Cheras, 18 Februari 2023— Susulan kejayaan program Sunathon 1.0, Klinik Tuah dengan bangganya menganjurkan acara Sunathon 2.0. Acara ini adalah sebahagian daripada usaha Klinik Tuah untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan sunat moden yang cepat, selamat, dan selesa untuk para peserta.
Program kali ini telah mendapat sambutan yang lebih meriah, dengan lebih ramai kanak-kanak dan ibu bapa hadir sebagai tanda sokongan.
Sepanjang program,kami di Klinik Tuah bekerja keras untuk memastikan prosedur bersunat berjalan dengan lancar dan memberikan perhatian penuh untuk mengurangkan rasa cemas atau takut yang mungkin dirasai oleh kanak-kanak.
Kami ingin menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada para peserta atas kesudian menjadi sebahagian daripada program Sunathon 2.0. Kami berharap agar program seperti ini akan terus menjadi sebahagian daripada inisiatif Klinik Tuah, membolehkan kami terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada komuniti setempat.