Apa bagusnya sunat bayi ni doktor? Betul ke cepat sembuh? Tak bahaya ke doktor?
Keluh dan bertalu-talu persoalan dari seorang ibu berkenaan berkhatan kepada bayi comel beliau.
Soalan ni kerap ditanya oleh ibu ayah ketika mereka dengar idea bersunat atau khatan ketika masih bayi. Bermacam-macam berlegar di kepala ibu ayah. Tak bahaya ke? Tak sakit ke? Macam mana nak jaga? Kalau jangkitan macam mana?
Table of Contents
Pendahuluan
Kita di Malaysia agak kurang pendedahan berkenaan berkhatan ketika masih bayi disebabkan budaya kita yang lebih dekat dengan sebarang upacara keraian. Berkhatan pun tidak terlepas, tetap akan dibuat secara keraian. Iya lah, mandi sungai atau berendam beramai-ramai. Rasa kemeriahannya. Identiti Melayu itu adalah kebersamaan. Ketawa bersama, menangis pun bersama.
Jika dah cantik sulaman budaya dan agama terikat rapi, kenapa perlu dipecahkan tradisi tersebut?
Zaman semakin maju dan kedepan. Tuntutan ekonomi keluarga sekarang memerlukan si ibu keluar membantu meringankan beban si ayah. Jadi ‘masa’ merupakan satu komoditi yang terhad dan berharga bagi sesebuah keluarga.
Atas dasar tersebut, jika tempoh dari masa bersunat sampai kepada sembuh sepenuhnya yang memakan masa berminggu-minggu. Ibu ayah nak masuk kerja pun jiwa tak tenteram. Fikirkan keadaan anak di rumah. Serabut dan kusut dibuatnya.
Maka sebab inilah zaman kini menyaksikan lebih banyak ibu bapa memilih untuk mensunatkan anak mereka sewaktu mereka bayi. Selain daripada factor masa, sunat bayi mempunyai banyak kelebihannya tersendiri.
Apakah hukum sunat bayi perempuan dalam Islam? Klik Untuk Temui Jawapannya!
Kelebihan Sunat Bayi
Jadi disini ada 3 kelebihan utama sunat bayi yang akan banyak membantu secara langsung dan tidak langsung ibu ayah dalam menyediakan keperluan dan tuntutan ke atas setiap anak.
Cepat sembuh
Kebiasaan luka penyembuhan khatan seorang bayi boleh diukur seiring dengan kadar jatuhnya tali pusat yang kebanyakan kurang dari satu minggu. Bayangkan kurang dari satu minggu luka berkhatan dah sembuh sepenuhnya.
Kurang sakit
Tahukah anda saraf seorang bayi ketika dilahirkan masih belum cukup sempurna dan mengambil masa untuk capai tahap sempurna. Tahap kesakitan yang dirasai pun sebenarnya hampir 50% kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak dewasa.
Jadi apa yang bayi kita rasai itu hanyalah 50% kurang dari kesakitan jika dibandingkan dengan kanak-kanak dewasa. Kebanyakan pun biasa akan menangis hanya semasa bius diberi. Selepas bius, bayi akan lebih tenang.
Penjagaan yang mudah
Bayi yang masih tidak melakukan sebarang aktiviti fisikal yang lasak. Baring, tidur, berak dan mandi. Kebanyakan hanya di atas tilam. Tiada pergerakan lasak seperti kanak-kanak dewasa yang ada kemungkinan memanjat dan berlari. Kemungkinan luka akan berdarah kembali sedikit tinggi.
Tiada unsur anak bakal menolak jika ibu atau ayah ingin mencuci luka berkatan. Berkhatan adalah satu proses di mana kulit dibahagian kulup akan dipotong. Jika luka tidak dibersih dan dijaga rapi, risiko jangkitan akan sentiasa ada.
5 Klinik Sunat Bayi di Kuantan
1. Klinik Tuah Kuantan
Klinik Tuah merupakan antara klinik yang menawarkan khidmat sunat bayi di Kuantan secara moden. Sunat moden diperkenalkan dengan tujuan untuk meminimumkan kesakitan dan risiko jangkitan pada si bayi. Jadi, si manja bakal mendapat rawatan yang menyenangkan! Sunat juga dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih dan berpengalaman dalam sunat bayi ini.
Menariknya, bukan cuma sunat bayi perempuan, malah klinik ini juga menawarkan khidmat khatan bayi lelaki! Kalau sebelum ini ramai ibu bapa menunggu sehingga anak bayi mereka mencapai umur 7 tahun ke atas untuk bersunat, Klinik Tuah membolehkah anda membawa permata anda untuk bersunat lebih awal.
Namun, oleh kerana teknologi moden yang digunakan di klinik ini, harga sunat yang ditawarkan lebih mahal daripada klinik-klinik lain. Namun, harga yang ditawarkan masih lagi berpatutan dan mesra poket, terutama untuk ibu bapa yang mementingkan prosedur yang kemas, mudah dan selamat.
Kaedah Sunat | Plastibell | Laser |
Harga | RM550 | RM390 |
Pautan: Klinik Tuah
2. Mya Clinic
Mya Clinic merupakan salah satu klinik sunat bayi di Kuantan yang memfokuskan kepada perkhidmatan mesra Wanita dan keluarga. Klinik ini menawarkan sunat bayi perempuan 6 bulan ke bawah. Harga yang ditawarkan pula ialah RM50 merangkumi prosedur sunat, caj konsultasi san ubat sapu luka.
Pautan: Mya Clinic
3. Klinik Dr Alyana Indera Mahkota Kuantan 24 Jam
Untuk ibu bapa yang memerlukan fleksibiliti dalam masa, mungkin kerana kekangan waktu atau kerjaya, klinik ini merupakan pilihan terbaik kerana ia dibuka 24 jam! Klinik ini juga menawarkan perkhidmatan sunat bayi Perempuan berusia satu bulan ke atas.
Anda juga boleh membawa bayi anda secara walk-in tanpa perlu membuat temujanji. Dengan hanya RM 50, bayi anda mendapat konsultasi doktor dan perkhidmatan sunat yang dilakukan oleh doktor yang berpengalaman.
Pautan: Klinik Dr Alyana Indera Mahkota
4. Klinik Perubatan Hijraa Indera Mahkota
Klinik Perubatan Hijraa menawarkan perkhidmatan sunat bayi di Kuantan yang sangat efisien dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu RM50. Anda boleh datang secara walk-in atau membuat temujanji terlebih dahulu, dan yang pasti, proses rawatannya cepat dan mudah. Klinik ini juga memastikan pemulihan yang cepat, menjadikan pengalaman sunat menjadi lebih mudah diuruskan oleh ibu bapa.
Pautan: Klinik Perubatan Hijraa
5. Klinik AzZahra Bandar Putra
Klinik ini menawarkan khidmat sunat bayi di Kuantan untuk bayi perempuan yang mudah dijaga setelah sembuh tanpa perlu berpantang! Di klinik ini, sunat bayi disediakan untuk bayi berusia 1 bulan hingga 12 bulan.
Pautan: Klinik AzZahra
Penutup
Sudah pasti sebagai ibu dan ayah inginkan yang terbaik untuk bayi comel mereka. Jika ada sebarang teknik dan kaedah terbaik. Itu sudah pasti menjadi pilihan utama ibu ayah. Jadi sebelum membuat apa-apa keputusan, lebih baik bagi ibu ayah untuk mendapatkan segala info secara menyeluruh di dalam proses memberikan yang terbaik untuk bayi mereka.
Mendapatkan konsultasi dari pihak yang betul dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang khususnya dalam kes berkhatan ketika bayi ini amatlah penting. Dengan ini pengalaman berkhatan ini akan menjadi satu momen yang manis bagi bayi dan juga ibu ayah.
Ketahui teknik khatan moden yang mementingkan keselesaan anda dan anak di pautan ini
Klinik bersunat di Malaysia
Sunat Hari Ini,
Sembuh Seawal 3 Hari
Alami Khidmat dan Penjagaan Yang Selesa dan Selamat Untuk Bayi Anda di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.