Where Pain Meets Relief

4 TEKNIK/ KAEDAH KHATAN MODEN: MANA SATU LAGI BAIK ?

Setibanya musim cuti sekolah, persoalan yang sering ditanyakan oleh para ibu bapa kepada kami adalah, kaedah khatan mana yang lebih baik? Jawapan kami sentiasa sama kalau melibatkan berkhatan.

Semuanya baik, yang membezakan hanyalah prosedur dan kaedah yang digunakan.

Kandungan

Pendahuluan

Sunat / Khatan / Khitan ini ialah satu prosedur kecil di mana tujuannya ialah untuk memotong lebihan kulit (kulup) pada zakar lelaki.

Mahupun kedengaran seperti kecil, namun risiko dalam bersunat tetap ada. Oleh itu sebaiknya para ibu bapa melakukan khitan anak di pusat pusat atau klinik yang berpengalaman dalam mengendalikan sunat.

Kaedah Khatan / Sunat yang Ditawarkan Zaman Sekarang:

Laser

Sunat menggunakan laser amat popular bermula dari tahun 2000-an sehingga sekarang. Ia melibatkan satu alat yang dipanggil sebagai kauteri (cautery).

Kauteri ini akan menghasilkan haba pada hujung alat yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan sekaligus menghentikan darah sewaktu proses pemotongan. Ini menjadikan proses khatan tersebut lebih cepat dan lebih bersih kerana kurang risiko pendarahan.

Selepas kulit itu dipotong, baki kulit itu akan dijahit biasanya pada 4 sisi utama agar luka tersebut tidak terus berdarah dan akan memberikan hasil yang kemas.

Tempoh prosedur biasanya mengambil masa 20-30 minit dan penjagaan pula adalah sedikit rumit dari kaedah lain. Dari segi kosmetik pula, sunat laser akan meninggalkan kesan parut kasar dan mungkin akan terdapat kesan jahitan.

laser antara kaedah khatan moden
ilustrasi kaedah khatan laser

Clamp/Klamp

Kaedah clamp merupakan antara kaedah terbaru di pasaran yang mempunyai berberapa nama (Tara klamp, smart klamp, alisklamp). Kaedah ini adalah lebih cepat daripada kaedah laser, dan risiko pendarahan lebih kurang berbanding kaedah konvensional.

Caranya ialah dengan mengukur saiz sesuai untuk klamp, kemudian klamp itu akan diletakkan di sekeliling zakar dan akhirnya kulit lebihan yang berada di luar klamp akan dipotong menggunakan kauteri atau pisau.

Menariknya jika menggunakan kaedah klamp, ia tidak memerlukan jahitan langsung dan hasil kosmetik klamp adalah lebih cantik jika dibandingkan dengan laser. Namun harus diingatkan, pesakit perlu datang lagi sekali ke klinik dalam tempoh 1 minggu supaya alat klamp itu dapat dicabut.

alat clamp antara kaedah khatan moden

Plastibell

Sama seperti klamp, plastibell juga merupakan kaedah terbaru di pasaran, yang menggunakan alat berbentuk seperti cincin bersama dengan satu ‘handle’ di hujungnya. Alat ini akan diletakkan di antara lebihan kulit dan zakar, diikat pada cincin dan akhirnya ‘handle’ tersebut dipatahkan, meninggalkan hanya struktur cincin pada zakar pesakit. Kebiasaannya cincin plastik tersebut akan gugur dengan sendirinya dalam masa 5-10 hari.

Kaedah plastibell ini amat popular digunakan pada bayi lelaki.

plastibell antara kaedah khatan moden untuk bayi

Stapler

kaedah khatan stapler sering dilakukan pada orang dewasa / remaja. Stapler dikenali dengan teknik yang cepat sembuh. Ia merupakan sebuat alat yang akan memotong kulit zakar dan mencantumkan luka dengan sekali gus.

Kelebihan teknik ini adalah;

  • lebih cepat sembuh. sunat hari ini , esok boleh masuk kerja
  • kurang komplikasi
  • tanpa jahitan
  • lebih cantik
  • prosedur yang lebih cepat

ilustrasi 3d kaedah khatan stapler

Perbandingan Sunat Laser, Plastibell, Clamp dan Stapler

Laser
Plastibell
Clamp
Stapler
Masa Diambil
20-30 minit
5-10 minit
5-10 minit
5-15 minit
Risiko Pendarahan
Rendah
Sangat Rendah
Rendah
Sangat rendah
Tahap Kesakitan
Rendah-Sederhana (kerana jahitan)
Rendah
Sederhana (boleh jadi menyakitkan)
Sangat rendah
Tempoh Penyembuhan Penuh
10-14 hari
3-10 Hari
Clamp biasanya dibiarkan selama 5-7 hari sebelum dikeluarkan
7-10 Hari (24 Jam untuk kembali ke rutin harian)
Hasil Kosmetik
Kemas, tapi mungkin akan ada parut dan kesan jahitan
Lebih cantik kerana tiada kesan jahitan
Lebih cantik kerana tiada kesan jahitan
Rapi dan sangat kemas kerana tidak perlu jahitan
Kos
Murah
Mahal Berbanding Laser
Mahal Berbanding Laser
Mahal berbanding sunat moden yang Lain
Umur
Semua peringkat umur
Bayi
Kanak-Kanak dan Dewasa
Kanak-kanak dan dewasa

Kesimpulan

Berkhatan merupakan satu prosedur yang mempunyai banyak kaedah dan pandangan, yang akhirnya mempunyai satu matlamat yang sama. Apapun pilihan anda, pastikan anda dapatkan penerangan daripada doktor yang berpengalaman dan mahir dalam mengendalikan kaedah sunat yang dihajati.

KLINIK BERSUNAT DI MALAYSIA

Rasai Sendiri Pengalaman Sunat Yang Menyenangkan di Klinik Tuah 

Subscribe
Notify of
5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Ketahui Pelbagai lagi Teknik Khatan Moden Di Sini […]

[…] Ketahui kaedah khatan moden yang paling tidak sakit di pautan ini […]

[…] Ingin tahu kaedah khatan moden yang sesuai untuk anak anda? Klik pautan ini. […]

[…] Ingin Tahu Kaedah Khatan Moden Untuk Keselesaan Bersunat? Klik Pautan Ini […]

[…] Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kaedah Moden untuk Sunat Lelaki di Pautan Ini […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Jom baca lagi..

Sakit Jari Tangan? Ketahui 8 Punca dan Rawatannya

Tahukah anda, sebenarnya sakit jari tangan kita berpunca akibat rutin harian kita seperti menekan pen dan memegang barang? Kandungan Pendahuluan Sewaktu kecil suka main tekan- tekan jari, untuk bunyi seperti belon pop! Tapi waktu...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...