh hingga seluruh plastik dan lebihan kulit tercabut.

Hasilnya. apabila plastik dan kulit lebihan tercabut, luka akan terus kering!! dan hampir sembuh sepenuhnya seawal 3 hari.

Ramai yang memilih teknik ini untuk khatan ketika bayi kerana faktor dibawah;

Kelebihan Sunat Plastibell

  • Lebih Cepat Sembuh
  • Lebih Senang Jaga
  • Kurang Komplikasi
  • Lebih Selamat- Risiko kecederaan pada kepala zakar hampiri 0%
  • Lebih cantik

Maka tidak hairan lah sunat plastibell lebih digemari oleh kebanyakan ibu bapa yang berhajat untuk khatankan anak mereka.

kaedah sunat plastibell vs laser

namun begitu terdapat juga kelemahan Sunat Plastibell;

Kelemahan Sunat Plastibell

  • Proses Yang Kompleks – Tidak banyak doktor yang mahir dalam khatan secara plastibell kerana plastibell memerlukan doktor yang berpengelaman dan berkebolehan tinggi untuk melakukannya.
  • Risiko Plastibell tercabut awal sebelum waktunya- Walaupun jarang berlaku kerana tali akan diikat ketat pada plastibell namun jika berlaku hendaklah berjumpa dengan doktor.

Sunat Laser

Ramai yang salah anggap , Laser yang digunakan untuk khatan adalah seperti “lightsaber” dalam cerita “starwars” . Laser yang dimaksudkan ini tidak mengeluarkan bunyi ” piuu .. piuuu” dan tidak bercahaya kuning mahupun hijau.

Laser tersebut adalah diathermy atau cauthery , ia digunakan untuk memotong kemaluan dengan cara ” membakar” agar kulit dapat dipotong cantik dalam masa yang sama mematikan saluran darah di zakar .

Cara ini lebih konvensional . Dimulakan dengan bius dan menandakan bahagian hendak dipotong. Clamp akan digunakan untuk menyepit kulit lebihan , lalu dipotong melalui ” laser” dan kemudian luka dijahit,

kaedah sunat plastibell vs laser

Kelebihan Sunat Laser

  • Lebih Simple / Ringkas berbanding Plastibel
  • Lebih murah/ kos efektif
  • Cara konvensional
  • Jika terdapat komplikasi, lebih senang untuk dirawat
  • Prosedur yang lebih cepat

Kelemahan Sunat Laser 

  • Mempunyai benang jahitan yang kurang selesa pada bayi
  • Sedikit lambat baik berbanding plastibell
  • Risiko komplikasi sedikit lebih tinggi

Perbezaan Plastibell vs Laser Untuk Bayi

Teknik
Plastibell
Laser
Kecantikan
Lebih Cantik
Biasa
Kadar Kesembuhan
Sepantas 3-10 Hari
6-12 Hari
Keselamatan
Sangat Selamat
Bergantung pada Doktor
Jahitan
Tiada
Ada
Penjagaan
Plastibell Tercabut Sendiri, Senang Jaga
Benang luruh Sendiri, Akan Ada Sedikit Air Biasa Selalunya
Risiko Komplikasi
Sangat Rendah
Rendah
Kepakaran Doktor yang Membuat
Tinggi
Sederhana
Harga
Mahal Sedikit Berbanding Laser
Sederhana ( Bergantung pada Hospital/Klinik)

Penutup

Plastibell adalah teknik yang paling moden dan selamat untuk khatan bayi. Itu adalah pemerhatian dan pendapat peribadi kami. Ia merupakan teknik khatan yang membuatkan ibubapa senang menjaga selepas khatan disamping selamat dan cepat sembuh.

Namun harus dilakukan oleh orang yang berpengalaman untuk mengelakkan komplikasi dan sesalan di kemudian hari kerana teknik ini sedikit kompleks

Khatan Laser pula secara amnya adalah khatan yang sering dilakukan untuk budak-budak. Khatan laser juga sesuai untuk bayi. Namun jika dibandingkan dengan stapler, stapler lebih baik dari pelbagai aspek.

Walaupun begitu, khatan laser juga tidak kurang permintaannya memandangkan ia lebih kos efektif dan sesuai untuk ibubapa yang gemar memilih kaedah klasik / konvensional.

KLINIK BERSUNAT DI MALAYSIA

Sunat Hari Ini, Sembuh Seawal 3 Hari 

Alami Khidmat dan Penjagaan Yang Selesa dan Selamat Untuk Bayi Anda di Klinik Tuah

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Ketahui perbezaan sunat plastibell vs laser di sini […]

[…] Laser atau Plastibell? Mana yang lebih baik untuk bayi anda? Klik Pautan ini: sunat plastibell vs laser […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Jom baca lagi..

5 Klinik Pakar Sakit Lutut Shah Alam & Klang : Rawatan Dan Kos

Dekat klinik, ramai datang dengan aduan sama: sakit lutut bila berdiri lama, susah nak solat, tak boleh lipat kaki, dan takut nak turun tangga. Ada yang muda, ada juga yang berumur. Rupanya, sakit lutut...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...