Where Pain Meets Relief

Sunat Laser vs Sunat Stapler: Yang Mana Lebih Baik?

Dalam filem Star Wars, lightsaber atau pedang laser, yang menjadi senjata utama Jedi dan berkuasa bagi melawan musuh.

Kandungan

Pendahuluan

Dunia bersunat juga ada elemen lightsaber. Cahaya laser yang halus memotong kulup lelaki dengan kemas dan rapi telah menjadi salah satu teknik khatan yang popular di Malaysia.

Dan semestinya ada pesaing untuk sunat laser, iaitu sunat stapler! Namun stapler yang digunakan untuk khatan bukanlah sama seperti stapler di kedai alat tulis. Tetapi satu teknologi canggih, khusus untuk memotong kulit kulup dengan hasil yang sangat kemas dan menawan!

Sunat laser vs Sunat Stapler Klinik Tuah

Kedua-dua teknik ini merupakan teknik sunat yang popular di Malaysia. Jika dilihat sekali imbas, kedua-dua merupakan “upgrade” dari teknik tradisional, yang mementingkan kekemasan dan keselesaan pesakit. 

Tetapi, teknik manakah yang lebih baik? Artikel ini akan merungkai kelebihan dan kekurangan kedua-dua kaedah ini untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Sunat Stapler Klinik Tuah

Perbandingan Sunat Laser dan Sunat Stapler

Prosedur

Sunat Laser: teknik khatan laser mendapat perhatian ramai sejak tahun 2000 an hingga kini. Alat yang menggantikan pisau dan gunting ini dipanggil kauteri, di mana hujung kauteri dipanaskan hingga 1000 darjah celcius dengan kuasa elektrik.

Haba yang dihasilkan pada hujung kauteri kemudian memotong lebihan kulit kulup dan menghentikan pendarahan pada masa yang sama. Ini memastikan proses khatan tersebut lebih cepat dan bersih, serta kurangnya risiko pendarahan.

Selepas pemotongan kulit, kulup akan dijahit dengan teliti pada 4 sisi utama untuk mengelakkan pendarahan pada luka dan memberikan hasil yang kemas. Hasilnya, anda akan merasai proses yang cepat, tiada pendarahan yang banyak dan anda tidak akan rasa sakit sepanjang bersunat.

kelebihan sunat laser klinik tuah

Sunat Stapler: Lebih cepat, lebih tepat! 

Ini mungkin slogan yang sesuai untuk teknik stapler. Khatan stapler ini yang diperkenalkan daripada China sering dilakukan pada remaja dan dewasa.

Alat ini mempunyai dua bahagian, loceng dalam dan loceng luar. Loceng dalam melindungi zakar, dan loceng luar memotong kulup sekaligus melepaskan “peluru” untuk mencantumkan luka potongan.

Menariknya, pakar perubatan sangat mengesyorkan teknik ini kerana prosedurnya lebih cepat, kesakitan dan pendarahan yang minimum, dan yang paling penting, tidak perlu jahit!

Tempoh Penyembuhan

Sunat Laser: Tempoh yang diambil untuk luka sunat sembuh adalah dikira cepat. Dalam masa dua minggu, anda boleh kembali pada rutin harian, bersama keyakinan baru! Luka juga lebih cepat kering berbanding sunat clamp.

Namun, khatan laser memerlukan penjagaan yang rapi kerana sekiranya tidak dijaga, risiko untuk dapat jangkitan dan boleh berlubang. Untuk kes fimosis / zakar buta, selepas bersunat cecair kekuningan mungkin keluar daripada kepala zakar, dan nanah mungkin berkumpul di kepala zakar. 

Sekiranya simptom ini berlanjutan, dapatkan nasihat daripada doktor dengan serta-merta.

gambaran Sunat laser sepanjang tempoh penyembuhan Klinik Tuah

Sunat Stapler: Bukan sahaja prosedur yang cepat, malah tempoh penyembuhan juga sangat cepat! Anda boleh kembali bekerja 24 jam selepas prosedur. Malah, luka sunat ini akan sembuh sepenuhnya dalam masa 7-10 hari sahaja.

Peluru stapler juga akan hilang/ larut dengan sendirinya. Anda mungkin berasa kurang selesa selepas sunat, namun rasa itu akan hilang selepas 3-5 hari.

Sunat Stapler tempoh Penyembuhan Klinik Tuah dalam 24 jam

Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Zakar Buta / Fimosis?Klik Sini

Hasil Sunat

Sunat laser: Terdapat dua teknik pemotongan untuk khatan laser, iaitu freehand di mana garis potongan boleh jadi kurang kemas, dan teknik guillotine (pancung). Kaedah ini juga meninggalkan parut dan kesan jahitan. Lebih teruk lagi, kesan parut mungkin lagi ketara akibat infeksi, malah boleh mengakibatkan parut berlubang.

Sunat Laser Klinik Tuah

Sunat Stapler: berbanding sunat laser, sunat stapler menghasilkan rupa yang lebih kemas, lebih cantik. Peluru stapler mungkin berbekas pada zakar, namun lama-kelamaan akan pudar, yang anda perasan pada zakar ianya makin “kacak” dan kemas.

Kos

Sunat Laser: Harga sunat laser boleh dikatakan mesra poket. Teknik ini jauh lebih murah berbanding khatan stapler, dan sesuai untuk individu yang inginkan kaedah khatan yang optimum, dengan harga yang berpatutan.  

Sunat Stapler: Seiring dengan kecanggihan alat ini, kos perubatan ini lebih mahal berbanding laser. Boleh dikatakan ianya adalah kaedah sunat yang premium dan lebih sesuai untuk individu yang tidak memfaktorkan harga semasa membuat perbandingan.

Berikut ialah perbandingan harga sunat:

Jenis bius
Stapler
Laser
Bius Setempat
RM 1800- RM 4500
RM 800-RM 2000
Bius Penuh
RM 5000-RM 7000
RM 3000-RM 5000

Kesimpulan Perbandingan Kaedah Sunat

AspekLaserStapler
ProsedurGuna teknik kauteri atau diathermySatu alat stapler khas digunakan untuk memotong kulup
Masa diambil20-30 minit10-15 minit
PendarahanRendahRendah
Tahap kesakitanRendah-sederhana (kerana jahitan)Rendah kerana tiada jahitan dikenakan
Tempoh penyembuhan10-14 hari untuk pulih sepenuhnyaBoleh kembali pada rutin normal selepas 24 jam. Pulih sepenuhnya 7-10 hari.
Parut / Rupa PemotonganSedikit bergerigi / tidak halusLicin dan halus dengan kesan parut yang tidak kelihatan
Risiko jangkitanRendahLebih Rendah
Hasil KosmetikKemas, mungkin ada bekas jahitan. Potongan kadang kelihatan bergerigi.Rapi dan kemas dengan kaedah pemotongan stapler yang tepat.
KosLebih murahLebih mahal
UmurBayi, kanak-kanak dan dewasaRemaja dan dewasa
Penjagaan Selepas ProsedurPerlu penjagaan rapi untuk elak jangkitan pada luka jahitan.Luka lebih mudah dijaga
Pusat PerkhidmatanKlinik-klinik berdekatanKlinik khusus untuk bersunat

Pemenangnya Ialah...

Setelah membuat perbandingan dari aspek prosedur, tempoh penyembuhan dan hasil, sunat stapler adalah pemenangnya, dan lebih baik daripada sunat laser. Dengan prosedur yang lebih cepat, tempoh penyembuhan yang sangat cepat dan hasil yang lebih kemas dan cantik, khatan stapler adalah pilihan utama sekiranya anda mencari kaedah khatan yang cepat, pemulihan yang lebih baik dan tiada parut.

Namun, khatan laser juga mempunyai keisitimewaan tersendiri, pilihan yang lebih baik untuk anda yang mencari kaedah sunat yang cepat, dengan kos lebih rendah.

Tidak kira sama ada stapler atau laser, pilihan terletak di tangan anda. Sekiranya anda inginkan hasil yang lebih rapi dan cepat, anda boleh memilih stapler, dan sekiranya kos sunat menjadi faktor penting, anda boleh memilih laser.

Pastikan anda berbincang dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut kaedah mana yang lebih sesuai, dan pemeriksaan lanjut untuk mengelakkan risiko atau kesan sampingan yang tidak diingini.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk berkhatan?

Anda juga boleh baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris di sini

Ketahui segalanya tentang sunat dewasa di sini (Bahasa Inggeris)

Klinik Sunat Semua Umur 

RASAKAN PENGALAMAN SUNAT YANG SELESA & MENYENANGKAN

Hari Ini Sunat, Esok Boleh Masuk Kerja

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Ketahui lebih lanjut tentang sunat laser vs sunat stapler di sini […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Jom baca lagi..

The Essential Guide to Adult Circumcision:  Snip, Snip, Hooray!

Adult circumcision can be quite a taboo subject to be publicly discussed. While parents eagerly talk about their children’s circumcision every time school holidays come around, grown men might receive some side-eye for mentioning...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...