YA! Dengan Kami, Anda Boleh Bersunat Hari Ini, Masuk Kerja Terus Esok


Kami faham bro…paling tak best bila mula rasa tak selesa bawah sana.
Tapi jangan risau bro, kau tak bersendirian dalam hal ni.
Ramai lelaki kat luar sana alami benda yang sama : iritasi, jangkitan, atau rasa kurang yakin dengan diri sendiri.
Tapi bila sebut pasal sunat dewasa, terus jantung rasa berdebar dan takut, kan?
Jangan panik!
Dengan kaedah sunat moden sekarang, dah tak ada lagi rasa sakit macam cara tradisional.
Malah, tak perlu jahit, dan yang paling best , boleh terus masuk kerja dalam masa 24 jam lepas sunat!
Tuah & Anda


































Pernah fikir sunat tu cuma sebab agama?
Sebenarnya, 98% lelaki dewasa yang datang ke Klinik Tuah buat sunat untuk kesihatan, atasi phimosis, tingkatkan kebersihan dan keyakinan diri.
Ramai lelaki alami rasa tak selesa, iritasi pada kemaluan, kulit tak boleh ditarik sepenuhnya, atau sekadar nak rasa segak dan yakin, sama ada di tempat kerja, ketika di gym, atau ketika bersama pasangan.
Sebenarnya, sunat zaman sekarang dah jauh berbeza daripada dulu.
Dengan kaedah moden seperti sunat stapler, prosedur ni:
- Tanpa rasa sakit (serius, hampir tak rasa apa-apa)
- Tanpa jahitan
- Hasil lebih kemas & estetik
- Pemulihan pantas, anda boleh kembali bekerja dalam masa 24 jam


Mitos & Fakta Sunat / Khatan
"Sunat boleh mengurangkan nikmat atau sensitiviti semasa berhubungan intim."
Beberapa kajian menunjukkan tiada kesan negatif pada fungsi seksual selepas bersunat. Malah, sesetengah lelaki melaporkan peningkatan keyakinan diri dan kepuasan selepas prosedur tersebut.(; Tian Y et al., J Sex Med, 2013 — Systematic Review )
"Sunat hanya dilakukan untuk menunaikan tuntutan agama."
Berdasarkan kajian tahun 2022, punca utama lelaki dewasa menjalani sunat ialah phimosis (52.5%), diikuti oleh sunat rutin atau keagamaan (28.7%), serta masalah balanitis dan balanoposthitis. (Reference; Nabavizadeh, Behnam et al )
“Sunat menyebabkan zakar makin panjang atau besar.”
Prosedur sunat tidak menjejaskan panjang atau saiz zakar. Ia hanya membuang kulit hadapan (foreskin) dan tidak melibatkan tisu erektil yang menentukan saiz sebenar. Sesetengah lelaki mungkin nampak zakar mereka kelihatan lebih besar selepas sunat, tapi itu kerana kepala zakar (glans) kini terbuka sepenuhnya. (Korean Journal of Urology, 2005)
Sunat Hari ini, Masuk Kerja Esok
Kebanyakan lelaki masih ragu-ragu untuk bersunat sebab takut sakit dan risau proses pemulihan lama, menjejaskan komitmen dan rutin harian yang perlu dilakukan.
Di Klinik Tuah, kami faham perasaan tu.
Sebab tu, kaedah sunat moden kami direka khas untuk mengurangkan rasa tidak selesa dan membantu proses pemulihan lebih cepat, supaya setiap lelaki boleh kembali bekerja dan teruskan rutin harian tanpa gangguan dan kerisauan.
Sunat Stapler
Tolak tepi cara lama!
Dengan sunat stapler, tiada lagi jahitan, kurang pendarahan dan lebih cepat sembuh. Ramai lelaki yang bersunat stapler masuk kerja dalam masa 24-48 jam saja!
Bukan sekadar bersunat, tapi pembedahan menggunakan teknologi moden, dengan rekaan khas menyasarkan ketepatan, keselesaan, kepantasan dan keyakinan anda.
Sunat Laser
Kaedah laser menggunakan teknologi diathermy yang sangat tepat untuk kurangkan pendarahan dan risiko jangkitan.
Kaedah laser masih menjadi antara pilihan paling menjimatkan (mesra poket) untuk prosedur sunat dewasa.
Kaedah Sunat Dewasa
Sunat Laser


Cepat Sembuh
Tempoh penyembuhan jauh lebih singkat berbanding kaedah lain. Sesetengah pesakit boleh kembali bekerja seawal 24 jam selepas prosedur! Penyembuhan sepenuhnya biasanya mengambil masa sekitar 2 minggu, berbanding kaedah lain yang boleh mengambil masa sehingga 2 bulan.
Hasil Aestetik & Menawan
Perbezaan ketara dengan kaedah stapler: potongannya lebih sekata dan kemas, hasil akhir nampak bersih dan estetik. Puas hati tengok!
Efisien dan Tidak Menyakitkan
Prosedur ini mengambil masa yang lebih singkat, dan kajian menunjukkan tahap kesakitan semasa pemulihan jauh lebih rendah berbanding kaedah lain.
Tanpa Jahitan, Tanpa Pendarahan
Tiada jaitan langsung. Kulit yang dipotong akan terus ditutup dengan stapler khas yang akan gugur dalam masa 8-14 hari. Kaedah stapler merendahkan risiko pendarahan semasa prosedur dan tempoh pemulihan.
Sunat Laser


Harga Berpatutan
Kaedah laser lebih menjimatkan berbanding sunat moden yang lain
Kaedah Konvensional
Kaedah ini dianggap sebagai salah satu cara tradisional untuk berkhatan, di mana kulit hadapan akan dijepit, kemudian dipotong menggunakan kaedah bipolar coagulation, dan seterusnya dijahit untuk menutup luka.
Kadar Komplikasi Lebih Tinggi tapi Senang untuk Dirawat
Antara komplikasi yang sering berlaku ialah pendarahan dan jangkitan, dan mudah dirawat jika menggunakan sunat laser
Benang / Gam Larut Sendiri
Luka akan ditutup menggunakan jahitan yang boleh serap sendiri, dan biasanya akan tanggal sendiri dalam masa 2 minggu. Gam khusus juga boleh digunakan untuk menutup luka sebagai alternatif kepada jahitan.
Mengapa Kami?
Pusat Sunat Pilihan Utama
Kami bangga menjadi salah satu pusat sunat pilihan utama rakyat Malaysia untuk dewasa & kanak-kanak, serta pusat rujukan untuk kes-kes kompleks dan komplikasi.
Pusat Sunat Stapler Bertauliah
Klinik Tuah telah diikitaf sebagai pusat sunat stapler yang bertauliah.
Doktor Bedah
Doktor kami bukan sahaja berpengalaman melakukan beribu-ribu prosedur sunat setiap tahun, tetapi juga pakar dalam mengendalikan kes-kes kompleks dan komplikasi.
Pendekatan Berpusatkan Pesakit
Kami faham, sunat dewasa boleh membuatkan anda rasa tertekan. Jangan risau, kami akan sentiasa berada di samping anda, membimbing dan menyokong anda sehingga sembuh sepenuhnya.
Setiap Lelaki Berhak Mendapat Pengalaman Sunat Yang Selesa & Tanpa Sakit
Seperti Dilihat Di


















Kenali Barisan Doktor Anda


Dr Hareez Noorman
Doktor
Dilahirkan di Kuala Lumpur, Dr. Hareez mempunyai pengalaman luas dalam melakukan prosedur sunat dan pembetulan sunat bagi semua peringkat umur, daripada bayi baru lahir hingga warga emas. Beliau percaya sunat perlu dilakukan dengan pertimbangan estetik seperti pembedahan kosmetik dan bertujuan untuk meningkatkan penampilan seorang lelaki. Beliau pernah menjadi Pengarah “Program Teknik Sunat” di Hospital Ampang dari 2017 hingga 2019, di mana beliau membimbing ratusan doktor muda dan pembantu perubatan untuk menguasai teknik sunat yang betul. Dr. Hareez masih aktif menganjurkan dan menyertai Program Sunathon (sunat kanak-kanak secara besar-besaran) setiap tahun, terutama semasa cuti sekolah. Beliau terkenal bukan sahaja kerana melakukan sunat bagi semua peringkat umur, tetapi juga sebagai rujukan utama untuk sebarang komplikasi dan pembetulan sunat dari klinik-klinik seluruh Lembah Klang.


Dr Hisyam
Doktor
Dr. Hisyam amat dihormati dalam kalangan rakan sejawatnya bukan sahaja kerana kepantasan dan kemahirannya melakukan prosedur sunat dewasa, tetapi juga kerana kepakarannya dalam pembetulan sunat dan pengurusan komplikasi. Beliau berkhidmat dalam pelbagai bidang perubatan dari 2019 hingga 2020. Dr. Hisyam memperolehi ijazah MD daripada USM Kubang Kerian. Kerjayanya termasuk berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Afzan sebagai Pegawai Perubatan, serta di Klinik Kesihatan Teluk Renjuna sebagai Pegawai Perubatan Bertanggungjawab (MOIC). Sepanjang kerjayanya, Dr. Hisyam aktif menganjurkan dan menyertai pelbagai program kesihatan, termasuk program sunat komuniti (Sunathon), terutamanya di kawasan Lembah Klang.


Dr Ali
Doktor
Kerjaya Dr. Ali dalam bidang perubatan diwarnai oleh pelbagai peranan penting dan pencapaian. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, di mana beliau memperoleh pengalaman berharga dalam pembedahan kecil dan besar. Tanggungjawabnya kemudiannya berkembang di Hospital Tanjung Karang dan seterusnya di Hospital Shah Alam, di mana beliau mempertingkatkan kemahirannya dalam melakukan dan membantu pelbagai prosedur pembedahan. Dr. Ali memperoleh ijazah MBBS daripada UiTM pada 2017 dan aktif menyertai bengkel khusus, termasuk kursus Basic Surgical Skills di HRPB pada 2020 serta Comprehensive Circumcision Course. Dikenali kerana hasil sunat yang tepat dan estetik, Dr. Ali amat dihormati atas kepakarannya dalam sunat dewasa.


Dr Zarifullah
Doktor
Berkhidmat di Kuantan, Pahang, Dr Zarifullah mempunyai pengalaman luas dalam pembedahan. Beliau terkenal sebagai seorang “Perfectionist” yang obses dengan memastikan setiap pembedahan mencapai hasil yang sempurna. Menurut beliau, setiap prosedur tidak dianggap berkesan jika hasilnya tidak estetik dan kemas. Dr. Zariffullah pernah berkhidmat di Hospital Kemaman, di mana beliau telah melakukan pelbagai pembedahan besar dan kecil, sebelum menceburi sektor swasta bagi menyediakan rawatan berkualiti tinggi, terutamanya untuk prosedur pembedahan seperti sunat. Setiap tahun, Dr. Zariffullah turut serta dalam program Sunathon (sunat komuniti secara besar-besaran). Beliau sinonim dengan kepantasan dan ketepatan dalam setiap prosedur sunat, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mementingkan hasil sunat berkualiti.


Dr Farhan
Doktor
Dilahirkan dan dibesarkan di Besut, Terengganu, Dr. Farhan mempunyai gaya tersendiri dalam menangani pembedahan kecil dan besar. Dikenali dalam kalangan rakan sejawat kerana penekanan beliau pada ketepatan dan kemas pembedahan, Dr. Farhan telah melakukan pelbagai prosedur — daripada pembedahan kecil seperti pembuangan lipoma dan sista, eksisi ganglion cyst, pembuangan carbuncle, hinggalah pembedahan besar seperti fiksasi dalaman dan luaran bagi patah tulang — sepanjang perkhidmatan beliau di Hospital Kemaman, Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Dr Akram
Doktor
Dr. Akram telah melakukan BERIBU-RIBU prosedur sunat bagi pesakit dari semua peringkat umur, menjadikannya terkenal sebagai seorang “tok mudim” yang mahir. Beliau memperoleh ijazah Doctor of Medicine (MD) daripada UiTM dan pernah berkhidmat di Hospital Putrajaya sebelum membuka kliniknya sendiri bagi memberikan rawatan yang lebih fokus dan berkualiti tinggi kepada pesakit. Selain itu, beliau turut aktif menyertai program SUNATHON tahunan dan terkenal dengan kemahirannya dalam prosedur sunat. Setiap pesakit yang mendapatkan rawatan sunat daripada Dr. Akram sangat suka akan perhatian beliau, senyuman mesra, sifat peramah, dan pendekatan yang mudah didekati.


Dr Amirul
Doktor
Pengalaman yang bukan calang-calang! Dr. Amirul adalah seorang profesional perubatan berpengalaman dengan latar belakang kukuh dalam sunat dewasa. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Bertanggungjawab (PIC) di Klinik Silabukan dan Klinik Zon 4 di Lahad Datu, serta Ketua Pasukan Pegawai Perubatan di Hospital Ampang. Dr. Amirul memperoleh ijazah MD dari UKRIDA Jakarta pada 2015. Beliau mempunyai lima tahun pengalaman dalam penjagaan perubatan am di Klinik Kesihatan Silabukan dan Lahad Datu sebelum membuka kliniknya sendiri untuk memberikan rawatan yang lebih peribadi, terutamanya dalam prosedur sunat dewasa yang memerlukan kemahiran tinggi. Beliau turut menyertai pelbagai program khusus seperti bengkel Basic Surgical Skills (2016), Kursus Sunat, Advanced Cardiovascular Life Support (2017), untuk menambah kepakarannya dalam melaksanakan prosedur sunat yang tepat dan berkesan. Dedikasi Dr. Amirul dalam memberikan rawatan berkualiti tinggi memastikan prosedur sunat dewasa yang dilakukannya selamat dan berkesan, dengan penekanan pada keselesaan pesakit dan proses pemulihan yang cepat.


Dr Sharil
Doktor
Dr. Sharil ialah graduan Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau pernah bertugas sebagai House Officer (HO) dan Medical Officer (MO) di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang, di mana beliau banyak terlibat dalam prosedur pembedahan kecil dan rawatan pesakit dewasa. Pada tahun 2022, beliau menerima Anugerah Pekerja Cemerlang atas dedikasi dan mutu kerja yang tinggi. Beliau kemudian berkhidmat di Poliklinik Nur Fatimah, Kota Tinggi (2023–2024) sebagai Doktor Residen sebelum menyertai Klinik Tuah. Kini, Dr. Sharil mengkhusus dalam sunat dewasa moden menggunakan teknik laser dan stapler. Dikenali sebagai doktor yang tenang, teliti dan mudah didekati, beliau memastikan setiap pesakit melalui prosedur dengan rasa yakin dan selesa dari awal hingga akhir.


Dr Nazirul
Doktor
Dr. Nazirul ialah graduan RCSI + UCD Malaysia Campus (RUMC) dengan pengalaman luas dalam bidang pembedahan kecil dan penjagaan luka. Beliau pernah berkhidmat di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah, termasuk sebagai Floating Medical Officer di Jabatan Ortopedik, di mana beliau banyak terlibat dalam prosedur yang memerlukan ketepatan dan teknik jahitan yang kemas, yang merupakan asas penting dalam sunat dewasa moden. Selain itu, beliau juga berpengalaman sebagai Locum Doctor di Klinik Primer Cherang dan Klinik Kota Masai, yang memperkukuh kemahirannya dalam pengurusan pesakit dan prosedur klinikal. Kini di Klinik Tuah, beliau memberi tumpuan penuh pada sunat dewasa moden menggunakan teknik laser dan stapler, yang menawarkan hasil lebih kemas dan masa pemulihan lebih cepat. Dikenali dengan gaya kerja yang tenang, fokus, dan teliti, Dr. Nazirul memastikan setiap pesakit melalui prosedur dengan yakin dan selesa.
Pengalaman Yang Selesa: Itu Matlamat Kami







Soalan Lazim (FAQ)
Adakah sunat dewasa sakit?
Dengan kaedah moden (Stapler, Laser, Smartklamp), prosedur dilakukan di bawah bius setempat, anda akan rasa hampir tiada rasa sakit semasa pembedahan. Kebanyakan pesakit hanya mengalami sedikit ketidakselesaan selepas itu, yang mudah dikawal dengan ubat penahan sakit.
Berapa lama masa untuk sembuh?
Kebanyakan lelaki boleh kembali ke kerja pejabat dalam masa 24–48 jam, terutamanya jika menggunakan kaedah stapler, dan melakukan aktiviti fizikal ringan kira-kira selepas 1–2 minggu, bergantung pada kaedah yang digunakan. Penyembuhan sepenuhnya mungkin mengambil masa 3–4 minggu.
Adakah sunat akan mengganggu kepuasan seksual saya/ pasangan?
Kajian menunjukkan sunat tidak memberi kesan negatif terhadap fungsi seksual, sensitiviti, atau kepuasan. Malah, ramai lelaki melaporkan peningkatan keyakinan diri dan berkurangnya rasa iritasi.
Ada komplikasi?
Seperti mana-mana prosedur perubatan, risiko tetap ada. Tapi dengan kaedah moden, komplikasi jarang berlaku. Doktor kami juga terlatih untuk mengendalikan kes semakan semula (revision) dan komplikasi sekiranya ia berlaku.
Komplikasi paling biasa selepas sunat ialah pendarahan dan jangkitan. Tapi jangan risau ! kalau ada sebarang masalah, doktor kami akan terus bantu dan rawat dengan segera. Hubungi atau mesej kami saja.
Bolehkah sunat membantu mengurangkan risiko jangkitan dan kulup ketat?
Ya. Sunat dewasa biasanya disarankan untuk lelaki yang sering mengalami masalah seperti balanitis berulang (jangkitan pada hujung zakar), phimosis (kulit kepala zakar ketat), atau masalah lain yang melibatkan kulit tersebut.
Sebenarnya, sunat ialah satu-satunya penyelesaian kekal untuk masalah kulit zakar ketat (phimosis).
Kenapa orang dewasa pilih untuk bersunat?
Kebanyakan pesakit dewasa kami memilih untuk berkhatan kerana masalah jangkitan berulang, isu kebersihan, kulit kulup yang ketat (phimosis), atau atas sebab keyakinan diri. Jarang-jarang kes disebabkan faktor agama.
Kaedah mana yang paling baik: Stapler atau Laser?
Secara jujurnya, kaedah terbaik untuk sunat dewasa ialah kaedah Stapler. Ia merupakan teknologi terkini dalam prosedur sunat. Hasilnya lebih kemas, tidak perlu jahitan, dan proses penyembuhan juga sangat cepat.
Untuk pengetahuan anda, 92% pesakit dewasa di Klinik Tuah memilih kaedah STAPLER kerana hasilnya lebih premium dan kemas.
Namun begitu, jika faktor kos menjadi pertimbangan, kaedah Laser tetap pilihan yang baik dan lebih menjimatkan.
Bila saya boleh melakukan hubungan seks selepas bersunat?
Disarankan tunggu antara 4–6 minggu sehingga luka betul-betul sembuh sebelum kembali melakukan hubungan intim.
Saya dah buat sunat di tempat lain, tapi saya tak puas hati dengan hasilnya. Boleh tak doktor buat pembetulan (revision)?
Ya, kami boleh lakukan prosedur pembetulan (revision) untuk sunat. Namun begitu, perlu difahami bahawa hasil akhir bagi prosedur kosmetik seperti ini tidak dapat dijamin sepenuhnya kerana proses penyembuhan luka berbeza bagi setiap individu.
Berdasarkan pengalaman kami, luka hasil daripada prosedur pembetulan biasanya meninggalkan parut yang lebih ketara sedikit berbanding prosedur pertama. Ini disebabkan oleh bekalan darah di bahagian luka yang mungkin berkurangan selepas pembedahan terdahulu.
Walau bagaimanapun, prosedur pembetulan tetap berbaloi untuk dilakukan, asalkan pesakit mempunyai jangkaan yang realistik terhadap hasilnya.
Adakah anda juga merawat pesakit bukan warganegara?
Ya, sudah tentu! Kami dengan senang hati menerima pesakit dari mana-mana negara.
Malah, kami telah melakukan banyak prosedur sunat untuk pesakit dari Singapura, Thailand, Kenya, Brunei, Jepun, China, Indonesia, Afrika, malah ada juga dari Amerika Syarikat.
Jangan segan untuk hubungi kami! Kami akan pastikan pengalaman anda di sini berjalan lancar, selesa, dan menyenangkan sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.
Bilakah saya boleh mula bersenam selepas bersunat?
Senaman ringan seperti berjalan ringan boleh dilakukan beberapa hari selepas bersunat. Namun, untuk aktiviti seperti gym, berlari atau bersukan, sebaiknya 2-3 minggu selepas bersunat untuk luka betul-betul sembuh.
BERITA BAIK!
Promosi Terhad Sehingga Harga Baharu Diperkenalkan!
Tempah slot anda sekarang pada harga semasa! Disebabkan peningkatan kos perubatan, harga sunat dewasa kami akan dinaikkan tidak lama lagi. Dapatkan slot anda hari ini dan nikmati harga terkini sebelum kenaikan harga!
Sunat Laser
-
Berpatutan
-
kaedah Konvensional
-
15-20 minit
-
Benang jahitan larut sendiri
Sunat Stapler
-
Teknologi Tercanggih
-
Sunat Hari Ini, Esok Terus Kerja
-
Hasil Aestetik
-
Cepat Sembuh & Tanpa jahitan
Pembetulan (Revision) Sunat
-
Bergantung pada Prosedur
-
Mencantikkan Semula Hasil Sunat Terdahulu
-
Membaiki Hasil Sunat Yang Lama
-
30-40 Minit
Untuk Lelaki Yang Mementingkan Kegemilangan
Rasai Pengalaman Sunat Yang Selesa & Tanpa Rasa Sakit Dengan Kami
Kami faham, sunat dewasa adalah keputusan besar dan sangat peribadi bagi setiap lelaki. Sebab itu kami komited untuk menjadikan pengalaman anda sebaik mungkin dengan prosedur yang selesa, tanpa rasa sakit dan pemulihan yang cepat.
Untuk tempahan slot, klik butang “Tempah Slot Temujanji” atau isi borang di bawah.
Jika ada sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp atau panggilan telefon. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.
Cawangan Klinik Tuah
Klinik Tuah Cheras
KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur
✆ 01169392454
✉ kliniktuahcheras@gmail.com
Klinik Tuah Shah Alam
KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor
✆ 0143242974
✉ kliniktuahshahalam@gmail.com
Klinik Tuah Kuantan
KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang
✆ 0199087813
✉ kliniktuahkuantan@gmail.com
Klinik Tuah Johor Bahru
KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
No 38, (Ground Floor), Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Johor
☎ 01139142280
✉ kliniktuahjohorbahru@gmail.com
Klinik Tuah Bangi (Akan Dibuka)
KLINIK TUAH BANGI
No. G-43 & No. 1-43 (Ground Floor), Jalan 8/35 , Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor
☎
✉ kliniktuahbangi@gmail.com


Tempah Slot Temujanji Anda Sekarang


