fbpx Skip to main content
Adult CircumcisionCircumcision

Sunat Laser vs Sunat Stapler: Yang Mana Lebih Baik?

By November 1st, 2024No Comments

Dalam filem Star Wars, lightsaber atau pedang laser, yang menjadi senjata utama Jedi dan berkuasa bagi melawan musuh.

Dunia bersunat juga ada elemen lightsaber. Cahaya laser yang halus memotong kulup lelaki dengan kemas dan rapi telah menjadi salah satu teknik khatan yang popular di Malaysia.

Dan semestinya ada pesaing untuk sunat laser, iaitu sunat stapler! Namun stapler yang digunakan untuk khatan bukanlah sama seperti stapler di kedai alat tulis. Tetapi satu teknologi canggih, khusus

Sunat laser vs Sunat Stapler Klinik Tuah

Kedua-dua teknik ini merupakan teknik sunat yang popular di Malaysia. Jika dilihat sekali imbas, kedua-dua merupakan “upgrade” dari teknik tradisional, yang mementingkan kekemasan dan keselesaan pesakit. Tetapi, teknik manakah yang lebih baik? Artikel ini akan merungkai kelebihan dan kekurangan kedua-dua kaedah ini untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Sunat Stapler Klinik Tuah

Perbandingan Sunat Laser dan Sunat Stapler

Prosedur

Sunat Laser: teknik khatan laser mendapat perhatian ramai sejak tahun 2000 an hingga kini. Alat yang menggantikan pisau dan gunting ini dipanggil kauteri, di mana hujung kauteri dipanaskan hingga 1000 darjah celcius dengan kuasa elektrik.

Haba yang dihasilkan pada hujung kauteri kemudian memotong lebihan kulit kulup dan menghentikan pendarahan pada masa yang sama. Ini memastikan proses khatan tersebut lebih cepat dan bersih, serta kurangnya risiko pendarahan.

Selepas pemotongan kulit, kulup akan dijahit dengan teliti pada 4 sisi utama untuk mengelakkan pendarahan pada luka dan memberikan hasil yang kemas. Hasilnya, anda akan merasai proses yang cepat, tiada pendarahan yang banyak dan anda tidak akan rasa sakit sepanjang bersunat.

Sunat Laser Klinik Tuah

Sunat Stapler: Lebih cepat, lebih tepat! Ini mungkin slogan yang sesuai untuk teknik stapler. Khatan stapler ini yang diperkenalkan daripada China sering dilakukan pada remaja dan dewasa.

Alat ini mempunyai dua bahagian, loceng dalam dan loceng luar. Loceng dalam melindungi zakar, dan loceng luar memotong kulup sekaligus melepaskan “peluru” untuk mencantumkan luka potongan.

Menariknya, pakar perubatan sangat mengesyorkan teknik ini kerana prosedurnya lebih cepat, kesakitan dan pendarahan yang minimum, dan yang paling penting, tidak perlu jahit!

Tempoh Penyembuhan

Sunat Laser: Tempoh yang diambil untuk luka sunat sembuh adalah dikira cepat. Dalam masa dua minggu, anda boleh kembali pada rutin harian, bersama keyakinan baru! Luka juga lebih cepat kering berbanding sunat clamp.

Sunat laser tempoh penyembuhan Klinik Tuah

Namun, khatan laser memerlukan penjagaan yang rapi kerana sekiranya tidak dijaga, risiko untuk dapat jangkitan dan boleh berlubang. Untuk kes fimosis / zakar buta, selepas bersunat cecair kekuningan mungkin keluar daripada kepala zakar, dan nanah mungkin berkumpul di kepala zakar. Sekiranya simptom ini berlanjutan, dapatkan nasihat daripada doktor dengan serta-merta.

Sunat Stapler tempoh Penyembuhan Klinik Tuah

Sunat Stapler: Bukan sahaja prosedur yang cepat, malah tempoh penyembuhan juga sangat cepat! Anda boleh kembali bekerja 24 jam selepas prosedur. Malah, luka sunat ini akan sembuh sepenuhnya dalam masa 7-10 hari sahaja.

Peluru stapler juga akan hilang/ larut dengan sendirinya. Anda mungkin berasa kurang selesa selepas sunat, namun rasa itu akan hilang selepas 3-5 hari.

Hasil Sunat

Sunat laser: Terdapat dua teknik pemotongan untuk khatan laser, iaitu freehand di mana garis potongan boleh jadi kurang kemas, dan teknik guillotine (pancung). Kaedah ini juga meninggalkan parut dan kesan jahitan. Lebih teruk lagi, kesan parut mungkin lagi ketara akibat infeksi, malah boleh mengakibatkan parut berlubang.

Sunat Stapler: berbanding sunat laser, sunat stapler menghasilkan rupa yang lebih kemas, lebih cantik. Peluru stapler mungkin berbekas pada zakar, namun lama-kelamaan akan pudar, yang anda perasan pada zakar ianya makin “kacak” dan kemas.

Kos

Sunat Laser: Harga sunat laser boleh dikatakan mesra poket. Teknik ini jauh lebih murah berbanding khatan stapler, dan sesuai untuk individu yang inginkan kaedah khatan yang optimum, dengan harga yang berpatutan.  

Sunat Stapler: Seiring dengan kecanggihan alat ini, kos perubatan ini lebih mahal berbanding laser. Boleh dikatakan ianya adalah kaedah sunat yang premium dan lebih sesuai untuk individu yang tidak memfaktorkan harga semasa membuat perbandingan.

Berikut ialah perbandingan harga sunat:

Jenis bius Stapler Laser
Bius SetempatRM 1800- RM 4500RM 800-RM 2000
Bius PenuhRM 5000-RM 7000RM 3000-RM 5000
(Penafian: Anggaran harga diberi adalah sunat dewasa di Malaysia. Harga bergantung pada klinik / hospital berdasarkan servis, rawatan dan ubat-ubatan yang digunakan / diberikan).

Kesimpulan Perbandingan Kaedah Sunat

AspekLaserStapler
ProsedurGuna teknik kauteri atau diatermiSatu alat stapler khas digunakan untuk memotong kulup
Masa diambil20-30 minit10-15 minit
PendarahanRendahRendah
Tahap kesakitanRendah-sederhana
(kerana jahitan)
Rendah kerana tiada jahitan dikenakan
Tempoh penyembuhan10-14 hari untuk pulih sepenuhnyaBoleh kembali pada rutin normal selepas 24 jam. Untuk pulih sepenuhnya mengambil masa sekitar 7-10 hari.
Parut / Rupa PemotonganSedikit bergerigi / tidak halusLicin dan halus dengan kesan parut yang tidak kelihatan
Risiko jangkitanRendahLebih Rendah
Hasil KosmetikLazimnya kemas, namun mungkin ada bekas jahitan. Dan juga potongan mungkin kelihatan bergerigi.Rapi dan kemas dengan kaedah pemotongan stapler yang teliti dan tepat.
KosLebih murahLebih mahal
UmurBayi, kanak-kanak dan dewasaRemaja dan dewasa
Penjagaan Selepas ProsedurPenjagaan yang rapi lebih digalakkan untuk mengelakkan jangkitan pada luka jahitan.Luka lebih senang untuk dijaga
Pusat PerkhidmatanKlinik-klinik berdekatanKlinik khusus untuk bersunat

Pemenangnya Ialah

Setelah membuat perbandingan dari aspek prosedur, tempoh penyembuhan dan hasil, sunat stapler adalah pemenangnya, dan lebih baik daripada sunat laser. Dengan prosedur yang lebih cepat, tempoh penyembuhan yang sangat cepat dan hasil yang lebih kemas dan cantik, khatan stapler adalah pilihan utama sekiranya anda mencari kaedah khatan yang cepat, pemulihan yang lebih baik dan tiada parut.

Namun, khatan laser juga mempunyai keisitimewaan tersendiri, pilihan yang lebih baik untuk anda yang mencari kaedah sunat yang cepat, dengan kos lebih rendah.

Tidak kira sama ada stapler atau laser, pilihan terletak di tangan anda. Sekiranya anda inginkan hasil yang lebih rapi dan cepat, anda boleh memilih stapler, dan sekiranya kos sunat menjadi faktor penting, anda boleh memilih laser.

Pastikan anda berbincang dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut kaedah mana yang lebih sesuai, dan pemeriksaan lanjut untuk mengelakkan risiko atau kesan sampingan yang tidak diingini.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk berkhatan?

Anda juga boleh baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris di sini