“Kenapa nak potong, kan elok terletak kat situ?” Ini soalan yang pernah kami dengar dilontarkan oleh seorang budak lelaki 10 tahun ketika berbaring untuk disunatkan. Dah last minute baru nak tahu manfaat sunat lelaki.
Kami tergelak, bapanya yang memegang beliau juga terbahak tergelak. Soalan yang “legit” tetapi sebenarnya kenapa lebih digalakkan lelaki untuk bersunat selain disebabkan tuntutan agama.
Sunat atau berkhatan adalah satu prosedur dimana lipatan kulup (foreskin) pada kepala zakar dipotong. Sunat biasanya dilakukan kerana tuntutan agama, atau menghormati tradisi dan budaya.
Menurut mazhab Syafie, sunat lelaki adalah diwajibkan bagi setiap penganut agama Islam, dan berdosa jika sesiapa enggan melakukannya. Manakala menurut hadis Abu Hurairah, antara lima sunnah fitrah adalah berkhatan.
Zaman moden menyaksikan lebih ramai lelaki yang memilih untuk bersunat bukan sahaja kerana agama dan budaya, namun juga kerana kesihatan, kebersihan dan kecantikan. Artikel ini akan mengupas 3 manfaat utama sunat lelaki.
Isi Kandungan
3 Manfaat Sunat Lelaki
Antara sebab utama sunat lelaki sangat digalakkan ialah;
1. Meningkatkan Kebersihan dan Mengurangkan Risiko Jangkitan
Menjaga Kebersihan Menjadi Lebih Mudah
Seringkali kaum lelaki terlepas pandang untuk membersihkan kawasan di bawah kulup dengan cermat selepas membuang air kecil, terutama kanak-kanak lelaki jika tanpa pengawasan ibu bapa.
Hasilnya, kulup menjadi tempat pembiakan bakteria, sel-sel kulit mati, minyak dan kelembapan, seterusnya menjadi smegma. Smegma yang berupa seperti kepingan keju lama boleh mendatangkan bau yang tidak enak pada kemaluan lelaki, serta meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Mencegah Fimosis & Parafimosis
Fimosis atau zakar buta ialah satu keadaan di mana kulup tidak dapat ditarik ke belakang kepala zakar. Fimosis adalah tidak normal bagi lelaki dewasa, dan bersunat dapat menyelesaikan masalah fimosis secara kekal.
Parafimosis pula keadaan di mana kulup dapat ditarik ke belakang, namun ianya tersekat dan tidak dapat kembali ke kedudukan asal. Sekiranya anda atau insan terdekat anda mengalami gejala seperti ini, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan.
Baca Tips untuk membetulkan fimosis di sini (Bahasa Inggeris)
Menghindari Posthitis dan Balanoposthitis
Posthitis adalah radang pada kulup kemaluan, manakala balanoposthitis pula radang pada kulup dan kepala zakar. Dalam 6% radang ini terjadi pada lelaki belum bersunat. Ianya terjadi juga akibat pengumpulan bakteria pada alat kelamin lelaki yang tidak dibersihkan dengan cermat. Seseorang yang mempunyai kulit sensitif lebih senang mendapat posthitis dan balanoposthitis.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit
Mengurangkan Risiko UTI
Sunat juga dapat menurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) kerana kurangnya risiko bakteria yang membiak ke dalam saluran. UTI berpunca daripada bakteria yang masuk melalui uretra, dan menjejaskan organ-organ sistem urinari seperti buah pinggang, uretra, pundi kencing dan ureter. Malah, banyak kajian menunjukkan UTI lebih cenderung terjadi kepada lelaki yang belum bersunat.
Mengurangkan risiko HIV
Sunat lelaki dewasa pula dapat merendahkan risiko jangkitan HIV sehingga 60%, menurut satu kajian yang dijalankan oleh American Academy of Pediatrics (AAP). Ini kerana kulup yang bergesel dengan faraj (vagina) boleh menyebabkan koyakan kecil pada kulit, dan menyebarkan virus HIV daripada sel-sel yang terdedah.
Dengan tiadanya lapisan kulit kulup, sel-sel ini semakin berkurang, serta potensi untuk kulit melecet ketika aktiviti seksual juga menurun. Kedua-dua faktor ini menurunkan risiko penularan penyakit HIV.
Berkhatan juga memberi manfaat pada pasangan anda! Menurut kajian pada tahun 2017, kebarangkalian untuk wanita mendapat penyakit STD seperti herpes, sifilis dan chlamydia lebih rendah sekiranya pasangan mereka bersunat.
Mengurangkan Risiko kanser Zakar
Selain daripada kanser testis dan kanser prostat, lelaki juga boleh mendapat kanser zakar. Kanser zakar (penile cancer) walaupun jarang dilaporkan, adalah sejenis kanser yang berbahaya dengan kadar kematian yang tinggi. Antara punca utama kanser zakar ialah fimosis dan zakar yang tidak bersih. Dengan bersunat, masalah fimosis dapat diatasi, sekaligus dapat mengurangkan kebarangkalian kanser zakar.
3. Meningkatkan Kepuasan Seksual
Berkhatan juga dapat menambah lagi kemanisan rumah tangga anda. Ini kerana berkhatan dapat meningkatkan prestasi seksual lelaki. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2013, lelaki yang bersunat mengambil masa lebih lama untuk ejakulasi. Apabila tempoh ejakulasi panjang, maka kepuasan yang dikecapi boleh meningkat.
Malah, kaum Wanita juga bersetuju dengan kelebihan bersunat dalam hubungan seksual. Satu kajian di Uganda melaporkan sebanyak 39.8% melaporkan mereka lebih “puas” ketika berhubungan intim dengan pasangan yang bersunat, berbanding dengan 2.9% yang berpendapat sebaliknya.
Peserta kajian mendakwa antara faktor yang mempengaruhi “kepuasan” mereka termasuklah zakar pasangan lebih bersih, bilangan klimaks yang lebih kerap serta pasangan mereka tiada kesukaran untuk mengekalkan ereksi.
Jadi, sekiranya anda ingin membahagiakan isteri anda, dan menghangatkan lagi ikatan cinta anda, bersunat mungkin jawapannya!
Perbandingan Antara Sunat Bayi, Kanak-Kanak dan Dewasa
Peringkat Umur | Kelebihan Utama | Risiko Kesihatan yang Dicegah | Tempoh Penyembuhan |
Bayi | Lebih cepat sembuh, pembersihan lebih mudah | Jangkitan saluran kencing (UTI) | 3-7 hari sahaja |
Kanak-Kanak | Lebih mudah untuk membersih | Fimosis dan parafimosis | 1-2 minggu |
Dewasa | Kurang risiko jangkitan seksual, lebih selesa | Balanitis, fimosis, jangkitan kelamin | 2-4 minggu |
Penutup
Kesimpulannya, sunat lelaki bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga memberi faedah kepada kebersihan diri serta kesihatan diri dan pasangan. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa keputusan untuk berkhatan bergantung pada diri masing-masing, dan juga mempunyai risikonya.
Sekiranya anda mempertimbangkan khatan, sila dapatkan nasihat pakar kesihatan tentang kaedah sunat yang sesuai, serta risiko dan langkah penjagaan bersunat untuk menjamin keselesaan anda dalam jangka masa yang panjang.
KLiinik KHATAN SEMUA PERINGKAT UMUR
Sunat Bersama Klinik Tuah
Rasai Khatan Tanpa Kesakitan dengan teknologi terbaru kami
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.