Bentong , 4 Februari 2024 , Bertempat di Bilut Extreme Park, Pahang. Klinik Tuah mengadakan aktiviti team building dan family day pada 2-4 Februari 2024. Program selama 3 hari dua malam ini melingkumi semua kakitangan didalam Klinik Tuah termasuk doktor, pembantu klinik, jururawat serta staf pengurusan .

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti ATV explorer, Paintball, Human Ball dan Permainan didalam kumpulan. Aktiviti 3 hari ini, memupuk semangat bekerjasama antara pasukan dalam masa sama satu medium yang baik untuk Tuah La Familia mengenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam.