Where Pain Meets Relief

Betul atau Salah?

Semua rawatan Sakit Lutut ni sekejap je effect dia. Takde yang dapat sembuhkan pun?

Kebanyakan ubat & rawatan sakit lutut yang anda lihat adalah sampah. Mengapa?

Mengapa Ada Rawatan Sakit Lutut Tidak Berkesan ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, Mari kita bercakap secara telus.
kami tak akan “push” rawatan yang tak perlu dan tak ada faedah bagi pesakit kami.
Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Jika kami memberi rawatan yang tidak perlu, bagi kami ia melanggar etika kedoktoran malah lebih teruk lagi boleh mendapat kemurkaan tuhan. Tidak berbaloi untuk hidup didunia yang sementara ini.

Adil?

Rawatan Sakit Lutut haruslah objektifnya MEMULIHKAN & MERAWAT

Bukan sedikit yang datang buat rawatan lutut bersama kami mengadu tidak bekesan dan mengarut.
Paling mengarut pernah kami jumpa adalah rawatan rendam air “khasiat”. Yang menariknya, rawatan ini bukan murah, ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Rawatan Sakit Lutut haruslah objektifnya MEMULIHKAN & MERAWAT

Bukan hanya memberi atau suntik ubat “ TAHAN SAKIT”
Ironinya, makin banyak anda membaca dan mendengar dari orang lain, makin anda keliru apa bezanya.
Anda perlu tahu secara terperinci apa yang perlu dibuat untuk hidup bebas sakit lutut.
Kalau tidak , anda akan terperangkap kitaran yang sama :

Telan& cucuk ubat tahan sakit dan tak lama lagi terus operate tukar lutut.! Game Over!

Dan Ya.. tak dinafikan.
Sesetengah tempat memang sengaja memberi “tahan sakit” sahaja tanpa menyembuhkan kerana mengharap pesakit datang semula.

Seperti anda, kami juga BENCI dengan rawatan sakit lutut yang tak efektif & menghabiskan duit ni

Malah ,asas penubuhan Klinik Tuah ini sendiri mahu melawan golongan kapitalis bertuhankan duit ini yang lebih gemar memikirkan keuntungan dari kesembuhan lutut pesakit.

Namun jika anda kekal membaca tulisan ini sehingga habis, anda akan dapat faham dengan SANGAT JELAS “ROADMAP” bagaimana perjalanan agar anda hidup gembira bebas dari sakit lutut.

Tetapi sebelum itu…

Izinkan kami mengingatkan mengapa anda mahu mendapatkan rawatan untuk lutut anda yang sakit

  • Anda mahu rasakan kembali nikmat solat sempurna tanpa duduk kerusi
  • Anda mahu kebebasan berjalan tanpa wheelchair dan tongkat atau mengesot
  • Anda takut kena bedah / operate lutut
  • Anda mahu melancong dengan selesa
  • Anda mahu kurang bergantung dengan supplemen lutut seperti glucosamine
  • Anda mahu kembali aktif seperti muda ; bersenam, jogging dan bersukan seperti dulu.

 

Jika tiada satu pun keinginan anda diatas ini, anda patut berhenti membaca penulisan ini !

Kerana tiada apa lagi yang akan kami sampaikan selepas ini dapat memberi manfaat pada anda.

“Perang Melawan Pereputan"

Kita sudah membincangkan apa yang kita nak capai,

Sekarang mari kita bercakap tentang apa yang harus kita lakukan untuk capai matlamat bebas sakit lutut ini.  

.

Kami gelarkan ia sebagai konsep 

“Perang Melawan Pereputan”

.

Untuk kembali sembuh lutut, anda harus faham dan terima. 

.

Lutut anda sekarang ini sudah ada struktur yang cedera samada lebam, terkoyak, terbelah dan lain-lain. Itu mengapa anda sudah rasa sakit dibahagian lutut. Ada orang cederanya banyak/ teruk. Ada orang sedikit sahaja. 

 

Mesti anda tertanya

Kenapa boleh ada cedera dalam lutut saya pulak? Saya tak aktif pun melompat-lompat”

 

Kecederaan dalam lutut bukan sahaja sebab kita melompat-lompat, Ia selalu berlaku tanpa kita sedar dalam aktiviti harian. 

 

Baik
Satu soalan untuk anda. 

 

Bilakah masa kita tidak menggunakan sendi lutut kita?

 

Jawapan yang paling tepat adalah ketika kita tidur sahaja. Selain waktu tidur, hampir setiap masa kita akan menggunakan sendi lutut kita. Malahan, Kita bangun pagi-pagi terus berdiri dan menggunakan lutut.  Waimah kita duduk di kerusi pun sebenarnya kita masih menggunakan sendi lutut kita walaupun secara minimal. 

 

Bayangkan setiap masa dua tulang antara lutut berlaga, bekerja tanpa henti. Ini menyebabkan kecederaan dan kehancuran pada tulang serta katilej dalam lutut .
seperti kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

 

Tapi tuhan menciptakan tubuh kita dengan sangat sempurna, setiap kali berlaku kerosakan ditubuh kita, badan akan hasilkan sel yang akan menggantikan serta memulihkan kembali. Dikatakan setiap 3 ke 5 hari, sel yang rosak ini akan dibaikpulih atau diganti dengan sel yang baru. Pendek kata, badan kita akan memulihkan tisu dan sel yang rosak secara semulajadi

 

Tapi persoalannya, “ Jika badan kita boleh pulihkan tisu kembali, kenapa kerosakan dalam lutut ini tak boleh sembuh sendiri pulak sampai sakit dibuatnya” 

 

Inilah yang digelar proses degenerasi atau penuaan . Apabila kita bertambah tua, sel pemulihan ini tidak sebanyak dan tidak seaktif ketika kita remaja. Tambahan jika seseorang itu ada penyakit metabolik seperti kencing manis, obesiti dan lain-lain, lagilah kurang sel pemulihan serta ibu sel yang bertanggungjawab untuk membaikpulih sel yang rosak dalam badan kita. 

 

Hasilnya, kerosakan yang berlaku akan terus berlaku, dan makin kita biarkan ia akan lebih hancur dan rosak sehingga satu masa akan terlalu teruk akibat tiada sel pemulih didalam badan kita lagi untuk membaiki kerosakan tersebut. 

Perasan tak?

Luka bayi lebih cepat sembuh berbanding orang tua.
Kulit bayi lebih tegang dari orang tua yang berkedut
Batuk selsema orang muda lagi cepat pulih dari orang tua.

Ini disebabkan banyaknya sel pemulih ini didalam badan bayi/ orang muda.

 

Begitulah SANGAT PENTING nya sel ini untuk memulihkan kerosakan didalam badan. 

Jika anda betul-betul faham tentang fungsi & kepentingan sel pemulih diatas. 

Anda pasti lebih faham

Kenapa kami tidak setuju dengan rawatan lutut yang bagi tahan sakit sahaja.

Ya.. suis kesakitan telah di “OFF” untuk sementara waktu. Tapi kerosakan masih berlaku setiap saat walau badan tidak dapat hantar signal sakit pada kita. 

Hasilnya jika dibiarkan melarat, kerosakan menjadi sangat teruk sehingga tidak dapat diselamatkan lagi. 

Bukan sedikit kes seperti ini , berlambak kami jumpa di Klinik Tuah. 

Alhamdulillah ada yang dapat dipulihkan walaupun stage yang tinggi. 

Namun ada juga yang terlalu lambat .

Sesungguhnya segala kesembuhan milik sang pencipta.

Berbalik pada konsep PERANG MELAWAN PEREPUTAN

Didalam PERANG MELAWAN PEREPUTAN INI mempunyai 3 Fasa

  1. FASA melindungi
  2. FASA membaja
  3. FASA membina semula

Perang Melawan Pereputan

Merawat sakit lutut haruslah objektifnya memulihkan & merawat punca sebenar.
Bukan hanya memberi atau suntik ubat “tahan sakit”.

Oleh itu,di Klinik Tuah, untuk mengembalikan kesihatan lutut akan melalui 3 Fasa penting. 

01

Fasa Melindungi

Untuk membina sesuatu semula, struktur masih ada harus dipertahankan dan dilindungi dari kehancuran mendatang

02

Fasa "Membaja"

Untuk memastikan proses pembinaan dan pemulihan yang sempurna, kondisi dalam lutut harus di optimumkan. Nutrisi & keperluan lutut harus mencukupi

03

Fasa "Membina Semula"

Sel pemulihan yang sebelum ini pupus dalam lutut digantikan dengan sel pemulihan baru. Sel ini mengalami proses replikasi & berganda dalam lutut untuk membina semula semua yang rosak.

Hasilnya, Kerosakan lutut dapat di” reverse” dan lutut dapat dipulihkan semula. 

Yeaaaaa!!

 

Namun, harus berpijak dibumi yang nyata, bukan semua dapat dibina semula, jika kerosakan itu terlampau teruk sehingga kartilej menghampir sifar- kadang kala cara terakhir adalah kena operate juga. 

 

Itu mengapa bagi kami

Berhenti dengan Rawatan Sakit Lutut yang mengarut yang tidak ada niat untuk pemulihan. 

Rawat dan pulih kembali lutut anda seawal yang mungkin

Sekarang anda telah nampak kan ROADMAP untuk bebas sakit lutut?

Dan kami percaya

Ini kali pertama anda mendengar pasal roadmap pulih sakit lutut ini kan? 

Tidak hairan lah mengapa ramai yang buat rawatan sakit lutut tapi masih mengeluh.

“ Saya dah cucuk lutut sampai 3 kali tapi masih tak rasa perubahan” 

Itulah penyebabnya

Sudah banyak kajian klinikal menunjukkan hasil yang menakjubkan seperti kajian dibawah ini.

Sekarang anda telah nampak kan ROADMAP untuk bebas sakit lutut?

Dan kami percaya

Ini kali pertama anda mendengar pasal roadmap pulih sakit lutut ini kan? 

Tidak hairan lah mengapa ramai yang buat rawatan sakit lutut tapi masih mengeluh.

“ Saya dah cucuk lutut sampai 3 kali tapi masih tak rasa perubahan” 

Itulah penyebabnya

Sudah banyak kajian klinikal menunjukkan hasil yang menakjubkan seperti kajian dibawah ini.

Rawatan pemulihan ini merupakan antara advance medical technology zaman ini. Digunakan ribuan pusat lutut & hospital diseluruh dunia. Dan telah banyak kajian dilakukan didalam mahupun diluar negara yang membuktikan keberkesanan rawatan ini. Itulah di Klinik Tuah kami sangat mementingkan merawat dan memulih, bukan cucuk gel/ubat tahan sakit sahaja seperti kebanyakan tempat lain. 

Harvard Reference : Jee C. (2021). Cell-based cartilage technology. Research Outreach, 127. Available at: https://researchoutreach.org/articles/cell-based-cartilagetechnology/

Baiklah,


Anda telah lihat sendiri apa yang membezakan rawatan sakit lutut untuk memulihkan berbanding rawatan untuk tahan sakit lutut.

 

Adakah anda rasa dengan membuat rawatan sakit lutut melalui Roadmap diatas ini memberi impak berbeza yang akhirnya boleh buatkan anda hidup bahagia bebas sakit lutut berbanding rawatan sakit lutut biasa kebanyakan ?

 

Semestinya YA , jawapannya bukan?

 

Jadi, Kami ingin menjemput anda untuk memulakan langkah pengembaraan memulihkan lutut anda kembali bersama kami di Klinik Tuah.

 

Anda akan rasai sendiri , apa yang dipanggil sebagai kelainan Rawatan Sakit Lutut yang fokus pada penyembuhan. 

.

Melihat sendiri kerosakan kartilej dan tisu didalam lutut secara LIVE melalui mesin ultrasound yang sangat telititi. 

Memahami dengan terperinci tentang lutut anda diterangkan oleh doktor kami di Klinik Tuah

 

Sangat penting untuk kami tekankan disini

Ini adalah rawatan pemulihan sakit lutut yang sebenar. Bukan tipikal rawatan sakit lutut generik yang banyak anda baca diluar sana.

diagnosis luitut sakit lutut di kuala lumpur

Setiap orang itu berlainan!

Jadi kami akan membantu anda untuk menyesuaikan plan pemulihan sakit lutut anda mengikut keadaan lutut serta faktor lain agar anda akan dapat manfaat yang terbaik dalam waktu yang cepat serta kos yang efektif.

 

Baik… Let we address the elephant in the room. 

.

Seperti anda, kami juga tidak suka dengan rawatan yang mencekik darah. Memerah setiap ringgit dari setiap pelanggan! 

.

Kami benci perkara tersebut. 

Oleh itu, di Klinik Tuah , kami tidak menjual “rawatan sakit lutut”. 

.

Tapi, Kami ajak anda bersama kami untuk bersama mengetahui keadaan lutut serta memulihkan kembali lutut anda .  Jika anda masih ragu dengan iltizam kami, kami menjemput anda untuk datang pemeriksaan menggunakan ultrasound untuk melihat sendiri kondisi lutut anda. Pemeriksaan Ultrasound & konsultasi cuma serendah RM 80 sahaja

 

Jika lepas anda dapatkan pemeriksaan &konsultasi , tapi anda rasa ini bukan terbaik untuk anda. Jangan risau. Kami tidak pernah memaksa dan kami juga benci paksaan. Malah inshaAllah kami doakan kesembuhan untuk semua pelanggan kami 🙂

 

Namun jika anda membuat keputusan bersama memulihkan lutut anda 

Dan akhirnya anda kembali hidup gembira bebas sakit lutut

jangan lupa belanja kami kopi ye 😉

 

Mari bersama kami, kita pulihkan kembali lutut anda sehingga terasa seperti anak muda.

Ayuh

 

Setiap pesakit itu berbeza. Pendekatan rawatan kami berpaksikan individu, berbeza dari satu pesakit ke pesakit yang lain dan bergantung pada kerosakan yang dapat dilihat dalam ultrasound/xray. Antara pilihan/ model rawatan adalah : 

  • Pemeriksaan Detailed Ultrasound

    Melihat ketebalan pelapik lutut, tisu lutut yang koyak, jumlah air radang, osteophyte

  • Suntikan Anti Radang

    Mengurangkan kadang keradangan dalam lutut

  • Suntikan Gel Lutut Hyaluronic Acid

    Tambah kusyen , padding dan pelincir dalam lutut dengan Gel Lutut double-cross linked HA , antara gel lutut paling "high-end' dipasaran

  • Rawatan Knee Aspiration

    Rawatan Buang air radang (knee effusion) dalam lutut

  • Suntikan Lutut Plasma Platelet

    Salah satu rawatan pemulih, menggunakan plasma sendiri

  • Suntikan Lutut Sel Perawat

    Sel pemulih untuk mengaktifkan penyembuhan didalam lutut

  • Supplemen & Ubatan Lutut

    Menambah kembali nutrient yang diperlukan untuk kesihatan lutut

  • Rawatan sclerotherapy

    Proses sklerosis dimulai untuk pengawalan kesakitan

  • Adjunct & Physiotherapy

    Rawatan sokongan yang lain

Mengapa Klinik Tuah?

Rawatan "Advance"

Rawatan efektif melalui kajian terbaru/medical breakthrough. Rawatan fokus untuk penyembuhan & memulih. Bukan pendekatan generik.

Teknologi Terbaru

Pemeriksaan menggunakan ultrasound , bukan sahaja boleh tengok tulang malah kerosakan meniscus, kartilej , tulang rawan dan tisu lembut lain

Doktor Orthopedik

Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut. Berdaftar dengan Malaysia Medical Association

Telus, Jujur & Tiada Paksaan

Kami tak akan paksa rawatan yang tiada faedah bagi pesakit kami. Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Jika kami memberi rawatan yang tidak perlu, bagi kami ia melanggar etika kedoktoran malah lebih teruk lagi tiada keberkatan.

Misi Lebih Ramai Hidup Bebas Kesakitan

Purata pesakit setahun yang sudah merasai kelainan rawatan kami
0
Peratus pelanggan yang mengesyorkan pada keluarga & kawan serta maklumbalas positif
0 %
satu-satunya pusat perubatan yang mempunyai Lebih 7 jenis rawatan sakit lutut yang terbukti efektif
0 +

Seperti Dilihat Dalam

Klinik Tuah di Tv9 & IKIM

Jemputan Temubual TV9- Nasi Lemak Kopi O bersama Klinik Tuah Tentang Sakit Lutut  : Datang Bertongkat Pulang Bergaya &

Jemputan Khas IKIM fm – Mitos dan Salah Faham Tentang Sakit Lutut 

Kenali Doktor Yang Akan Merawat Sakit Lutut Anda

Mereka Yang Dah Merasai Sendiri

Soalan Lazim ( FAQ)

  • Untuk pemeriksaan lutut dengan ultrasound (detail)
    harga
    : RM150  RM 80
  • Anggaran harga buang air radang ( knee effusion) dalam lutut 
    : RM 500
  • Anggaran harga Injection gel lutut Hyaluronic Acid Double-crosslinked ( Highest-end Quality of Hyaluronic Acid)
    : RM2500 RM1950- RM2100 
    *harga termasuk konsultasi, ultrasound guided procedure, tiada caj tersembunyi
  • Anggaran harga rawatan pemulihan sel untuk lutut( Membina Semula Lutut)
    : RM7500 RM 750- RM4500

Jika anda hendak periksa jenis penyakit lutut dan tahapnya dahulu tanpa rawatan pun tiada masalah, doktor kami akan memberi pilihan rawatan yang sesuai untuk anda untuk anda fikir masak-masak dan mengkaji penyakit anda terlebih dahulu

Kami di Klinik Tuah tidak akan menggunakan gel lutut generik/Low Molecular Weight HA kerana walaupun ia jauh murah tapi kesannya sangat lemah & teruk. 

Kami pernah menggunakan ia dahulu namun kesannya sangat sekejap dan rata-rata maklumbalas yang mengecewakan membuatkan kami menukarkan gel lutut kami kepada gel lutut HA antara paling High-End di pasaran. Dan hasilnya, kami mendapati lebih 90% menunjukkan kesan yang menakjubkan dan baik. Serta ketahanan yang sangat lama.

Di Klinik Tuah, kami mementingkan Kualiti daripada kuantiti .Oleh itu kami hanya menggunakan gel lutut  formula high-molecular-weight (HMW) dan cross-linked, yang telah terbukti memberikan keberkesanan dan ketahanan yang lebih baik dalam melegakan sakit lutut. Kajian menunjukkan bahawa HMW & cross-linked HA memberikan peningkatan simptom lebih tahan lama, berkesan hingga bertahun, berbanding formulasi low-molecular-weight (LMW) atau tidak cross-linked (J Clin Med. 2025 )

Gel lutut double cross-linked / HMW ini adalah international standard untuk gel lutut & juga digunakan di semua hospital dan pusat rawatan orthopedik/lutut terkemuka diseluruh dunia.

Bukanlah gel lutut murah Low Molecular Weigh HA 100% tidak berguna, tapi kesannya yang kurang & ketahanannya yang singkat membuatkan ia kurang sesuai digunakan untuk merawat lutut dengan betul

Berdasarkan meta-analisis dan sistematik review, keberkesanan umum HA (termasuk low-cost) hanyalah modest dan dalam beberapa kes tidak jauh berbeza daripada placebo atau kurang memberi kesan klinikal yang kuat. (Pereira TV et al., 2022)

Jadi, kenapa ada klinik guna gel murah?

Biasanya kerana kos yang rendah ,akses yang mudah dan dapat menarik perhatian ramai. Namun , dari segi kualiti rawatan jangka panjang, formulasi murah mungkin hanya memberikan kelegaan sekejap, dan memerlukan suntikan lebih kerap—menjadikan kos jangka panjang sebenarnya lebih tinggi dan keberkesanannya lebih rendah

Ramai orang risau suntikan lutut akan sakit, tapi jangan risau

Di sini prosedur kami langsung tidak menyakitkan. Sebelum mula, kami akan beri bius setempat (local anaesthesia) supaya kawasan lutut jadi kebas dan pesakit tidak rasa sakit.

Kalau zaman dulu, suntikan kedalam lutut dibuat tanpa bius dan tanpa panduan, sebab tu ramai pesakit rasa sakit dan kurang selesa.

Tapi di Klinik Tuah, kami gunakan teknologi ultrasound untuk pastikan jarum masuk dengan tepat pada sasaran. Hasilnya: lebih selesa, lebih cepat, dan tidak sakit.

Ramai pesakit terkejut bila selesai, sebab mereka kata
“Eh, dah siap ke? Tak rasa pun!”

Bukan sedikit kes seperti ini datang kepada kami. Syukur, Ramai yang berjaya dirawat sehingga tak perlu menjalani pembedahan . Jika mahu tahu lebih lanjut boleh buat appointment dengan doktor kami.

Namun harus di ingat, dalam beberapa kes tertentu yang lututnya terlalu rosak teruk akibat degeneration  (osteoarthritis stage 4) ataupun struktur lutut yang koyak rosak teruk, rawatan tak juga berkesan , harus diteruskan dengan pembedahan.

 

Disarankan buat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh Travel untuk memberi masa lutut “menyesuaikan diri” dengan rawatan.

Ini juga untuk memberi ruang masa jika berlaku reaksi radang setempat yang selalunya mengambil masa lebih kurang 1 minggu.

Bergantung pada jenis rawatan. 

Secara umum, untuk suntikan gel HA lutut , pesakit akan rasa kesan “kusyen” dan rasa lutut lebih ringgan sejurus selesai suntikan rawatan.

Kesan lutut lega dan sakit hilang akan dirasai selepas 1-3 hari selepas rawatan. Selalunya selepas seminggu, fungsi lutut makin baik,  sakit makin menghilang sehingga total. 

Namun, dalam lebih kurang 30% daripada kes, keradangan setempat akan berlaku sejurus suntikan. Ia perkara normal, ia merupakan cara badan “menerima” & “mensesuaikan diri” dengan gel lutut yang baru. Dalam kes ini , anda akan rasa sengal , sedikit tidak selesa dalam lutut. namun jangan risau ia akan hilang selepas 3hari ke 1 minggu. 

Untuk rawatan pemulihan sel lutut juga lebih kurang, cuma bezanya kesan lagi hebat akan dirasa selepas 1 bulan-2 bulan apabila kesan pemulihan/ pembinaan semula sudah maksimum. 

Boleh terus berjalan! Sejurus  buat rawatan pesakit boleh berjalan seperti biasa namun disarankan untuk tidak terlalu kasar dengan lutut untuk masa seminggu. 

ini untuk memastikan lutut tidak terlalu terbebas untuk tempoh penyembuhan yang optimum

Ada beberapa sebab

  1. Teknik suntikan Gel tak masuk dalam ruang sendi lutut
  2. Gel generik/ murahan
  3. Kerosakan terlalu teruk

Kami mempunyai banyak pengalaman pesakit datang kepada kami yang dah cucuk gel di tempat lain , tapi masih sakit.

Apabila di periksa, ada yang kami nampak ketulan lembut bawah kulit betul-betul didepan kepala lutut menandakan gel lutut tidak masuk ke ruang sendi dan ia “lari” ke bawah kulit. 

Bagi kami , ia sangat membazir dan zalim kerana gel lutut bukan sesuatu yang murah. Oleh itu, semua suntikan kami dilakukan dengan menggunakan pertolongan ultrasound (ultrasound-guided) dimana ketepatan untuk masuk kesendi melebihi 95%. 

Selain disebabkan teknik gel tak masuk ruang lutut, fakor gel kurang kualiti dan kerosakan terlalu teruk juga kerap berlaku. Untuk ini, kami ada solusi yang sangat efektif untuk anda. Boleh berjumpa kami , scan dulu kerosakan lutut dan doktor akan terangkan pilihan rawatan yang terbaij

Mudah sahaja – anda boleh buat temujanji melalui online atau hubungi kami terus. Doktor akan periksa keadaan lutut anda dan cadangkan rawatan paling sesuai.

Bersama Hidup Bebas Tanpa Sakit Lutut

Harga Rakyat Dari Rakyat

Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti serta produk yang premium dan bertaraf dunia , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.

Buang Air Radang /Effusion

RM 500
  • Hilangkan punca Radang
  • Sedutan Air Radang Lutut
  • Kelegaan segera & terus
  • Knee Aspiration
PROMOSI

Konsultasi & Ultrasound

RM150
RM 80
  • Detailed Ultrasound Lutut
  • Lihat Ketebalan Pelapik Lutut
  • Lihat radang & Kerosakan
  • Ketahui punca dalam 10 minit

Suntikan Gel Lutut

RM2500
RM 1800
  • Highest end Hyaluronic Acid
  • Double Crosslinked & HMW
  • 10 million Dalton HA
  • Kelegaan segera & Ketahanan Lama

Hidup Bebas Sakit Lutut

bersedia melangkah lebih YAKIN

Mari bersama kami menghilangkan sakit lutut kronik anda.
Iltizam kami untuk merawat lutut dengan memberikan rawatan terbaik bergantung pada setiap individu dengan kos yang berpatutan dan marhaen.

Kami mengerti keperitan sakit lutut dan kesusahan mahu bergerak dan berjalan.


Kami juga tahu ketakutan & kerisauan apabila ada doktor yang dah suruh operate tukar lutut, mahupun kegusaran tentang rawatan.

Jangan risau.
Temui kami untuk merasai sendiri kelainan dalam kepelbagaian pilihan rawatan kami.
Ramai dah buang tongkat mereka,

Mungkin kali ini giliran anda atau ibubapa anda pula. 

Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.

*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji) & memastikan operasi berjalan lancar

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah.

Cawangan Klinik Tuah

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454
 kliniktuahcheras@gmail.com

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974
 kliniktuahshahalam@gmail.com

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813
 kliniktuahkuantan@gmail.com

KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
No 38, (Ground Floor), Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Johor

☎  01139142280
 kliniktuahjohorbahru@gmail.com

KLINIK TUAH BANGI
No. G-43 & No. 1-43 (Ground Floor), Jalan 8/35 , Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor

☎ 
kliniktuahbangi@gmail.com

Buat Temujanji Melalui Online

Loading...

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami