Teknik Sunat Plastibell vs Laser , Inilah seringkali menjadi persoalan kepada ibubapa untuk khatan kan bayi mereka Sunat atau khatan bayi tidak sama seperti khatan anak kecil mahupun dewasa. Terdapat banyak faktor untuk kita tentukan khatan bayi mana yang sesuai
Table of Contents
SUNAT PLASTIBELL VS LASER : MANA NAK PILIH?
SUNAT PLASTIBELL
Secara amnya, Plastibell merupakan teknik sunat yang menggunakan konsep sama seperti tali pusat bayi yang dikepit dan akan tercabut sendiri dalam beberapa hari. Satu gegelung plastik berbentuk “Bell” akan diletakkan didalam kulup kemaluan bayi dan satu benang/tali akan diikat pada plastik tersebut.
Proses ini akan menyebabkan salur darah dan tisu yang diikat akan secara semulajadi dan perlahan luruh hingga seluruh plastik dan lebihan kulit tercabut.
Hasilnya. apabila plastik dan kulit lebihan tercabut, luka akan terus kering!! dan hampir sembuh sepenuhnya seawal 3 hari.
Ramai yang memilih teknik ini untuk khatan ketika bayi kerana faktor dibawah
kelebihan Sunat Plastibell
- Lebih Cepat Sembuh
- Lebih Senang Jaga
- Kurang Komplikasi
- Lebih Selamat- Risiko kecederaan pada kepala zakar hampiri 0%
- Lebih cantik
Maka tidak hairan lah sunat plastibell lebih digemari oleh kebanyakan ibu bapa yang berhajat untuk khatankan anak mereka
namun begitu terdapat juga kelemahan Sunat Plastibell
Kelemahan Sunat Plastibell
- Proses Yang Kompleks – Tidak banyak doktor yang mahir dalam khatan secara plastibell kerana plastibell memerlukan doktor yang berpengelaman dan berkebolehan tinggi untuk melakukannya.
- Risiko Plastibell tercabut awal sebelum waktunya- Walaupun jarang berlaku kerana tali akan diikat ketat pada plastibell namun jika berlaku hendaklah berjumpa dengan doktor .
Baca Lebih lanjut tentang teknik-teknik khatan moden yang lain (dewasa, kanak-kanak, bayi)
SUNAT LASER
Ramai yang salah anggap , Laser yang digunakan untuk khatan adalah seperti “lightsaber” dalam cerita “starwars” . Laser yang dimaksudkan ini tidak mengeluarkan bunyi ” piuu .. piuuu” dan tidak bercahaya kuning mahupun hijau. Laser tersebut adalah diathermy atau cauthery , ia digunakan untuk memotong kemaluan dengan cara ” membakar” agar kulit dapat dipotong cantik dalam masa yang sama mematikan saluran darah di zakar .
Cara ini lebih konvensional . Dimulakan dengan bius dan menandakan bahagian hendak dipotong. Clamp akan digunakan untuk menyepit kulit lebihan , lalu dipotong melalui ” laser” dan kemudian luka dijahit
Kelebihan Sunat Laser
- Lebih Simple / Ringkas berbanding Plastibell
- Lebih murah/ kos efektif
- Cara konvensional
- Jika terdapat komplikasi, lebih senang untuk dirawat
- Prosedur yang lebih cepat
Kelemahan Sunat Laser
- Mempunyai benang jahitan yang kurang selesa pada bayi
- Sedikit lambat baik berbanding plastibell
- Risiko komplikasi sedikit lebih tinggi
Kesimpulan
Teknik | PLASTIBELL | LASER |
Kecantikan | Lebih Cantik | Biasa |
Kadar Kesembuhan | Pantas 3-10 Hari | 6-12 Hari |
Keselamatan | Sangat Selamat | Bergantung pada Doktor |
Jahitan | Tiada | Ada |
Penjagaan | Plastibell Tercabut Sendiri, Senang jaga | Benang luruh sendiri, akan ada sedikit air biasa selalunya |
Risiko Komplikasi | Sangat Rendah | Rendah |
Kepakaran Doktor yang membuat | Tinggi | Sederhana |
Harga | Mahal sedikit berbanding Laser | Sederhana ( bergantung pada hospital/klinik) |
Plastibell adalah teknik yang paling moden dan selamat untuk khatan bayi. Itu adalah pemerhatian dan pendapat peribadi kami. Ia merupakan teknik khatan yang membuatkan ibubapa senang menjaga selepas khatan disamping selamat dan cepat sembuh.
Namun harus dilakukan oleh orang yang berpengalaman untuk mengelakkan komplikasi dan sesalan di kemudian hari kerana teknik ini sedikit kompleks
Khatan Laser pula secara amnya adalah khatan yang sering dilakukan untuk budak-budak. Khatan laser juga sesuai untuk bayi. Namun jika dibandingkan dengan stapler ,Stapler lebih baik dari pelbagai aspek.
Walaupun begitu, khatan laser juga tidak kurang permintaannya memandangkan ia lebih kos efektif dan sesuai untuk ibubapa yang gemar memilih kaedah klasik / konvensional.
Akhir Kata
Kami di Klinik Tuah menyasarkan pengalaman yang amat menyenangkan bagi ibubapa untuk mengkhatankan bayi lelaki mereka.
Kami faham kegusaran dan kebimbangan ibubapa yang ingin mengkhatankan si comel mereka. Kesakitan, Doktor pengalaman, Komplikasi dan lain-lain selalu menjadi kebimbangan ibubapa.
Oleh disebabkan itu, Iltizam kami untuk memberikan bayi anda khatan yang lebih selesa dan selamat .
Ramai bayi-bayi comel dan macho telah berjaya di khatan kan di Klinik Tuah.
Jom daftar bayi anda berkhatan bersama kami.
Kerna Setiap Bayi Lelaki Berhak di Khatankan dengan Selesa dan Selamat. :)
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.