A World Without Pain

Polisi Privasi Klinik Tuah

Komitmen Kami Terhadap Privasi

Di Klinik Tuah, kami menghormati dan melindungi hak privasi setiap pesakit. Polisi privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, melindungi, menyimpan, dan menguruskan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).


1. Pengumpulan Data Peribadi

Kami hanya mengumpul maklumat peribadi yang diperlukan untuk tujuan perkhidmatan klinik, termasuk:

  • Nama penuh

  • Nombor telefon

  • Alamat emel

  • Jenis rawatan atau keadaan kesihatan

Maklumat ini diperoleh melalui Sistem Borang Temujanji bagi memudahkan proses pendaftaran dan tempahan slot rawatan di klinik kami.

Pilihan Anda: Anda berhak untuk tidak memberikan maklumat tertentu, tetapi ini mungkin menghadkan keupayaan kami menyediakan perkhidmatan dengan sempurna.


2. Penggunaan Data Peribadi

Data peribadi anda digunakan hanya untuk:

  • Mengurus dan menempah slot temujanji

  • Memudahkan komunikasi dengan pesakit

  • Tujuan pentadbiran dalaman serta penambahbaikan perkhidmatan

Kami tidak akan menggunakan data anda untuk tujuan lain tanpa persetujuan anda.


3. Perkongsian Data Peribadi

Klinik Tuah tidak akan menjual, menyewa, atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga.
Data hanya boleh dikongsi sekiranya:

  1. Diminta oleh pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang

  2. Diperlukan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan


4. Perlindungan Data Peribadi

Kami mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi melindungi data anda daripada:

  • Akses tanpa kebenaran

  • Kehilangan, penyalahgunaan, atau kebocoran

Langkah perlindungan termasuk sistem yang dilindungi dengan kata laluan, firewall, serta akses terhad hanya kepada kakitangan yang dibenarkan.


5. Penyimpanan & Tempoh Retensi Data

Data peribadi anda akan disimpan selama Tujuh (7) tahun dari tarikh terakhir interaksi atau rawatan dengan Klinik Tuah, melainkan undang-undang atau peraturan menghendaki tempoh yang lebih lama sesuai dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Selepas tempoh tersebut, data anda akan dipadamkan atau dinyahpengenalan secara selamat daripada sistem kami.


6. Ketepatan Data (Data Integrity)

Kami berusaha memastikan data peribadi anda adalah tepat dan terkini.
Anda boleh meminta pengemaskinian data anda sekiranya terdapat kesilapan atau perubahan maklumat.


7. Data Sensitif (Kesihatan)

Sebarang maklumat berkaitan kesihatan anda diklasifikasikan sebagai data peribadi sensitif.


8. Media (Gambar & Video)

Segala gambar atau video yang digunakan oleh Klinik Tuah hanya akan dipaparkan selepas mendapat persetujuan pesakit, sama ada secara lisan atau bertulis.
Kami juga memastikan setiap gambar yang dimuat naik tidak mengandungi maklumat lokasi tersembunyi (metadata).


9. Hak Anda Terhadap Data Peribadi

Anda mempunyai hak berikut di bawah PDPA:

  • Meminta akses kepada data peribadi anda yang disimpan oleh kami

  • Meminta salinan data atau pengemaskinian data yang tidak tepat

  • Meminta pemadaman data peribadi anda daripada sistem kami

Nota: Kami mungkin perlu mengekalkan sebahagian data untuk tujuan pematuhan undang-undang dan keselamatan.


10. Penggunaan Data WhatsApp (WhatsApp Business Platform Compliance)

 

Klinik Tuah menggunakan WhatsApp sebagai salah satu saluran komunikasi untuk berhubung dengan pesakit, termasuk bagi tujuan pertanyaan, tempahan temujanji, dan sokongan pelanggan.

Sehubungan itu, kami komited untuk mematuhi polisi WhatsApp Business Platform dan garis panduan Meta, termasuk:

  • Data yang diperoleh melalui WhatsApp hanya digunakan untuk tujuan komunikasi antara Klinik Tuah dan pesakit sahaja
  • Kami tidak akan menggunakan, menyimpan, atau memproses data WhatsApp untuk tujuan selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan perkhidmatan klinik
  • Kami tidak akan menjual, menyewa, atau berkongsi data WhatsApp kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran atau komersial
  • Sebarang maklumat yang diterima melalui WhatsApp hanya akan disimpan jika perlu bagi tujuan rekod perkhidmatan atau pematuhan undang-undang
  • Kami memastikan semua penggunaan data adalah selaras dengan WhatsApp Business Terms of Service dan Meta Business Policy. 

 

Dengan berkomunikasi melalui WhatsApp dengan Klinik Tuah, anda bersetuju bahawa maklumat yang dikongsi akan digunakan selaras dengan polisi ini.


11. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat permintaan berhubung data peribadi anda, sila hubungi:

📧 Emel: [email protected]
📞 Telefon: +60103542258

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami