Where Pain Meets Relief

Selamat Datang Ke Klinik Tuah Cheras

Bandar Sri Permaisuri, semuanya bermula di sini. 

Klinik Tuah Cheras terletak didalam Kompleks Permaisuri Q telah menjadi saksi ribuan pesakit yang mendapatkan rawatan disini.

Ada Sesuatu Yang Merah,
Tapi Bukan Padi

Klinik Tuah Cheras berada di Bandar Sri Permaisuri

Bandar Sri Permaisuri

G-02 , Kompleks Permaisuri Q, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Hubungi

01169392454
✉ kliniktuahcheras@gmail.com
☎Whatsapp: +601169392454

Waktu Operasi

Buka Setiap Hari Kecuali Hari Sabtu
Waktu Operasi : 9am-9pm

Barisan Doktor Klinik Tuah Cheras

Dr Mohd Hisyam bin Rosdi

Anak jati Dungun, Terengganu, Dr Mohd Hisyam merupakan seorang doktor muda yang komited dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu sebelum menyambung pengajian menengah di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan Asasi Sains Hayat dan kemudian berjaya menamatkan pengajian perubatan di Universiti Sains Malaysia.

Dr Hisyam telah berkhidmat dalam bidang perubatan selama 6 tahun di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Beliau dikenali sebagai seorang yang teliti dan sabar dalam merawat pesakit, serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Di masa lapang, beliau gemar bermain permainan komputer (PC game) sebagai salah satu cara untuk berehat dan kekal fokus dalam tugas harian.

Dr Muhammad Ashraf Ashari

Dr Muhammad Ashraf , berasal dari Melaka, merupakan seorang pegawai perubatan yang berpengalaman luas dalam bidang klinikal dan pembedahan. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, sebelum meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas. Seterusnya, beliau mengikuti pengajian asas sains di Kolej Matrikulasi Johor dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dr Ashraf berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Kajang  dari tahun 2019 hingga 2024. Beliau aktif menyertai pelbagai kursus peningkatan kemahiran, antaranya Save Surgery Safe Life CourseLaparoscopic Workshop, dan Hernia Workshop pada tahun 2023, menunjukkan komitmennya untuk sentiasa mengemas kini pengetahuan dalam bidang pembedahan.

Selain bidang perubatan, beliau juga aktif bermain futsal sebagai salah satu cara mengekalkan gaya hidup sihat dan seimbang.

“Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Klinik Tuah di Bandar Permaisuri, Tempat bermula segalanya.”

Servis Di Klinik Tuah Cheras

Kami sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda, memberikan perkhidmatan yang ikhlas, berkualiti, dan boleh anda percayai.

Panel Klinik Tuah Cheras

Mednefits

HealthMetrics

Health Connect

PM Care

Klinik Tuah Cheras

Kami sentiasa ada di sini

Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.

*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)
*Untuk Penyakit Biasa Tidak Perlu  Appointment, Boleh Walk-In Seperti Biasa 

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami