fbpx Skip to main content
Earwax

Kenapa Ubat Titis Tak Hilang Sakit Telinga? Ini 7 Puncanya!

By December 18th, 2024No Comments

Ingatkan semua sakit telinga ni perlukan ubat titis! Dengus Puan Amira selepas masalah sakit telinga beliau tak selesai-selesai selepas satu minggu.

Dia ingatkan sakit disebabkan jangkitan kuman, dibelinya ubat titis untuk telinga tapi malangnya masalah jadi makin teruk. Hasil tak seperti yang diharapkan. Stress Puan Amira dibuatnya!

Punca Sakit Telinga Tak Hilang Walau Guna Ubat Titis Klinik Tuah

Pendahuluan

Itulah hakikatnya, tak semua punca sakit telinga dapat diselesaikan dengan ubat titis. Ubat titis tidak dinafikan dapat membantu melegakan sakit telinga.

Namun, sesetengah kes berpunca daripada dalam saluran telinga kita, yang memerlukan diagnosis serta rawatan doktor. Jika dibiarkan, ada kemungkinan besar untuk kita hilang pendengaran. Menurut statistik, 30 daripada 10,000 orang menderita kehilangan pendengaran.

Artikel ini akan membincangkan 7 punca sakit telinga, dan tidak semua masalah telinga perlukan ubat titis, bahkan sesetengah kes jika dengan ubat titis kita sebenarnya memburukkan keadaan. Awas!

7 Punca Sakit Telinga Yang Lazim Berlaku

1.Tahi telinga keras/tersumbat

Tahi telinga, walaupun sering dianggap menjijikkan, sebenarnya adalah penjaga setia telinga kita. Dengan teksturnya yang melekat dan sifatnya yang sedikit berasid, tahi telinga bertindak sebagai benteng pertahanan semula jadi.

Ia memerangkap kotoran, habuk, dan bakteria daripada masuk lebih dalam ke salur telinga, sekaligus melindungi gegendang telinga daripada kerosakan. Tapi, ada suatu masa tahi telinga ini akan membawa masalah untuk kita!

Punca utamanya ialah satu alat kecil yang sinonim dengan pembersihan telinga iaitu cotton bud!

Jika anda ingin tahu, tahi telinga sebenarnya dihasilkan di bahagian luar salur telinga sahaja. Namun, penggunaan cotton bud boleh menolak tahi telinga jauh ke dalam. Akhirnya, ia boleh terkumpul sehingga menghampiri gegendang telinga.

Malah, telinga tidak memerlukan cotton bud pun! Telinga sebenarnya hanya perlu dicuci semasa mandi dan tuala bersih sahaja. Tetapi jika sudah keras dan tersumbat ke dalam, sedutan tahi telinga perlu dilakukan.

2.Keratosis obturans

Keratosis obturans atau bahasa mudahnya tahi telinga keras dan tersumbat juga antara punca sakit telinga.

Keratosis antara Punca Sakit Telinga Tak Hilang Walau Guna Ubat Titis Klinik Tuah

Keratin adalah satu protein yang dihasilkan yang dihasilkan dari kulit yang tujuan asalnya adalah sebagai satu lampiran perintang kepada kulit.

Pengumpulan keratin yang terlalu banyak di dalam telinga dan bercampur dengan tahi telinga dan kotoran yang akhirnya menjadi ramuan seperti kanji yang melekat ke dinding salur telinga.Akhirnya ketulan yang terhasil ini akan melekat kuat pada dinding telinga.

Hal ini membawa kepada masalah kurang dengar disebabkan tersumbat dan masalah-masalah jangkitan yang lain.

Keratosis obturans perlu dilembutkan terlebih dahulu sebelum boleh disedut keluar untuk mengurangkan risiko komplikasi.

3.Jangkitan telinga

 Percaya tak, jerawat juga salah satu punca awal jangkitan telinga yang boleh merebak, menjadikan sakit telinga semakin teruk. Sebarang luka yang berlaku di dalam salur telinga tetapi tidak diberikan rawatan awal yang baik juga akan membawa kepada risiko jangkitan yang teruk.

Jangkitan telinga perlukan penjagaan yang baik. Kebanyakan kes jangkitan dapat diselesaikan dengan ubat antibiotik makan sahaja.

Jangkitan Telinga antara Punca Sakit Telinga Tak Hilang Walau Guna Ubat Titis Klinik Tuah

4.Gegendang telinga bocor

Gegendang telinga berfungsi sebagai satu lapisan pemisah antara telinga luar dan telinga tengah. Dalam masa yang sama, gegendang juga boleh mengelakkan sebarang kekotaran daripada luar haripada terus masuk kedalam telinga. Gegendang telinga juga berfungsi menyerap bunyi dan menukar kepada getaran.

Jangkitan kuman, jangkitan kulat adalah antara punca yang boleh menyebabkan gegendang bocor. Selain itu, faktor trauma seperti kemalangan, tumbukan kuat mengalahkan ahli tinju juga boleh menyebaban gegendang telinga bocor.

Gegendang Bocor Punca Sakit Telinga Tak Hilang Walau Guna Ubat Titis Klinik Tuah

5.Bendasing

Kes sakit telinga akibat bendasing banyak berlaku tetapi paling biasa kita dengar adalah kes sengkenit di dalam telinga. Rembesan bisa/toksin dari mulut sengkenit juga menyebabkan kegatalan dan jangkitan dalam telinga.

Bendasing lain seperti tip dari cotton bud tertinggal di dalam telinga juga biasa berlaku. Jika dalam kes kanak-kanak seperti butang, pasir, manik dan beras juga biasa berlaku.

Bendasing ni perlu dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi lanjut jika dibiarkan lama di dalam telinga.

Bendasing antara Punca Sakit Telinga Tak Hilang Walau Guna Ubat Titis Klinik Tuah

6.Jangkitan kulat

Jangkitan kulat di telinga lebih cenderung berlaku dalam kalangan perempuan berbanding lelaki.

Kenapa?

Dua faktor utama ialah pemakaian tudung dan rambut panjang, yang boleh menyebabkan kawasan sekitar telinga menjadi lebih lembap dan kurang mendapat pengudaraan.

Tudung yang menjadi tempat pembiakan kulat dan menjadi Punca Sakit Telinga Tak Hilang Walau Guna Ubat Titis Klinik Tuah

Untuk kulat tumbuh, ia memerlukan dua syarat penting: keadaan lembap dan gelap. Malangnya, kedua-dua keadaan ini sering wujud di dalam telinga kita, menjadikannya tempat yang ideal untuk kulat membiak.

Jika anda perasan tanda-tanda seperti gatal, rasa penuh dalam telinga, atau keluar keputihan, ia mungkin tanda jangkitan kulat.

Apa perlu dibuat? Jangan biarkan ia berlarutan! Jika jangkitan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti keradangan atau masalah pendengaran. Sebaiknya, berjumpa doktor untuk mengeluarkan kulat tersebut dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

7. Keradangan

Keradangan di telinga, atau dikenali sebagai otitis externa, boleh berlaku apabila telinga mengalami trauma atau terdapat bendasing seperti kotoran yang tersekat. Perbuatan mengorek telinga dengan objek tajam atau penggunaan cotton bud, sering menjadi punca utama.

Apa yang berlaku jika keradangan ini dibiarkan?

Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan serius. Salur telinga akan membengkak dengan teruk, hingga menyekat pendengaran. Lebih parah, jangkitan boleh mengeluarkan cecair busuk yang meleleh keluar dari telinga. Ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh mengganggu aktiviti harian anda.

Rawatan Sakit Telinga

Rawatan sakit telinga berbeza-beza bergantung kepada punca seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Setiap punca sakit telinga akan menentukan jenis rawatan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Rawatan Sedutan

Sesuai untuk kes seperti:

  • Bendasing dalam telinga.
  • Jangkitan kulat.
  • Tahi telinga tersumbat.
  • Keratosis obturans (pengumpulan kulit
    mati di salur telinga).

Ubat Antibiotik

Jika sakit telinga berpunca daripada jangkitan
bakteria, antibiotik oral boleh diambil mengikut nasihat doktor.

Penjagaan Telinga

  • Telinga perlu dicuci setiap 3-4 minggu sekali. Bukannya hari-hari.
  • Cukup sekadar mencuci dengan menggunakan tuala lembab yang bersih.
  • Elakkan mencuci telinga dengan cotton buds.
  • Jika air memasuki telinga, keluarkan dengan kadar segera.
  • Telinga sangat berkait rapat dengan hidung dan tekak. Jika ada sebarang masalah dengan dua bahagian ini, telinga perlu selalu diperiksa.
  • Jangan ambil sebarang ubat makan atau titik jika tidak pasti punca utama sakit terlebih dahulu.
  •  Elakkan sukan atau aktiviti yang ada kemungkinan besar memberi kecederaan kepada telinga seperti sukan tinju dan sukan terjun.

Penutup

Jadi, jelas kan semua punca sakit telinga? Bukan semua sakit telinga perlukan kepada ubat titis. Penjagaan yang baik boleh mengelakkan sebarang masalah telinga yang jauh lagi baik dari merawat. Bab kata orang tua-tua, mencegah itu lebih baik dari merawat.

Hakikatnya, tidak semua sakit telinga memerlukan ubat titis. Langkah pertama yang penting adalah mengenal pasti punca sakit telinga tersebut. Sebelum mengambil sebarang rawatan, pesakit perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor.

Dalam sesi rawatan, doktor juga memainkan peranan penting untuk menjelaskan kepada pesakit tentang punca sebenar masalah yang dihadapi. Dengan memahami punca sakit, rawatan yang lebih tepat dan berkesan dapat diberikan.