Skip to main content
Penyakit Biasa

7 Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita yang Selalu Diabaikan

By April 22nd, 2025No Comments

Pendahuluan

Setiap pagi, anda bangun dengan harapan hari ini akan lebih baik. Tapi langkah pertama dari katil saja dah buat anda mengeluh kecil. Ada rasa pedih, mencucuk, dan lenguh dekat tapak kaki yang dah lama anda abaikan. Mungkin anda fikir itu cuma penat biasa, sebab terlalu banyak berjalan, berdiri di dapur, atau uruskan anak-anak. Tapi hakikatnya, sakit tu makin hari makin terasa – seolah-olah kaki sendiri pun dah mula “merajuk”.

Anda teruskan juga rutin harian, sebab wanita macam anda selalu kuat. Tapi sampai bila nak tahan kalau setiap langkah jadi beban? Dalam artikel ini, kita akan bincang apa sebenarnya punca sakit tapak kaki bagi wanita, kerana anda pun layak rasa selesa, bukan derita diam-diam.

Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita

Plantar Fasciitis

Plantar fasciitis adalah radang pada plantar fascia dan antara punca utama sakit tapak kaki bagi wanita. Plantar fascia adalah ligament yang menghubungkan tumit dan bahagian depan kaki, dan menyokong lengkungan tumit. Ligamen ini menipis seiring penggunaan dan pergerakan seperti berjalan, berdiri dan melompat. Pergerakan berulang atau berlebihan menyebabkan fascia hilang keregangan dan lebih cepat merengsa, memicu keradangan pada ligamen ini. 

Antara symptom plantar fasciitis ini termasuklah;

  • Sakit di bahagian bawah tumit
  • Sakit menjadi lebih teruk pada waktu pagi 
  • Kaki terasa lebih sakit apabila berjalan kaki ayam atau memakai kasut yang tidak mempunyai sokongan. 
gambaran plantar fasciitis yang menjadi punca sakit tapak kaki bagi wanita

Pemakaian Kasut Tinggi

Tahukah anda, kasut tinggi merupakan penyumbang sakit tapak kaki bagi wanita yang terbesar? Kajian menunjukkan bahawa individu yang sering memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama lebih cenderung untuk mendapat plantar fascial thickness yang menyumbang kepada plantar fasciitis. 

Kasut yang sempit atau muncung di depan juga berpotensi untuk menjadi punca sakit tapak kaki bagi wanita kerana penjajaran (alignment) kaki berubah. 

Oleh itu, digalakkan untuk anda memilih kasut yang menyokong  tulang kaki anda dan menyerap hentakan setiap kali anda berjalan dengan lebih baik.

kasut tumit tingga juga punca sakit tapak kaki bagi wanita

Namun tidak dinafikan, terdapat waktu yang memerlukan kaum wanita memakai kasut bertumit tinggi. Anda dinasihatkan untuk memilih kasut yang mempunyai insole yang tebal dan memberi keselesaan dan tidak memakainya untuk tempoh yang lama. 

Bunion

Kasut tumit tinggi juga boleh memburukkan lagi penyakit bunion. Juga dikenali sebagai hallux valgus, bunion adalah satu keadaan di mana ibu jari kaki mengarah ke arah jari kaki yang lebih kecil akibat tulan-tulang pada bahagian hadapan kaki lari dari keduduk asal.

Hasilnya, ia memaksa sendi pada pangkal ibu jari tertolak keluar dan menyebabkan bengkak yang menyakitkan pada jari ibu kaki. Oleh kerana inilah anda kerap mendapat sakit tapak kaki.

Antara symptom bunion ialah;

  • Benjolan di luar pangkal ibu jari kaki
  • Bengkak, kemerahan dan rasa sakit sekitar ibu jari kaki
  • Kematu di antara jari kaki
  • Rasa sakit yang berterusan, atau kerap kali terjadi.

Sekiranya anda mempunyai bunion, anda disarankan untuk memilih kasut yang bersifat “wide toe box” kerana ia lebih memberi ruang pada jari kaki, dan mengelakkan geseran antara jari-jari kaki.

bunion punca sakit tapak kaki bagi wanita

Kecacatan Haglund’s 

Pemakaian kasut yang salah juga boleh menyebabkan satu kecacatan yang dipanggil Haglund’s atau pump bump. Kecacatan ini berlaku apabila kawasan bertulang pada Achilles tendon membesar dan bergeser dengan tisu lembut belakang tumit.

Kecacatan ini biasanya berlaku pada wanita pertengahan usia dan akan berasa sakit pada bahagian belakang tumit bertemu buku lali. Malah, kasut yang ketat terutama di bahagian belakang juga menyumbang kepada kecacatan Haglund’s ini.

kecacatan Haglund's punca sakit tapak kaki bagi wanita

Tapak Kaki Rata 

Tapak kaki rata atau flat feet adalah keadaan di mana kaki anda tidak mempunyai lengkungan / hanya sedikit lengkungan pada sisi dalam. Biasanya ia disebabkan oleh genetik atau pemakaian kasut yang tidak betul. 

Gerbang kaki memainkan peranan penting dalam memastikan anda berjalan dengan betul. Gerbang ini berfungsi sebagai;

  • Penyerap hentakan
  • Menyimpan dan membebaskan tenaga ketika anda berjalan
  • Menyesuaikan kaki dengan perlbagai permukaan jalan
  • Melindungi saraf tapak kaki.

Antara simptom tapak kaki rata termasuklah;

  • Sakit kaki ketika berjalan
  • Sakit buku lali
  • Sakit tulang keting
tapak kaki rata punca sakit tapak kaki bagi wanita

Arthritis 

Bukan sahaja lutut, tapak kaki juga boleh kena arthritis atau radang sendi! Jenis arthritis yang paling kerap dialami adalah osteoarthritis. Namun, terdapat juga arthritis yang lain seperti rheumatoid arthritis dan gouty arthritis.

Seperti juga arthritis lain, radang sendi buku lali boleh menyebabkan kesakitan, bengkak dan kekejangan.

jenis arthritis yang menjadi punca sakit tapak kaki bagi wanita

Morton’s Neuroma

Morton’s neuroma adalah radang pada saraf antara tulang metatarsal yang menghubungkan jari ketiga dan keempat. Saraf yang terjejas akan menebal dan membengkak, menyebabkan rasa sakit setiap kali anda berjalan.

Setiap satu daripada tiga orang mendapat Morton’s neuroma. Sakit morton’s neuroma biasanya terasa tajam dan mencucuk-cucuk,  ataupun setiap langkah anda seperti memijak batu.

Punca Morton’s neuroma termasuklah;

  • Pemakaian kasut tinggi dan / atau hujung kasut tajam.
  • Tapak Kaki rata
  • Kaki Gerbang Tinggi (High Arch Feet)
  • Bunions
  • Hammertoes

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai symptom-simptom Morton’s neuroma unruk mengelakkan urat saraf rosak.

Cara Mengurangkan Sakit Tapak Kaki

  1. Pakai kasut yang selesa dan menyokong tapak kaki.
    Pilih kasut yang ada insole tebal dan wide toe box, elak yang sempit atau bertumit tinggi.
  2. Rehat dan kurangkan aktiviti fizikal berat.
    Bila sakit makin terasa, beri masa untuk kaki anda pulih.
  3. Gunakan ais untuk kurangkan bengkak.
    Tuam ais selama 15-20 minit, terutamanya selepas banyak berjalan.
  4. Lakukan regangan tapak kaki setiap hari.
    Regangan ringkas seperti menarik ibu jari kaki ke arah badan sebelum bangun tidur.
  5. Gunakan tapak kasut tambahan (orthotic).
    Sesuai untuk flat feet atau high arch feet — memberi sokongan tambahan.
  6. Jaga berat badan.
    Berat berlebihan beri tekanan ekstra pada tapak kaki, jadi kurangkan berat boleh bantu banyak.
  7. Elakkan berdiri terlalu lama tanpa rehat.
    Ambil masa untuk duduk atau angkat kaki seketika, terutamanya kalau kerja banyak berdiri.
  8. Jumpa doktor jika sakit berlarutan.
    Kalau sakit tak hilang juga, mungkin perlukan rawatan khas seperti fisioterapi atau ubat anti-radang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sakit tapak kaki bukan perkara yang boleh diabaikan, lebih-lebih lagi kalau ia makin teruk atau berlarutan. Dengan kenal pasti punca sebenar – sama ada sebab pemakaian kasut, berat badan, atau masalah kesihatan tertentu – kita boleh ambil langkah awal untuk rawat dan cegah. Jangan tunggu sampai sakit makin kronik baru nak cari rawatan. Sayangi kaki anda, sebab ia peneman setia setiap langkah kita.