Petaling, 20 September 2024 , Satu program khas sempena maulidurrasul telah diadakandi Masjid Al-Khasyi’in dari 2.30 petang sehingga 9.30 malam . Program yang diberi nama Program Hari Kebesaran Islam ini telah bermula dengan pameran khas dari Nasyrul Quran .Dalam masa sama Klinik Tuah juga telah menyediakan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan lutut menggunakan ultrasound dan pemeriksaan telinga berkamera secara percuma . Dianggarkan lebih 100 orang telah mengambil peluang untuk mendapatkan pemeriksaan dari pasukan doktor ,nurse dan medical assistant dari Klinik Tuah. Selain itu, terdapat juga pemeriksaan mata oleh Atiqah Spek dan pameran oleh PERKESO.

Program turut dimeriahkan dengan pertandingan yang diatur untuk kanak-kanak dan remaja, sebagai contoh pertandingan mewarna, menulis khat, menulis jawi, dan pertandingan bilal idaman

Acara kemuncak adalah ceramah khas selepas solat maghrib disampaikan Yang Berbahgia Dato’ Seri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-bakri yang menyentuh sirah Rasulullah SAW dan Masa.

Team Building X Family Day Tuah La Familia@ Bilut Xtreme Park (2 Februari 2024)

Maulidurrasul Bersama Masjid Al-Khasyi’in, Sri Petaling (20 Sept 24)