Where Pain Meets Relief

Cara Penjagaan Sunat Stapler (Kanak-Kanak dan Dewasa)

“Awak tu dah besar dah jadi bapak orang, tapi menangis macam budak nak kena sunat!”
“Dah memang saya nak kena sunat pun!”

Kandungan

Pendahuluan

Tak kisahlah berapa umur anda, sebut perkataan sunat saja pasti anda boleh bayangkan satu alat tajam memotong kulit anda!

Di Malaysia, bersunat bukan sekadar tuntutan agama, tapi juga sebahagian daripada adat budaya. 

Dulu, musim cuti sekolah sinonim dengan budak-budak lelaki beratur menunggu giliran, berdebar-debar menanti tok mudim dengan pisau dan batang pisangnya.

cara penjagaan sunat stapler klinik tuah

Tapi sekarang, zaman dah berubah. Kaedah sunat dah makin canggih, dah tak sakit macam zaman dulu! Ada sunat laser, sunat klamp dan sunat stapler!

Tapi… sunat ni untuk kanak-kanak je ke? Macam mana dengan orang dewasa?

Jangan risau, orang dewasa pun boleh bersunat! Malah, dalam sesetengah kes, ia bukan sekadar pilihan tapi rawatan terbaik.

Contohnya untuk masalah fimosis (zakar buta), mencegah jangkitan saluran kencing (UTI), atau sekadar nak nampak simbol kelelakian lebih menawan.

simptom UTI di bawah artikel cara penjagaan sunat stapler

Dan, salah satu teknik yang jadi pilihan ramai sekarang ialah sunat stapler—lebih cepat, lebih kemas, dan kurang sakit! Malah sunat stapler ini bukan saja sesuai untuk yang muda, tetapi juga lelaki dewasa!

Dalam artikel ini kami kongsikan cara penjagaan sunat stapler, untuk kanak-kanak dan dewasa. Yang pasti, cara penjagaan sunat stapler sangat mudah dan menyenangkan!

Apa Itu Sunat Stapler?

Sunat stapler adalah salah satu kaedah sunat terbaru yang menggunakan alat stapler khas untuk menutup kulit di sekitar kepala zakar selepas pemotongan.

Prosedur ini dilakukan dengan memotong lapisan kulit yang berlebihan di bahagian atas zakar dan dawai “stapler” dilepaskan untuk menutup luka pemotongan secara serentak.

Kaedah ini kurang berdarah berbanding sunat konvensional dan proses penyembuhannya lebih cepat. Malah, sunat stapler juga dipercayai mempunyai komplikasi paling rendah berbanding kaedah sunat yang lain.

Perbezaan Sunat Stapler dan Sunat Laser

Sunat Stapler
Sunat Laser
Prosedur mengambil masa 10-15 minit
Prosedur mengambil masa 20-30 minit
Tiada jahitan
Luka sunat akan dijahit
Boleh kembali ke rutin harian selepas 24 jam. Tempoh penyembuhan penuh 7- 10 hari
10-14 hari untuk pulih sepenuhnya
Luka lebih senang dijaga
Luka perlu dijaga dengan teliti untuk mengelakkan jangkitan pada jahitan

Ketahui lebih lanjut tentang sunat laser vs sunat stapler di sini

Cara Penjagaan Sunat Stapler (Kanak-Kanak dan Dewasa)

Sunat stapler adalah kaedah sunat yang paling senang dijaga! Oleh sebab tiada jahitan dikenakan, sunat stapler tidak perlu penjagaan yang teliti berbanding sunat laser!

Berikut adalah cara penjagaan sunat stapler mengikut hari untuk panduan anda.

Hari Pertama hingga Hari ke- 3

✃ Pastikan luka dan balutan tidak terkena air untuk 24 jam pertama.

✃ Pastikan balutan sentiasa kering. Elakkan daripada mandi untuk 24 jam pertama, namun jika ingin mandi, tutup zakar dengan bekas seperti cawan polisterin untuk mengelakkan daripada terkena air.

elakkan mandi 24 jam pertama cara penjagaan sunat stapler klinik tuah

✃ Anda mungkin akan mengalami sedikit kesukaran untuk membuang air kecil. Condongkan badan anda ke depan atau pegang kemaluan anda sehingga anda yakin air najis tidak mengalir ke kawasan balutan. Sekiranya balutan basah, tukarkan balutan dengan segera untuk mengelakkan jangkitan.

✃ Sesetengah doktor akan letak compression bandage selepas sunat untuk mengurangkan bengkak dan pendarahan.
Compression bandage boleh kena air kerana ianya bersifat waterproof dan tidak dibalut di bahagian kepala. Anda boleh basuh atau lap dengan tisu setiap kali selepas kencing.

✃ Anda boleh mandi selepas 48 jam pertama, tapi elakkan daripada menggunakan sabun atau menggosok kawasan luka sunat. Cukup biarkan air lalu saja, dan keringkan sejurus selepas mandi.

✃ Zakar anda mungkin akan lebam dan sedikit bengkak selepas sunat, beserta cecair (jumlah kecil). Jangan risau, itu ialah keadaan normal! Tuam zakar dengan ice pack yang dibalut dengan kain nipis selama 20-30 minit setiap 3 jam untuk mengurangkan bengkak.

✃ Sekiranya anda berasa sakit, anda boleh mengambil ubat tahan sakit mengikut dos yang disarankan oleh doktor / farmasi.

✃ Elakkan daripada duduk atau berdiri terlalu lama untuk mengelakkan zakar makin membengkak. Sekiranya anda telah masuk bekerja selepas 24 jam, dinasihatkan anda bangun berdiri untuk beberapa saat setiap 30-60 minit. Jangan duduk terlalu lama dalam satu posisi.

elakkan duduk terlalu lama cara penjagaan sunat stapler klinik tuah

✃ Pakai seluar yang longgar untuk mengelakkan geseran dan kurangkan sensitiviti (rasa ngilu) yang berlebihan pada luka sunat.

✃ Pada hari kedua atau ketiga, anda boleh boleh buka sendiri balutan di rumah, atau boleh berjumpa dengan doktor untuk membuka balutan tersebut.  

✃ Sebelum temujanji, basahkan balutan terlebih dahulu untuk memudahkan proses membuka balutan.

Hari ke-4 hingga Ke-7

✃ Pada hari ke-4 hingga ke-7, balutan sudah dibuka. Perhatikan sebarang tanda jangkitan seperti nanah atau bau yang kuat.

✃ Sapukan ubat antiseptik pada luka dua hingga tiga kali sehari menggunakan putik kapas atau kain gauze selepas mandi.

sapu ubat antiseptik cara penjagaan sunat stapler klinik tuah

✃ Pada hari ke-4 hingga ke-7, balutan sudah dibuka. Perhatikan sebarang tanda jangkitan seperti nanah atau bau yang kuat.

✃ Sapukan ubat antiseptik pada luka dua hingga tiga kali sehari menggunakan putik kapas atau kain gauze selepas mandi.

Minggu Kedua dan Seterusnya

✃ Dawai stapler akan tertanggal dengan sendirinya selepas 10-14 hari.

✃ Perhatikan luka sekiranya ada tanda-tanda jangkitan seperti nanah.

✃ Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak seperti angkat berat, berlari, berenang dan berbasikal sekurang-kurangnya selama empat minggu.

elakkan angkat berat cara penjagaan sunat stapler klinik tuah

✃ Anda dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti seksual, termasuklah masturbasi ataupun hubungan kelamin sekurang-kurangnya selama empat minggu, ataupun selepas mendapat kebenaran doktor.

Bila Saya Perlu Berjumpa Doktor?

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut;

  • Pendarahan berterusan lebih 24 jam
  • Sakit yang tidak hilang walaupun telah mengambil ubat tahan sakit
  • Nanah mengalir daripada kawasan luka
  • Bengkak semakin teruk
  • Demam
  • Sakit ketika membuang air kecil / tidak boleh membuang air kecil
  • Dawai stapler tidak gugur selepas sebulan.

Pantang Semasa Tempoh Penjagaan Sunat Stapler

Istimewanya sunat stapler ini ialah, anda tidak perlu pantang apa pun sepanjang penjagaan sunat stapler. 

Anda bebas makan apa saja yang anda inginkan, kecuali sekiranya anda mempunyai alahan pada makanan tertentu.

Tetapi, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan diet seimbang dan banyakkan makanan berasaskan protein seperti ayam dan ikan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

cara penjagaan sunat stapler diet seimbang

Penutup

Cara penjagaan sunat stapler adalah mudah dan tidak serumit kaedah khatan yang lain. Anda juga lebih tenang dan selesa untuk menjalani rutin seharian.

Tetapi, walaupun proses penyembuhan lebih cepat dan komplikasi lebih rendah, penting untuk anda tetap berhati-hati sepanjang proses penjagaan dengan memerhatikan perubahan pada luka, mengelakkan aktiviti seksual dan aktiviti lasak.

Dengan cara penjagaan sunat stapler yang betul, proses pemulihan dapat berjalan lancar dan tanpa masalah.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk bersunat dengan cara penjagaan yang paling mudah untuk anda?

Ketahui serba serbi tentang sunat stapler di sini (Bahasa Inggeris)

Ketahui panduan penuh tentang sunat dewasa di sini (Bahasa Inggeris)

FAQ

Adakah sunat stapler menyakitkan?

Sunat stapler adalah yang paling kurang sakit, berbanding kaedah sunat yang lain. Semasa prosedur, bius setempat akan diberi, dan ubat tahan sakit akan diberi selepas prosedur.

Selepas dawai gugur, parut luka berbekas tapi akan pudar lama-kelamaan.

Klinik Sunat Semua Umur 

RASAKAN PENGALAMAN SUNAT YANG SELESA & MENYENANGKAN

Hari Ini Sunat, Esok Boleh Masuk Kerja

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Jom baca lagi..

Rheumatoid Arthritis : Pengkhianatan Sistem Imun Badan keatas Sendi Sendiri.

Cuba anda bayangkan , anda telah mengupah sepasukan askar untuk mempertahankan negara anda , namun malangnya askar yang seharusnya berkhidmat untuk anda , bertindak untuk menyerang istana dan rakyat marhaen anda pula. Kandungan Pendahuluan...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...