A World Without Pain

Tentang Dr Hareez Noorman

Nama Penuh : Dr Muhammad Hareez Bin Noorman

Dr. Hareez Noorman adalah seorang doktor perubatan bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) . Mempunyai pengalaman yang sangat luasa dalam pengurusan kesakitan dan penjagaan surgikal (Pain management and surgical care), termasuk rawatan kesakitan kronik, pembedahan, sunat , dan juga rawatan sakit lutut. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Perubatan (MBBS) di International Medical School, Bangalore, dan telah menaburkan khidmat dibeberapa hospital terkemuka seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang.

 

Dengan pengalaman meluas dalam pengurusan kesakitan dan prosedur pembedahan , Dr Hareez menggabungkan rawatan berasaskan bukti (evidence-based medicine) dengan pendekatan yang penuh empati untuk membantu pesakit kembali menjalani kehidupan dengan selesa dan gembira.

Sebagai seorang penulis perubatan, beliau juga komited dalam mendidik dan memperkasakan masyarakat melalui penyampaian maklumat kesihatan yang jelas, tepat dan boleh dipercayai. Bagi beliau penyampaian ilmu dan maklumat yang tepat dan berguna merupakan satu amanah kepada setiap lapisan masyarakat agar dapat memberi manfaat pada semua.

Kelayakan dan Tauliah

  • Registered Malaysia Medical Council
  • Full Registration MMC: 69237
  • Medical Degree MBBS from International Medical School (IMS)- Bangalore, India 

Pengalaman Profesional

  • Menamatkan latihan housemanship di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (2013–2016)
  • Doktor Ortopedik & Kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (2016)
  • Doktor Pembedahan di Hospital Ampang, Selangor (2016–2019)
  • Doktor di Poliklinik Amalmedik (2019–2021)
  • Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Tuah (2021–kini)

Pencapaian & Kepimpinan

  • Ketua Pengarah Program Teknik Berkhatan di Hospital Ampang (2017–2019)
  • Berkhidmat dalam pasukan Pembedahan Kolorektal dan Payudara, membantu dalam prosedur pembedahan serta mengurus kes-kes pembedahan kompleks (2016–2019)
  • Tersenarai dalam Britishpedia Edisi ke-6, Successful People in Malaysia (2024)
  • Pengamal Bertauliah Teknik Berkhatan Stapler (2025)
  • Penceramah dan Fasilitator bagi Program Latihan Berkhatan Stapler oleh Salam Edumed (2025)
  • Naib Johan Anugerah Penulis Muda, Ramaiah Medical College (2014)
  • Ketua Pengarah Program Berkhatan Beramai-ramai (Sunathon) untuk kanak-kanak sejak 2018

Fokus Klinikal

  • Pengurusan Kesakitan( Pain Management)
  • Sakit Lutut
  • Pembedahan
  • Khatan
  • Sunat Dewasa
  • Sunat Stapler
  • Kesakitan Kronik

Penerbitan & Kemunculan di Media Perdana

  • Ditampilkan sebagai doktor jemputan dalam rancangan “Nasi Lemak Kopi O” di TV9, di mana Dr Hareez membincangkan strategi berkesan dalam pengurusan dan rawatan sakit lutut
  • Dijemput sebagai pakar perubatan jemputan di IKIM.fm untuk membincangkan topik “Sakit Lutut: Mitos vs Fakta”
  • Ditampilkan dalam Buletin Utama TV3 bagi memberikan pandangan pakar berkaitan teknik berkhatan stapler
  • Artikel perubatan Dr Hareez turut diterbitkan di laman terkenal seperti Majoriti Online, Wikipedia, Makchik dan Utusan Online

Hubungi

email : [email protected]

Phone : +60391741967 ( office)

Office : Kompleks Permaisuri Q, Bandar Sri Permaisuri

Baca Halaman ini dalam English

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami