Where Pain Meets Relief

Kami Kongsi Tuah- Wanita Kuantan Bebas Sakit Lutut (Karnival Kesejahteraan Wanita)

Wanita..kerana dirimu begitu berharga…

Kuantan — Pada 5 dan 6 Ogos lalu, Klinik Tuah telah turut serta memeriahkan Pameran Kesihatan sempena Karnival Kesejahteraan Wanita, bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Program ini dianjurkan oleh Biro Helwa KESUMBA MBK dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang.

Klinik Tuah tampil dengan pasukan yang terdiri daripada 5 staf dan 3 orang doktor, menawarkan pemeriksaan lutut secara percuma kepada pengunjung karnival. 

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, dengan lebih 50 orang wanita tampil membuat pemeriksaan, menandakan tahap kesedaran yang semakin tinggi terhadap penjagaan kesihatan sendi dalam kalangan wanita Kuantan.

Kaum hawa yang hadir begitu terbuka dan prihatin, malah ada yang berkongsi pengalaman serta bertanya lanjut tentang pilihan rawatan moden untuk masalah lutut. Suasana booth Klinik Tuah begitu meriah dengan kehadiran mereka yang ingin tahu dan ambil berat terhadap kesihatan sendiri.

Ini merupakan satu lagi langkah ke arah Kuantan bebas sakit lutut, sejajar dengan misi Klinik Tuah untuk memberi kesedaran awal dan rawatan yang berkesan kepada masyarakat. Klinik Tuah amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang hadir.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Jom baca lagi..

Tuah Warisan Tradisi- Program Sunathon 2.0 Klinik Tuah

Cheras, 18 Februari 2023— Susulan kejayaan program Sunathon 1.0, Klinik Tuah dengan bangganya menganjurkan acara Sunathon 2.0. Acara ini adalah sebahagian daripada usaha Klinik Tuah untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...