Where Pain Meets Relief

Kami Kongsi Tuah- Program Pemeriksaan Lutut di Masjid Jamek BBU Johor

Johor Bharu, 24 April — Ibadah haji bukan sahaja menuntut kekuatan rohani, tetapi juga memerlukan persediaan fizikal yang rapi. Perjalanan ibadah yang panjang, ditambah dengan aktiviti seperti tawaf, sa’i dan berjalan jauh, boleh memberi cabaran besar kepada Jemaah, terutama yang mempunyai masalah lutut.

Menyedari keperluan ini, Klinik Tuah telah menganjurkan satu program pemeriksaan lutut percuma khas untuk para peserta Kursus Haji Intensif yang berlangsung di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bharu. Program ini berlangsung dari jam 7.30 malam hingga 10.00 malam, dan berjaya menarik penyertaan seramai 23 orang.

Program ini bertujuan membantu jemaah mengenal pasti sebarang isu kesihatan berkaitan sendi lutut, serta memberi nasihat awal bagi mengelakkan ketidakselesaan semasa menunaikan haji. 

4 kru Klinik Tuah yang terdiri daripada seorang doktor dan 3 staf telah menjalankan pemeriksaan asas ultrasound lutut, termasuk penilaian pergerakan lutut dan penerangan ringkas tentang penjagaan sendi.

Program ini mencerminkan usaha kecil Klinik Tuah dalam menyokong masyarakat menjalani ibadah dengan lebih yakin dan selesa. 

Kami percaya bahawa penjagaan kesihatan sebelum berangkat adalah langkah penting untuk memastikan jemaah dapat beribadah dengan lancar, tanpa diganggu oleh masalah fizikal yang boleh dicegah lebih awal.

Terima kasih kepada pihak masjid dan para peserta yang menjayakan program ini. Klinik Tuah komited untuk terus terlibat dalam aktiviti komuniti yang memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

 

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Jom baca lagi..

Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/ Taska Parlimen Kuantan Siri 2/2024

Kuantan, 15 Mei 2024—Klinik Tuah berpeluang menyertai Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/ Taska Parlimen Kuantan Siri 2/2024, yang disertai oleh kanak-kanak tadika, ibu bapa, serta guru-guru tadika Parlimen Kuantan bersempena sambutan Hari Guru 2024. Bengkel...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...