A World Without Pain

Ya! Di Klinik Tuah, anda boleh berkhatan hari ini, bekerja esok

Kami faham.. Tiada yang lebih mengganggu daripada rasa tidak selesa di bahagian sulit sehingga menjejaskan keyakinan diri.

Anda tidak keseorangan. Ramai lelaki mengalami masalah seperti iritasi, jangkitan berulang, atau sekadar rasa tidak selesa.

Tetapi bila sebut sahaja tentang berkhatan , ramai terus rasa takut dan cemas.

Tak perlu risau!

Dengan teknik berkhatan moden yang ada pada hari ini, prosedur boleh dilakukan dengan kurang sakit, tanpa jahitan, dan anda boleh kembali bekerja seawal keesokan hari, bergantung kepada keadaan pemulihan masing-masing.

Choose Your Own Slot
(As quick as 15 seconds)

Loading...

Baca Halaman ini dalam English

Tuah & Anda

take care after treatment to fix phimosis

Berkhatan Bukan Lagi Sesuatu Yang Perlu Ditakuti

Di Klinik Tuah, majoriti pesakit dewasa menjalani berkhatan atas sebab kesihatan, phimosis (kulup ketat), kebersihan, dan untuk meningkatkan keyakinan diri.

Ramai lelaki berdepan dengan masalah seperti rasa tidak selesa, iritasi berulang, sukar menarik kulup, atau sekadar ingin berasa lebih bersih, segar, dan yakin sama ada ketika bekerja, bersenam, mahupun bersama pasangan.

Hakikatnya, berkhatan di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza berbanding dahulu.

Dengan teknologi moden seperti Stapler Circumcision, prosedur ini menawarkan:

• Kurang sakit semasa prosedur*

• Tanpa jahitan

• Hasil yang lebih kemas dan estetik

• Pemulihan yang cepat, dengan ramai pesakit kembali bekerja seawal keesokan hari*

* Pengalaman kesakitan dan tempoh pemulihan berbeza bagi setiap individu.

Mitos & Fakta Tentang Sunat Dewasa

"Berkhatan mengurangkan kenikmatan seksual atau sensitiviti"

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa berkhatan tidak memberi kesan negatif terhadap fungsi seksual. Malah, sesetengah lelaki melaporkan peningkatan dari segi keyakinan diri dan kepuasan selepas berkhatan. (Reference; Tian Y et al., J Sex Med, 2013 — Systematic Review )

“Berkhatan hanya dilakukan atas sebab agama.”

Berkhatan dewasa bukan hanya berkaitan agama. Berdasarkan kajian pada tahun 2022, sebab paling biasa lelaki dewasa menjalani prosedur berkhatan adalah: • Phimosis (kulup ketat): 52.5% • Berkhatan rutin/adat: 28.7% • Balanitis atau balanoposthitis (keradangan kepala zakar dan kulup): 6.8% • Balanitis: 3.8% • Balanoposthitis: 2.6% Ini menunjukkan ramai lelaki memilih berkhatan atas faktor kesihatan, keselesaan, kebersihan, dan kualiti hidup.(Reference; Nabavizadeh, Behnam et al )

“Berkhatan membuatkan zakar menjadi lebih besar”

Berkhatan tidak menambah panjang atau saiz lilitan zakar. Prosedur ini hanya melibatkan pembuangan kulit kulup dan tidak mengubah tisu ereksi yang menentukan saiz zakar. Namun, sesetengah lelaki mungkin merasakan zakar kelihatan lebih besar selepas berkhatan kerana kepala zakar (glans) kini lebih terdedah. (Korean Journal of Urology, 2005)

Khatan Harini, Masuk Kerja Esok

Ramai lelaki masih takut untuk berkhatan kerana risau tentang kesakitan dan tempoh pemulihan yang lama.

Di Klinik Tuah, kami memahami kebimbangan tersebut.

Sebab itu kami menawarkan kaedah berkhatan moden yang direka untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa, dengan kurang ketidakselesaan dan pemulihan yang lebih cepat.

Supaya anda boleh kembali bekerja, kembali aktif, dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa tanpa perlu menunggu lama.

Stapler Circumcision

Lupakan kaedah lama. Dengan Stapler Circumcision, prosedur berkhatan moden ini menawarkan pengalaman yang lebih selesa dengan tanpa jahitan, pendarahan minimum, dan pemulihan lebih cepat.

Ramai lelaki boleh kembali bekerja dalam 24 hingga 48 jam, bergantung kepada proses pemulihan masing-masing.

Berkhatan moden dengan teknologi tepat untuk keselesaan, kepantasan, dan keyakinan.

Laser Circumcision

Kaedah ini menggunakan teknik diathermy cauterization yang tepat untuk membantu mengawal pendarahan dan mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan.

Ia juga merupakan salah satu pilihan berkhatan yang lebih ekonomi, sambil mengekalkan standard keselamatan dan hasil yang baik.

Kaedah Khatan

Sunat Stapler

Sembuh Sangat Pantas

Masa penyembuhan akan menjadi lebih singkat berbanding kaedah lain. Sesetengah pesakit boleh kembali bekerja selepas 24 jam! Penyembuhan lengkap adalah sekitar 2 minggu, berbeza dengan kaedah lain yang boleh mengambil masa sehingga 2 bulan.

Hasil Yang Cantik!

Perbezaan dengan Stapler Circumcision adalah jelas. Potongan yang seragam dan lurus memberikan hasil yang lebih kemas serta lebih estetik yang benar-benar menyerlah.

Cekap & Tidak Sakit

Masa prosedur adalah lebih singkat berbanding kaedah lain dan berdasarkan kajian, kesakitan semasa pemulihan adalah jauh lebih rendah berbanding kaedah lain.

Tanpa Jahitan & Pendarahan

Tiada jahitan digunakan. Luka akan dirapatkan menggunakan stapler yang akan tertanggal sendiri selepas 8 hingga 14 hari. Kaedah stapler memastikan mampatan penuh pada saluran darah kulit dan saluran darah superfisial, sekali gus mengurangkan risiko pendarahan semasa prosedur dan sepanjang tempoh pemulihan.

Sunat Laser

Ekonomikal

Kaedah Laser Circumcision adalah lebih menjimatkan kos berbanding kaedah berkhatan yang lain.

Teknik Konvensional

Ia dianggap sebagai salah satu kaedah konvensional untuk berkhatan yang melibatkan proses mengetatkan kulup menggunakan clamp dan melakukan pemotongan menggunakan bipolar coagulation, kemudian jahitan dilakukan untuk menutup luka.

Kadar Komplikasi Sedikit Tinggi Namun Lebih Senang Dirawat

Komplikasi yang paling biasa adalah pendarahan dan jangkitan. Namun, komplikasi ini lebih mudah dirawat dengan kaedah ini.

Jahitan yang terbuka sendiri

Luka akan ditutup menggunakan jahitan yang boleh diserap (absorbable suture), yang biasanya akan tertanggal sendiri dalam tempoh sekitar 2 minggu. Gam juga boleh digunakan untuk menutup luka.

Kenapa Kami?

Pusat Berkhatan Terkemuka Di Malaysia

Kami berbangga menjadi salah satu pusat berkhatan dewasa dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia, serta pusat rujukan bagi kes kompleks dan komplikasi.

Pusat Berkhatan Stapler Bertauliah

Klinik Tuah merupakan pusat bertauliah (certified) untuk prosedur Stapler Circumcision

Doktor Pembedahan Berpengalaman

Doktor kami bukan sahaja berpengalaman melakukan ribuan prosedur berkhatan setiap tahun, malah turut mahir dalam menguruskan kes-kes kompleks dan komplikasi.

Pendekatan Berfokuskan Pesakit & Sokongan Berterusan

Kami memahami bahawa berkhatan boleh menjadi sesuatu yang mencemaskan bagi sesetengah individu. Jangan risau, pasukan kami akan sentiasa bersama anda, membimbing dan memberikan sokongan dengan penuh perhatian sehingga anda pulih sepenuhnya.

Setiap Lelaki Berhak Menjalani Pengalaman Berkhatan Yang Selesa, Selamat & Meyakinkan

Purata Sunat Lelaki Dalam Setahun
0 +
setuju sakit sangat minimal
0 %
purata masa untuk setiap prosedur
0 min

Seperti Dilihat Dalam

Meet Your Doctors

Pengalaman Menyenangkan ! : Itu Matlamat Kami

Soalan Lazim (FAQ)

Dengan kaedah moden seperti Stapler, Laser, dan Smartklamp, prosedur ini dilakukan menggunakan bius setempat (local anesthesia), bermakna kesakitan semasa pembedahan adalah sangat minimum atau tiada kesakitan dirasai ketika prosedur.

Kebanyakan pesakit hanya mengalami sedikit ketidakselesaan selepas prosedur, yang biasanya boleh dikawal dengan ubat tahan sakit.

Kebanyakan lelaki boleh kembali bekerja di pejabat dalam tempoh 24–48 jam, terutamanya menggunakan kaedah stapler, dan boleh kembali melakukan aktiviti fizikal seperti biasa dalam sekitar 1–2 minggu, bergantung kepada kaedah yang digunakan.

Penyembuhan lengkap biasanya mengambil masa sekitar 3–4 minggu.

Kajian menunjukkan bahawa berkhatan tidak memberi kesan negatif terhadap prestasi seksual, sensitiviti, atau kepuasan seksual.

Malah, ramai lelaki melaporkan peningkatan keyakinan diri serta pengurangan masalah iritasi selepas berkhatan.

 

Seperti mana-mana prosedur perubatan, risiko tetap wujud, tetapi dengan penggunaan teknik moden, komplikasi adalah jarang berlaku.

Doktor kami juga terlatih dalam mengendalikan kes pembetulan semula (revision) dan komplikasi sekiranya berlaku.

Komplikasi yang paling biasa bagi prosedur berkhatan adalah pendarahan dan jangkitan. Jika berlaku sebarang komplikasi, jangan risau. Doktor kami akan membantu menangani masalah tersebut dan memberikan rawatan yang sesuai.

Hubungi atau mesej kami untuk mendapatkan bantuan.

 


Ya. Berkhatan dewasa sering disyorkan kepada lelaki yang mengalami balanitis berulang (jangkitan/keradangan), phimosis (kulup ketat), atau masalah lain berkaitan kulup.

Malah, berkhatan merupakan penyelesaian muktamad bagi masalah kulup ketat (phimosis).

Kebanyakan pesakit dewasa kami memilih untuk berkhatan disebabkan oleh masalah jangkitan berulang, isu kebersihan, kulup ketat (phimosis), atau untuk meningkatkan keyakinan diri, dan jarang sekali disebabkan oleh faktor agama sahaja.

Secara jujurnya, kaedah terbaik dalam berkhatan adalah kaedah Stapler.

Ia merupakan teknologi terkini dalam prosedur berkhatan yang menawarkan hasil premium, lebih kemas dan estetik, tanpa jahitan, serta proses penyembuhan yang lebih cepat.

Untuk makluman, 92% prosedur berkhatan dewasa di Klinik Tuah dilakukan menggunakan kaedah STAPLER.

Namun, sekiranya kos menjadi pertimbangan, kaedah Laser merupakan alternatif yang lebih ekonomi.

Disarankan untuk menunggu sekitar 4–6 minggu sehingga luka sembuh sepenuhnya sebelum kembali melakukan aktiviti seksual sepenuhnya.

 

Ya, kami boleh melakukan pembetulan semula berkhatan (circumcision revision).

Namun, kami tidak dapat menjamin hasil kosmetik bagi mana-mana prosedur kerana proses penyembuhan luka berbeza antara setiap pesakit.

Berdasarkan pengalaman kami, prosedur pembetulan semula biasanya boleh menghasilkan sedikit lebih banyak parut berbanding prosedur pertama. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan pada bekalan darah di kawasan tepi luka yang telah terjejas akibat prosedur berkhatan sebelumnya.

Walaupun begitu, usaha untuk melakukan pembetulan semula masih berbaloi, dengan jangkaan hasil yang realistik.

Ya, sudah tentu. Kami dengan senang hati menerima pesakit dari mana-mana negara.

Malah, kami telah melakukan banyak prosedur berkhatan untuk pesakit dari Singapura, Thailand, Kenya, Brunei, Jepun, China, Indonesia, Afrika, malah sejauh Amerika Syarikat.

Jangan ragu untuk menghubungi kami bagi mendapatkan pengalaman yang lancar dan selesa sepanjang tempoh lawatan serta prosedur anda.

Aktiviti berjalan ringan boleh dilakukan hampir serta-merta selepas prosedur.

Untuk aktiviti seperti gym, berlari, atau sukan, adalah lebih baik menunggu sekitar 2–3 minggu sehingga proses penyembuhan selesai.

BERITA BAIK !

Peluang Terakhir Sebelum Harga Baru Diperkenalkan

“Kunci Harga Hari Ini!  Disebabkan peningkatan kos bahan dan peralatan perubatan, harga prosedur berkhatan kami akan disemak semula tidak lama lagi. Tempah slot anda sekarang untuk menikmati kadar harga semasa sebelum harga baharu mula berkuat kuasa.”

Sunat Laser

RM1000
RM 800
  • Ekonomikal
  • Kaedah Konventional
  • 15-20 minit
  • Jahitan terbuka sendiri
POPULAR

Sunat Stapler

RM2500
RM 1900
  • Teknologi Sunat Terbaru
  • Sunat Harini, Kerja Esok
  • Hasil Sangat Cantik
  • Sembuh cepat & Kurang sakit

Revision/ Repair Sunat

RM 400 -RM2000
  • Tertakluk pada Keadaan
  • Buatkan lagi kemas
  • Pembetulan Sunat
  • 30-40minit

*Bayaran ansuran bulanan yang flexible dengan

*tertakluk terma & syarat

Untuk Lelaki Yang Pentingkan Kesempurnaan

Alami pengalaman khatan yang menyenangkan bersama kami

Kami memahami bahawa berkhatan merupakan satu pengalaman yang penting dan memberi perubahan besar dalam kehidupan seorang lelaki.

Kami berjanji untuk menjadikan pengalaman ini selesa, dengan proses pemulihan yang cepat, dan sebaik mungkin untuk setiap pesakit.

Untuk membuat janji temu secara dalam talian, anda boleh memilih slot yang tersedia dengan menekan butang “Book an Appointment” atau mengisi borang di bawah.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp atau panggilan telefon.

Cawangan Klinik Tuah

Klinik Tuah Cheras

KLINIK TUAH CHERAS
G-02, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

☎ +601169392454
 [email protected]

Klinik Tuah Damansara

KLINIK TUAH DAMANSARA
T47-G, The Strand, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

☎  +601163232454
 [email protected]

Klinik Tuah Shah Alam

KLINIK TUAH SHAH ALAM
9, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

☎ +60143242974
 [email protected]

Klinik Tuah Bangi

KLINIK TUAH BANGI
G-43, Taman Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

☎ +601162661589
 [email protected]

Klinik Tuah Gombak

KLINIK TUAH GOMBAK
37, Jalan Prima SG 2, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

☎ +601165662454
[email protected]

Klinik Tuah Kuantan

KLINIK TUAH KUANTAN
3, Jalan Putra Square 4,
Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang

☎ +60199087813
 [email protected]

Klinik Tuah Johor Bahru

KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
38, Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim

☎  +601139142280
 [email protected]

Loading...
Search
Number Of Shops:

Pilih Slot Anda Sekarang!

Loading...

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...