“Menangis Ibu Saya, Doktor” , Sebuah Kisah Benar
Seorang wanita lingkungan 30-an memberi salam dihadapan klinik kami, kelihatan beliau gigih menolak kerusi roda yang diduduki ibunya . Walaupun garis-garis di sisi matanya menceritakan kesakitan yang ditanggung si ibu, namun ibunya tetap tersenyum manis melihat kami.
Apabila ditanya doktor tujuan bertandang ke klinik, Sang Ibu yang berumur 65 tahun itu menceritakan
” Dah bertahun menderita sakit lutut ni, doktor. Guna kerusi roda pun dah dekat 1 tahun dah. pergi jumpa doktor pun kasi ubat supplement je. tak jalan. Pernah pergi masuk gel dan teropong lutut , makin teruk sakitnya pulak. Makcik tak tahu la doktor, macam-macam ikhtiar , berpuluh ribu dah habis tapi tetap tak baik. “
– kata si Ibu membahasakan dirinya makcik dengan nada sugul dan sayu
Tanpa membuang masa, doktor minta ke kebilik pemeriksaan untuk di periksa, Dengan menggunakan mesin ultrasound dan filem X-ray , doktor menjumpai sebab sebenar kesakitan lutut berpanjangan si ibu.
Lutut si Ibu dah dipenuhi air radang atau dikenali sebagai knee effusion. Ia terjadi kerana lutut si Ibu mengalami penyakit osteoarthritis
Syukur, rawatan buang air radang / knee effusion berjalan dengan lancar. Memang banyak air radang yang berjaya dikeluarkan. Patutlah si ibu merana sakit lutut sehingga tidak boleh jalan
Seminggu kemudian , sudah suratan kami bertemu semula si anak di klinik . kami bertanya keadaan lutut ibu
Si anak lantas menjawab
” Menangis Ibu Saya, Doktor . Dia call saya menangis teresak. Dia kata sakit bertahun hilang dah. Ibu saya pun dah boleh jalan biasa tanpa bantuan kerusi roda/ tongkat dah doktor”
Kami dah jumpa ramai orang yang berjaya dirawat sakit lututnya bersama kami, rata-rata mereka ungkapkan perkataan gembira tapi jarang kami mendengar pesakit kami menangis kerana kesakitannya hilang :D
Alhamdulillah , seronoknya kami mendengar khabar si ibu yang sudah sembuh
Malam itu, kami semua balik dari klinik dengan hati yang girang. InsyaAllah , esok hari ramai lagi pesakit yang kami akan berikan terbaik agar dapat hilangkan kesakitan kronik mereka.
_________________________________________
Kisah diatas tidaklah sama sekali direka , Ia benar-benar berlaku terhadap pesakit kami. Syukur , telah banyak kisah seperti ini kami lalui. Bukan sahaja si ibu seorang dapat atasi masalah sakit lutut , malahan ratusan pesakit kami telah berjaya menghilangkan derita sakit lutut kronik bersama kami. Alhamdulillah
Sesungguhnya , bukan kami yang menyembuhkan penyakit. Semuanya kerja sang Tuhan pencipta alam. kami hanya hamba yang nekad akan memberikan rawatan yang terbaik untuk semua pesakit kami yang kami sayangi. InshaAllah
Tak Semestinya Semua Sakit Lutut Perlu Masuk Gel
Banyak sebab dan punca kita sakit lutut. malangnya ramai pesakit lutut ditawarkan suntikan gel lutut walaupun sebenarnya ia bukanlah merupakan rawatan yang terbaik bagi penyakit mereka. Ya, memang gel lutut antara rawatan yang sangat baik dan berkesan tetapi bukan dalam semua kes .
Antara punca sakit lutut adalah
Osteoarthritis
Ligament & Tendon Injury
Sport Injury ( ACL /PCL , meniscus injury)
Bursitis / Pes Anserine Bursitis
Rheumathoid Arthritis
Klinik Tuah di Tv9
Temubual TV9- Nasi Lemak Kopi O bersama Klinik Tuah Tentang Sakit Lutut : Datang Bertongkat Pulang Bergaya.
Kaedah Rawatan Yang Pelbagai Seiring Penemuan Teknologi Perubatan Terkini
Tahukah anda , setiap kesakitan lutut berbeza kaedah rawatan nya .
Jenis rawatan lutut ini bergantung kepada jenis kerosakan lutut , bahagian , tahap sakit lutut , umur pesakit, dan status kesihatan pesakit.
Kami akan memeriksa , men “scan”/ imbas dengan ultrasound dan memberikan cadangan rawatan yang terbaik untuk anda
Apakah Itu Osteoarthritis? Penyebab Lutut Sakit Di Usia Tua
Osteoarthritis adalah salah satu penyakit lutut akibat faktor usia . Ia adalah penyakit ” wear & tear” . Dalam penyakit Osteoarthritis , terdapat beberapa komponen lutut yang rosak termasuklah cecair gel lutut yang dah haus, ruang antara sendiri berkurangan, tumbuhnya “osteophyte” dan hancurnya cartilarge didalam lutut.
Penyakit Lutut Osteoarthritis ini adalah sakit lutut paling biasa berlaku.
Osteoarthritis terbahagi kepada 4 tahap
Tahap 1 : kecederaan lutut yang minimal, terdapat 10% kerosakan pada cartilage
Tahap 2 ; Jarak antara sendi merapat, kehancuran cartilage bermula, tumbuhnya osteophyte ( tulang baru)
Tahap 3 : Jarak sendi makin merapat, cartilage makin merosak hingga ke tulang
Tahap 4 : Terlalu sempit jarak sempit, 60% cartilage dah musnah. Osteophyte yang besar.
Rawatan Sakit Lutut Osteoarthritis
Rawatan Osteoarthritis ini bergantung pada beberapa faktor antaranya ialah
- Tahap Kecederaan Osteoarthritis
- Ketebalan Cartilage Lutut
- Usia Pesakit
- Berapa Tahun Sakit lutut terjadi
- Sejarah Trauma pada lutut
- Penyakit lain yang berkenaan
Kebanyakan pesakit diberi ubat tahan sakit – ubat ini bukanlah rawatan sebenar yang baik untuk lutut anda . banyak kesan sampingan jika diambil dalam tempoh yang lama
Secara Am nya rawatan untuk osteoarthritis ini terbahagi kepada 3 Modul
- Rawatan Suntikan Lutut – Terdapat pelbagai jenis suntikan untuk sakit lutut, Salah satunya adalah suntikan tambah gel lutut yang haus ,hyaluronic viscosupplement dan lain- lain.
- Suplemen -pelbagai supplement yang terdapat di pasaran untuk membantu dalam penyembuhan . Suplemen juga dapat membantu dalam pencegahan sakit lutut
- Fisioterapi – dapat membantu memulihkan “range of motion” lutut dan menguatkan otot di sekitar lutut
Mengapakah Ramai Orang Memilih Membuat Rawatan Bersama Kami
Melalui data kami, kadar keberjayaan sesuatu rawatan melebihi 92%
Pemeriksaan Menggunakan Ultrasound , bukan sahaja boleh tengok tulang malah kerosakan meniscus, kartilej , tulang rawan dan tisu lembut lain.
Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut
Tidak Sakit – Teknik kami berlainan dari kebanyakan , kami menggunakan ubat bius sebelum suntikan lutut, jadi isu sakit ketika suntik tak pernah timbul.
Satu- satunya pusat sakit lutut yang mempunyai lebih 7 jenis rawatan mengikut kesesuaian umur, tahap kehancuran lutut dan kos .
Rawatan akan dibantu oleh Mesin/ teknologi yang canggih seperti Ultrasound , Soft laser therapy dan lain-lain
Harga yang berpatutan, sesuai untuk golongan marhaen dan rakyat kebanyakan
Rawatan melalui kajian terbaru/medical breakthrough
Feedback / Testimoni yang sangat hebat dari pesakit kami ( 9.5/10 dari pesakit memberi respon sangat positif)
Misi Lebih Ramai Hidup Bebas Kesakitan
4517
91
7
Soalan Lazim
Suntikan lutut sakit tak?
Ini merupakan soalan paling popular. Suntikan lutut TIDAK sakit bersama kami kerana kami menggunakan teknik Bius Setempat dahulu sebelum suntik. Sebelum memulakan suntikan kami akan spray ubat pelali dahulu, kemudian memberi bius setempat pada bahagian lutut. Selepas diberi bius setempat, deria sakit sudah hilang dan baru lah kami akan masukkan ubat/ gel ke dalam lutut.
Hampir Semua pesakit kami mengatakan proses rawatan suntikan lutut tidak sakit. Walaubagaimanapun, disesetengah tempat lain , mereka menggunakan teknik ” One Touch”.Teknik ini tiada bius yang diberi , maka akan menyebabkan kesakitan ketika rawatan.
Apakah Rawatan yang Sesuai Untuk Saya?
Terpulang pada pesakit.
Setiap orang rawatan nya berbeza, bergantung pada banyak faktor
Boleh jumpa doktor kami dahulu untuk diperiksa dan berbincang tentang rawatan
Kos ?
Terpulang pada jenis rawatan
Anggaran : RM400- Rm 2000
Jika anda hendak periksa jenis penyakit lutut dan tahapnya dahulu tanpa rawatan pun tiada masalah, doktor kami akan memberi pilihan rawatan yang sesuai untuk anda untuk anda fikir masak-masak dan mengkaji penyakit anda terlebih dahulu
Kenapa murah berbanding tempat lain?
Kami tidak bersaing harga.
Bagi kami kesembuhan pesakit lagi diutamakan :D
Doktor hospital suruh saya operate tukar lutut dah ? Boleh selamatkan lagi tak?
Bukan sedikit kes seperti ini datang kepada kami. Syukur, Ramai yang berjaya dirawat sehingga tak perlu menjalani pembedahan . Jika mahu tahu lebih lanjut boleh buat appointment dengan doktor kami.
Namun harus diingat, dalam beberapa kes tertentu yang lututnya terlalu rosak teruk akibat degeneration ( osteoarthritis stage 4) , rawatan tak juga berkesan , harus diteruskan dengan pembedahan.
Bagaimana jika saya makan supplement? Boleh Sembuh?
Kebanyakan Supplement adalah sebagai “supportive ” rawatan lutut . Ia jarang menjadi rawatan utama untuk rawatan sakit lutut. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan lutut anda dahulu.
Dalam kes osteoarthritis tahap 1 , rawatan Suplemen lutut sahaja tanpa suntikan mungkin punyai kesan yang positif tetapi dalam tahap 3-4 , rawatan suplement sahaja kebanyakan tidak berkesan tanpa mengambil suntikan lutut
Proses Rawatan Lutut Di Klinik Tuah
Harga Rakyat Dari Rakyat
Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti serta produk yang premium dan bertaraf dunia , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.
Pengimbasan Ultrasound
Konsultasi & Pemeriksaan
RM 80
̶R̶M̶ ̶1̶5̶0̶
Pengimbasan Teliti Ultrasound untuk kedua-dua lutut. Bersama konsultasi dan pemeriksaan fizikal oleh Doktor
Knee Aspiration/
Buang Air Radang Lutut
RM 200-450
Jika ada air radang dalam lutut ( knee Effusion) , Ia hendaklah dibuang untuk mengurangkan keradangan dan mempercepat proses sembuhan
Suntikan Tambah Gel Lutut
Double-crossed-Linked Hyaluronic Acid
( Highest-end Quality of Hyaluronic Acid)
1600
̶R̶M̶ ̶2̶3̶0̶0̶
Kualiti Gel Lutut sangat main peranan dalam keberkesanan & durasi gel bertahan. Gel lutut di Klinik Tuah menggunakan double-crosslinked 10-juta Dalton HA , kepekatan & kualiti yang paling tinggi di pasaran dunia hari ini. Harga kami agak rendah berbanding hospital dan pusat perubatan lain kerana kami sasarkan lebih pada kuantiti pesakit dalam masa sama mengekalkan harga mampu milik pada semua orang
Untuk senarai harga yang penuh, boleh Whatsapp / Call nombor dibawah atau tekan link ini : Senarai Rawatan Lutut Klinik Tuah.pdf
Hilangkan Masalah Sakit Lutut Kronik Anda Bersama Kami Sebelum Terlambat
Mari bersama kami menghilangkan sakit lutut kronik anda.
Janji Kami untuk merawat lutut dengan memberikan rawatan terbaik bergantung pada setiap individu dengan kos yang berpatutan dan marhaen.
Kami mengerti keperitan sakit lutut dan kesusahan mahu bergerak dan berjalan .
Kami juga tahu ketakutan / kerisauan apabila ada doktor yang dah suruh operate tukar lutut.
Temui kami untuk merasai sendiri kelainan dalam kepelbagaian pilihan rawatan kami.
Ramai dah buang tongkat mereka,
Mungkin kali ini giliran Anda/ Ibubapa anda pula .. InshaAllah
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “TEMUJANJI ONLINE” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.
*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah
CAWANGAN KLINIK TUAH
Waktu Operasi Untuk Semua Cawangan
Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu
9am-9pm