Cheras, 17 Disember 2022— Klinik Tuah telah berjaya menganjurkan program sunat beramai-ramai buat kali pertama. Program yang diberi nama Sunathon 1.0 ini merupakan salah satu inisiatif Klinik Tuah untuk menyumbang kepada komuniti dengan menyediakan perkhidmatan sunat moden yang berkualiti dan selamat, dan mesra kanak-kanak dan keluarga.
Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat, merangkumi kanak-kanak dari semua kaum dan peringkat umur. Ibu bapa memberi sokongan moral yang terbaik terhadap pendekatan kami sepanjang program ini berlangsung. Kami juga memastikan setiap peserta dan keluarga mereka mendapat pengalaman yang selesa dan tenang sepanjang berlangsungnya program ini.
Sepanjang program Sunathon ini, para peserta telah didedahkan dengan faedah dan prosedur sunat moden. Malah, pasukan Klinik Tuah tidak lekang memberikan seratus peratus dedikasi dalam memastikan proses sunat berjalan lancer, dan selesa untuk kanak-kanak ini.
Kami di Klinik Tuah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti yang telah memberi sokongan padu dan sambutan hangat kepada Sunathon 1.0. Diharapkan program ini dapat memberi lebih kesedaran tentang pentingnya bersunat, di samping menjadi langkah permulaan kepada kami untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat.