“MAK, ADIK TAK NAK SUNAT!”
laung anak kecil ini dari atas atap rumahnya.
Kandungan
Pasti setiap kali musim sekolah kita biasa mendengar laungan di atas. Pelbagai ragam anak-anak kecil yang kita saksikan sebagai protes dan ketidaksanggupan mereka untuk berkhatan.
Sunat atau berkhatan adalah tradisi dan budaya di Malaysia sejak dari zaman nenek moyang lagi.
Jika dulu hanya tok mudim yang pakar dalam berkhatan, kini pelbagai lagi teknik sunat telah diperkenalkan. Ibu bapa kini mempunyai kebebasan untuk memilih samada cara tradisional atau kaedah perubatan moden.
Yang lebih menarik, Ramai ibu bapa kini lebih memilih sunat bayi! Mereka tidak lagi menunggu hingga anak masuk sekolah untuk berkhatan. Sunat bayi kini menjadi “trend” seluruh dunia. Sebagai contoh, dianggarkan sebanyak 58.3% bayi disunatkan pada tahun 2010.
Kelebihan Sunat Bayi
Mengapa sunat bayi menjadi pilihan ibu bapa?
Ada banyak kelebihan sekiranya bersunat semasa bayi. Salah satunya ialah saraf kanak-kanak masih belum matang sepenuhnya, maka bayi kurang merasa sakit ketika prosedur dijalankan.
Selain itu, luka sunat bayi lebih cepat sembuh seawal 3 hingga 7 hari, berbanding kanak-kanak yang mengambil masa 2-3 minggu untuk pulih.
Sunat bayi juga dapat merendahkan risiko UTI awal kelahiran. Hal ini kerana bersunat dapat mengurangkan pengumpulan bakteria di bawah kemaluan yang membawa kepada jangkitan kuman. Malah, ianya memudahkan proses pembersihan kemaluan bayi.
Adakah Sunat Bayi Dibenarkan Dalam Islam?
Menurut Imam Shafie, wajib bagi setiap muslim berkhatan,dan hukum sunat bayi pada hari ke tujuh kelahiran adalah sunat.
Malah, terdapat hadis yang menyebut bahawa cucu Rasulullah SAW, Hassan dan Hussain telah dikhitankan sejak kecil lagi. Maka, tiada masalah untuk anda mengkhatankan anak anda semasa bayi.
Khidmat klinik Sunat Bayi di kuala lumpur, Malaysia
Klinik Sunat Khas
Kini terdapat banyak klinik di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat khas untuk sunat bayi. Kebanyakan doktor yang mempunyai khidmat ini mempunyai pengalaman dan kemahiran khusus untuk sunat.Beberapa klinik menggunakan bius setempat untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersunat.
Antara klinik sunat bayi di Kuala Lumpur termasuklah Klinik Tuah yang telah mempunyai pengalaman dalam mensunatkan beribu-ribu bayi dan kanak-kanak menggunakan teknik moden. Selain itu, Klinik Al- Fatih dan Klinik Siti.
Hospital Swasta
Terdapat juga hospital swasta yang menyediakan khidmat sunat bayi seperti Hospital Islam Azzahrah. Namun, harganya mungkin sedikit mahal berbanding klinik biasa, dan hospital biasanya menggunakan bius penuh semasa rawatan.
“Klinik “ Tradisional – Kaedah Tok Mudim
Sebut sahaja sunat, pasti nama “tok mudim” yang terlintas di kepala. Setiap kali musim cuti sekolah, maka beraturlah kanak-kanak dengan redha di hadapan tok mudim.
Namun, berbeza dengan khidmat klinik dan hospital swasta, tok mudim masih mengekalkan sunat tradisional mengikut adat tradisi Melayu. Tok mudim menggunakan penyepit, pisau dan lembing untuk memotong kulup (foreskin). Bezanya adalah, khatan tradisional tidak menggunakan bius sebelum berkhatan.
Bagaimana Memilih Klinik sunat bayi di kuala lumpur yang Sesuai
Kepakaran doktor
Pertama sekali, penting untuk anda memilih doktor yang pakar dalam bidang persunatan ini. Kemaluan bayi adalah bahagian yang sensitif, maka penjagaan yang teliti perlu dititik beratkan. Sebaiknya, anda mencari doctor yang mempunyai pengalaman luas, ataupun bertauliah dalam teknik sunat yang tersedia di klinik.
Kaedah dan Teknik Sunat
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pelbagai teknik sunat kini diperkenalkan di Malaysia. Pilihlah teknik yang sesuai untuk bayi anda,samada plastibell atau laser atau sekiranya anda masih inginkan khidmat tok mudim.
Malah, ada juga klinik yang pakar dalam beberapa teknik moden, maka anda boleh terus rujuk pada klinik tersebut untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut sebelum menentukan teknik mana yang berkenan di hati anda.
Testimoni
Bukan sahaja kepakaran doktor, malah testimoni daripada pelanggan juga amat penting, kerana melalui mereka anda dapat mengetahui kredibiliti servis mereka. Klinik yang baik merangkumi kepakaran, suasana yang selesa serta staf yang ramah dan sedia untuk membantu.
Anda boleh bertanya teman atau ahli keluarga yang pernah mengunjungi klinik tersebut. Selain itu, review atau ulasan pelanggan adalah ‘word of mouth” secara digital yang menentukan reputasi sesebuah klinik itu.
Harga Sunat Bayi
Pastikan harga yang ditawarkan berpatutan dengan kaedah rawatan serta servis yang ditawarkan. Selidik terlebih dahulu anggaran harga samada secara langsung atau dalam talian, dan buatlah perbandingan harga, supaya harga yang ditawarkan berpadanan dengan servis.
Namun, tidak semestinya rawatan yang murah, menjamin servis yang berkualiti. Oleh kerana itu perlunya anda membuat kajian yang lebih mendalam, termasuk testimoni, ulasan pelanggan dan jika anda berminat, kadar keberjayaan kaedah yang berkenan.
Sebagai contoh, harga sunat bayi di Klinik Tuah bermula daripada RM390 untuk teknik laser dan RM550 untuk teknik Plastibell.
Harga Sunat Bayi | Laser | Plastibell | Clamp |
RM300-500 | RM500-1200 | RM500-1000 |
Tips Penjagaan Khatan bayi
Berikut merupakan tips ringkas dalam menguruskan khatan bayi lelaki anda, bermula daripada sebelum prosedur, semasa dan selepas prosedur.
Sebelum Prosedur
- Ibu bapa perlu bersedia dari segi mental dan mempunyai pengetahuan asas tentang proses berkhatan ini.
- Berikan bayi anda susu sebelum datang ke klinik.
- Sediakan pacifier untuk anak anda. Pacifier dapat membantu menenangkan mereka ketika prosedur berlangsung.
- Bawa lampin lebih untuk ditukar selepas proses berkhatan.
- Pakaikan bayi anda dengan baju dan seluar yang longgar.
Semasa Prosedur
- Dapatkan penerangan dan maklumat lengkap daripada doktor yang bertugas.
- Bayi anda akan dibius menggunakan jarum halus. Sewaktu bius, bayi anda mungkin akan menangis seketika kerana tidak selesa.
- Kekal tenang sepanjang prosedur berlangsung.
- Selepas proses bersunat, doktor akan memberi ubat cecair tahan sakit kepada bayi. Disarankan anda terus memberi sejurus selesai prosedur, dan diberi secara berkala setiap 5-6 jam sehingga sembuh.
Selepas prosedur
- Sentiasa pakaikan lampin anak anda dengan longgar sehingga luka sembuh.
- Segera tukarkan lampin anak sejurus sahaja terkena najis untuk mengelakkan jangkitan pada kemaluan.
- Boleh mandi seperti biasa, namun hati-hati dengan kawasan sunat untuk mengelakkan kesakitan.
- Beri susu badan secara berterusan selepas berkhatan kerana susu badan mempunyai adalah painkiller semulajadi.
- Sekiranya anak anda mempunyai masalah kencing, segera berjumpa dengan doktor.
- Kemaluan mungkin sedikit bengkak seperti belon air ketika proses penyembuhan kerana bengkak bius. Ianya akan hilang dalam tempoh 2 minggu.
- Sekiranya anda melihat “nanah” atau keruping nanah, jangan risau kerana ianya juga normal dan akan tertanggal sendiri selepas beberapa hari.
Baca Lebih lanjut tentang tips penjagaan bayi selepas berkhatan di sini.
Penutup
Sudah pasti ibu bapa inginkan yang terbaik untuk bayi comel mereka Dengan banyaknya pilihan klinik yang menawarkan pendekatan dan teknik moden, anda boleh memilih perkhidmatan yang memenuhi keperluan anda dan bayi.
Periksa dengan teliti pengalaman, reputasi, dan keselesaan yang ditawarkan oleh klinik sebelum membuat pilihan. Dengan ini, proses berkhatan bayi anda lebih lancar dan mudah.
Klinik bersunat di Malaysia
Sunat Hari Ini,
Sembuh Seawal 3 Hari
Alami Khidmat dan Penjagaan Yang Selesa dan Selamat Untuk Bayi Anda di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.